Archive for April, 2012

Aku dan Kisah Hari Ini

Advertisements

Aku dan Zara Shafruddin

sumber berita: Mynewshub dan news.com.au

 

berdasarkan carian di google, berita mengenai Zara Shafruddin, 27, didakwa seorang gadis Melayu berasal dari Penang mengahwini seorang lelaki warga Australia, Nicholis Rudd, 26, di gereja Anglikan St James ‘di King St, Sydney, sudah berlingkar hampir 48 jam yang lalu…blogger tegar memang cepat hidu berita sebegini..

Lebih hebat lagi apabila media barat berlumba-lumba nak keluar berita macam nih yang melibatkan orang Islam berbangsa Melayu…agenda tersembunyi yang mudah dibaca…

Bagaimanapun, berita ini masih lagi belum disahkan sejauh mana kebenarannya..cantik, gebu Zara ini..muka kacukan..tak pasti sama ada betul identiti itu seiring dengan nama dan anutan agamanya…

Sisi lain, dah makin parah dunia sekarang..agaknya inilah yang dikatakan perjuangan liberalisme dalam agama..

Aku dan Zahra Ali

DARI padang pasir Rub al Khali ke puncak yang diselubungi salji di Dolomites di Utara Itali, gadis dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) Zahra Lari telah mencipta sejarah dalam sukan luncur ais berbunga pada minggu ini.

Gadis berusia 17 tahun itu bukan sahaja menjadi peluncur ais berbunga (figure skating) pertama dari rantau teluk itu yang bertanding dalam pertandingan antarabangsa tetapi juga yang pertama melakukannya dengan memakai tudung.

bacaan lanjut: Mynewshub

 

 

Cantik..manis..sopan..lemah-gemalai..aku suka tengok…

Aku dan Pasukan Peronda Cegah Maksiat di Aceh

BANDA ACEH – Anggota-anggota polis pencegah maksiat di sini melakukan rondaan dengan menaiki trak dan kenderaan lain bagi memastikan penduduk beragama Islam tidak melakukan perbuatan yang menyalahi ajaran agama itu. 

bacaan lanjut: Kosmo!

 

Cabuk: Memang sangat menarik dan sangat cantik kalau diaplikasikan di negara kita yang memakai Islam sebagai agama Perlembagaan..mengapa tidak..Aceh itu wilayah kecil, inikan pula Malaysia..kepada yang bukan Islam, usah bimbang, anda terkecuali cuma perlu hormat sahaja..

 

 

Dan jika tidak salah maklumat, akta berkaitan dengan pasangan yang bukan muhrim berada di khalayak ramai boleh dikenakan tindakan ada termaktub dalam undang-undang syariah di negara cuma belum dikuatkuasakan sepenuhnya..pasangan yang ditangkap perlu menghadiri sesi kaunseling oleh jabatan agama untuk beberapa sesi..yang hanya diketahui, pasangan yang ditangkap berkhalwat di tempat tersembunyi, rumah dan hotel..

Membaca daripada artikel yang diterbitkan, nada yang sama juga dikongsi..penguatkuasaan itu tidaklah begitu tegas sebaliknya lebih kepada usaha pencegahan dengan menasihatkan pasangan yang terbabit..terbayang di pusat beli-belah bila orang beratur nak kena periksa kad pengenalan selain perlu menjawab persoalan ” Sudah bernikah ke belum” apabila kelibat penguatkuasa agama wujud sebelum dihalau balik ke rumah..

 

 

Mungkin usaha ini boleh dijadikan permulaan untuk pencegahan yang lebih besar lagi..siapa tahu..tak cuba, maka tak tahu hasilnya..kalau di sana hanya menaiki trak, negara kita pasti lebih efektif bab-bab logistik…

Akhir kalam…aku bercakap pasal ni bukan tandanya aku baik, tak pernah buat dosa yang sama..cuma tak kan aku waris kejahatan yang pernah dibuat kepada orang lain..lebih elok mencegah, bukan…

Aku dan Tanah Kubur

.

 

Melalui atau melintas tanah perkuburan memang menakutkan…tegak bulu roma, boleh keluar peluh dingin, rasa seram sejuk tiba-tiba datang…itu kata orang..dan aku sendiri, dalam rutin harian, pasti akan melalui tanah perkuburan Islam setiap kali mahu pulang ke rumah dan ia telah dilakukan sejak 30 tahun yang lalu…

Aku bukan nak cerita pasal benda yang menakutkan seperti yang biasa disogokkan oleh mana-mana orang apabila bercakap pasal tanah perkuburan..kalau ikutkan, sama seperti segelintir yang lain, tanah perkuburan sebenarnya cukup nyaman dan mendamaikan bagi aku..malah aku tak kisah nak lepak di situ dalam tempoh waktu yang lama..bukan mahu takbur, sombong, bongkak dan angkuh tapi itulah yang aku rasa..

Terbaca mengenai komentar yang dihantar ke ruangan forum di Utusan Malaysia yang menyebut pasal drama bercorak keagamaan yang ditayangakan di saluran Astro Oasis, Tanah Kubur…komentar tersebut dalam maklum balas daripada seorang pembaca bukan beragama Islam (nama pena: Bukan Islam Tetapi Memahami) terhadap komen yang dihantar ke ruangan yang sama sebelum ini oleh seorang individu yang beragama Islam..

Individu beragama Islam itu yang menghantar komentar memakai nama pena Tanah Sekangkang Kera itu menulis drama itu menghina agam Islam..antara lain dalam tulisannya menyebut rasa kecewa dan sedih dengan sikap sesetengah pengarah drama dan produser filem pada hari ini yang tidak sensitif dengan isu melibatkan agama. Individu itu juga ada menulis salah satu daripadanya ialah langkah pihak Astro, melalui saluran Oasis, menyiarkan sebuah drama bersiri Tanah Kubur yang terang-terangan menghina agama Allah tanpa sedar. Tanpa sedar katanya, contoh-contoh itu memperlihatkan bahawa drama berkenaan secara senyap mempunyai unsur-unsur penghinaan tanpa kita sedari sehingga ia memungkinkan penganut agama lain takut untuk mendekati Islam. Ia sesuatu yang amat bahaya (bacaan lanjut : Utusan Malaysia)

Bukan Islam Tetapi Memahami pula membalas dengan menyebut ” SAYA tidak bersetuju dengan pandangan Tanah Sekangkang Kera berkenaan drama Tanah Kubur saluran Astro Oasis. Kita mestilah berpandangan positif dengan memikirkan apa yang hendak disampaikan oleh pengarah drama tersebut dan drama-drama yang sama sepertinya. Dia juga berkongsi bahawa drama itu menjadi tontonan seisi keluarga termasuk anak-anaknya. (bacaan lanjut, klik link di atas).

 

 

Aku suka pendekatan terang-terangan yang digunakan dalam pengisian drama itu. Sebab, sebab, sebabnya adalah manusia zaman ini sudah sukar untuk menerima pendekatan yang lemah-lembut dan kasih sayang..Aku pasti pendekatan bertoleransi sudah digunakan tetapi tetap juga tak masuk dalam otak untuk diproses dan kemudian menjadi teladan..Natijahnya, pendekatan secara kasar juga perlu digunakan supaya mesej yang ingin disampai lebih mudah ditangkap dan difahami..

Ada sesiapa yang terfikir, biarpun difahamkan rating drama itu mencatat peratusan tertinggi dan mendapat perhatian daripada kelompok masyarakat, masih juga berlaku serendah-rendah perbuatan yang boleh mengundang dosa kecil seperti mengumpat dan mengeji..tak perlu bercakap dosa besar, lagi susah nak digambarkan kerana sudah menjadi barah dalam dunia sekarang..

Zaman ini, tidak boleh melihat sesuatu perkara dalam dimensi yang sangat sempit..cara pemikiran perlu lebih terbuka luas dengan memandang zat-zat alam yang boleh mendatangkan manfaat kepada kita..Jangan menjadi terlalu tradisional dalam sesetengan perkara walhal cara hidup lebih moden yang dikejar..ia tidak menjadikan kita meninggalkan tuntutan wajib melebihi yang tidak mendatangkan faedah..

Islam itu luas..begitu juga dengan ilmunya…