Aku dan Gunung Lambak, Kluang Johor

 

Terkejut bila tengok surat jemputan asignment tulis, Kembara Lestari 2012 – Sekolah Menengah Kebangsaan  Abdul Jalil (SMKAJ), Hulu Langat: Mendaki Gunung Lambak, Kluang, Johor..

Tinggal dua hari lagi nak mendaki, baru aku tau bahawasanya aku akan mendaki gunung..benda yang aku dah tinggal lebih 10 tahun..Walaupun aku telah dimaklumkan lebih awal mengenai jemputan untuk aktiviti sempena cuti sekolah ini lebih awal tapi aku masih tak dapat details sepenuhnya..silap aku juga tak nak tanya lebih lanjut..bila tanya kepada cikgu yang mengajak aku, kenapa tak maklumkan awal, katanya sah aku tak nak join kalau tahu mengenai aktiviti mendaki…

Bukan sebab memilih cuma bimbang kudrat tak betul-betul cukup..berbanding dengan gunung-gunung lain yang pernah aku panjat, Gunung Lambak bukan tinggi sangat..tapi kalau dah tercungap-cungap, terhincut-hincut, boleh jadi bahan gelak dek budak-budak sekolah saja..apa-apa pun, disebabkan SMKAJ merupakan lokasi awal aku dibentuk menjadi manusia, jadi aku tak ralat sangat untuk join dalam aktiviti tersebut..

 

 

Mendaki Gunung Lambak dengan memakan masa selama 2 jam 30 minit sangat mencabar apabila ia dilakukan bersama dengan pelajar-pelajar sekolah..faham-faham saja dengan kerenah masing-masing, secara tidak langsung, aku pun dah jadi macam cikgu sekolah sebab nak kena tengok keselamatan masing-masing…

 

 

Boleh dikatakan hampir majoriti tak pernah mendaki gunung dan ini merupakan pengalaman pertama masing-masing..jadi, memang aneka ragam dapat dilihat sepanjang perjalanan mendaki sampai ke puncak..yang laju memanjat sampai tinggal ahli kumpulan, yang asyik-asyik nak berhenti sebab kepenatan.., yang jalan berlenggang macam bersiar-siar di taman bunga pun ada..

 

 

 

 

 

Bersama dengan rombongan aku, ada anak-anak pegawai renjer dan JPAM yang turut sama mendaki..gambar di atas itu adalah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Atikah yang slumber juga panjat sampai ke puncak tanpa bantuan ibunya..berdukung pun tidak…Atikah dengan anak-anak yang lain buat Gunung Lambak dah macam tempat diorang bermain sebabnya dah kerap sangat naik turun..memang hobi diorang panjat gunung..

 

 

Tengok anak kecil ini, dia tahu aku nak petik gambar, jadi malu-malu sikit..salute aku sebab dia boleh panjat 1300 meter gunung ini…

 

 

 

Ada seorang pelajar yang hampir sesat disebabkan terlalu laju ketika turun dari puncak meninggalkan kumpulan dia..laluan turun dari gunung terdapat trek yang bercabang, jadi, bagi sesiapa yang tidak mahir, pasti akan tersilap memilih laluan dan perkara terjadi kepada pelajar tersebut..boleh katakan, aku seorang saja yang menjangka budak itu akan sesat sebab dah tengok rentak dia sejak dari mula untuk turun dari puncak yang nak sangat berlumba siapa sampai dulu dengan kawan-kawan lain..

Walaupun aku cuba untuk mengejar laju tapi dia memang lebih laju dari aku..sedar-sedar, kelibat dia dah tak nampak..sudah aku maklumkan kepada renjer, anggota JPAM dan perkara itu tidak disedari oleh guru-guru..

Allah Maha Kaya, pelajar tersebut berjaya menemui kumpulan cikgu yang terakhir turun dari gunung tersebut…perkara itu sendiri mengejut cikgu-cikgu itu kerana menyangka dia sudah sampai ke kaki gunung..

Sempat juga kena basuh budak tu dengan aku..tak tertahan mulut aku nak maki bersepah sebab masa mula nak naik, orang lain termasuk aku sendiri dah pesan, jangan tinggalkan kumpulan masing-masing..jadi, bila orang tak dengar kata, caci-maki lah makanannya..

Itu adalah sebahagian daripada cerita-cerita lucu sepanjang aku menyertai program tersebut..ada juga yang lain tapi tak larat nak menaip..

Apa-apa pun terima kasih kepada bekas guru aku, Puan Norwati Muhammad dan Puan Faizah Mahat sebab sudi ajak aku untuk join aktiviti tersebut…next time boleh ajak lagi..

 

 

    • janiee
    • June 5th, 2012

    kalau bginner, recommend tak pergi gunung lamabk ni?ada guide ke tak? Ingin meninggalkan footprint di sana tapi macam tiada apa2 information dari website pasal jungle trekking ni takut sesat plak aku.

  1. sesuai untuk begineer training di sini..ada track tersedia..cuma selepas 90% mendaki, akan ada track mendaki sehingga 90 darjah..sesuai pergi pada hujung minggu sebab akan ada pendaki ‘tegar’ lain yang turut sama mendaki..mereka orang tempatan dan bersedia untuk membantu..ada juga di kalangan mereka, anak2 kepada pegawai jab hutan @ renjer…

    • mazli milo
    • February 19th, 2013

    ye sgt sesuai utk beginner training – utk makluman semua jika anda ke Gunung Lambak (puncak pertama) tidak sah kalau tidak ke Big Tree dan second summit.-Jgn risau krn byk track boleh dilalui dgn selamat. @janiee

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: