Aku dan 901

 

Dek kerana aku puas dijadikan ‘bahan’ rakan-rakan sebumbung, kata mereka, dah lama sangat blog Cabuk takda entry baru..Akhirnya beralah juga untuk masukkan entry dengan tajuk seperti tertera di atas….

2012, aku buka hari-hari di awal tahun baru dengan tugasan penting dengan membuat liputan keputusan kes liwat membabitkan ketua de facto pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta..

Pedulikan mengenai keputusan yang dibuat oleh mahkamah, apa yang berlaku ketika hari jadi, aku hanya ingin berkongsi sesuatu yang peribadi mengenai tarikh yang dianggap keramat oleh para penyokong parti pembangkang negara ini, 9 Januari 2012 (901)..

Kalau mengikut sejarah perkhidmatan aku di bawah bumbung ini, banyak juga peristiwa penting dan besar berlaku dalam negara telah berjaya aku elak untuk terjerumus bersama-sama dalam membuat liputan..Tanpa sengaja, ada saja alasan dan pengecualian yang timbul setiap kali aku diarahkan bertugas..memang pelik dan sedikit lucu..

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang, Pembunuhan Datuk Sosilawati di Banting, Perhimpunan Bersih di ibu negara, Tanah runtuh di Sungai Semungkis, Hulu Langat (antara yang aku ingat dan aku anggap kes penting dalam sejarah negara), kesemua kes ini, aku tidak menjadi individu yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membuat liputan untuk pusingan pertama..cuma, diarahkan terbabit apabila ia sudah menjadi ‘suam-suam’ kuku..disebabkan bekerja dan kes masih berjalan, jadi sedikit sebanyak, aku diarahkan untuk membuat susulan…

Tapi, bukan kali ini..aku tidak terlepas…panggilan dari pejabat di kala azan Maghrib berkumandang Ahad lalu, seperti sudah dijangka apa yang dimahukan…”Esok abang kena turun mahkamah, pukul 6.30 pagi”..ringkas saja pesanan yang diberikan oleh adik junior di pejabat..dan arahan itu aku kongsikan bersama isteri, anak-anak dan keluarga mertua ku..tak sempat nak maklumkan kepada keluarga sendiri sebab dalam kepala dah mula fikir untuk perancangan esok hari…mak aku sendiri terkejut bila aku dah terpacak di rumahnya seawal pukul 6 pagi..15 minit kemudian, aku dah sampai di Kompleks Mahkamah Jalan Duta…

Jujur, aku cukup suka terima tugasan ini atas sebab..bukan ia peristiwa penting tetapi aku anggap ia medan untuk berjumpa dengan rakan-rakan selapangan yang sudah lama tidak bersua muka..lebih-lebih lagi mereka yang sudah tahap otai dalam lapangan ini..walaupun bekerja dalam lapangan yang sama tapi tak semestinya akan bertemu setiap masa..jadi, bila berlaku peristiwa penting seperti ini, sah satu kapal petugas akan turun, jadi peluang untuk bertemu lebih terbuka luas..peluang untuk tambah ilmu itu juga ada apabila masing-masing berkongsi pendapat mengenai apa yang mahu dihidangkan kepada pembaca keesokan hari..

Sedikit kenangan yang aku rakam bersempena 901…

 

 

 

 

 

 

 

Mungkin, inilah adalah liputan peristiwa penting yang terakhir aku..siapa tahu..mungkin..segala kemungkinan tetap ada..

(sayang sedikit, tak sempat nak petik banyak gambar sebab dah sibuk ke hulu ke hilir mencari sesuatu yang bernilai berita)..

    • ruud van irwan
    • January 10th, 2012

    rindu entry blog cabuk🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: