Aku dan Tanah Kubur

.

 

Melalui atau melintas tanah perkuburan memang menakutkan…tegak bulu roma, boleh keluar peluh dingin, rasa seram sejuk tiba-tiba datang…itu kata orang..dan aku sendiri, dalam rutin harian, pasti akan melalui tanah perkuburan Islam setiap kali mahu pulang ke rumah dan ia telah dilakukan sejak 30 tahun yang lalu…

Aku bukan nak cerita pasal benda yang menakutkan seperti yang biasa disogokkan oleh mana-mana orang apabila bercakap pasal tanah perkuburan..kalau ikutkan, sama seperti segelintir yang lain, tanah perkuburan sebenarnya cukup nyaman dan mendamaikan bagi aku..malah aku tak kisah nak lepak di situ dalam tempoh waktu yang lama..bukan mahu takbur, sombong, bongkak dan angkuh tapi itulah yang aku rasa..

Terbaca mengenai komentar yang dihantar ke ruangan forum di Utusan Malaysia yang menyebut pasal drama bercorak keagamaan yang ditayangakan di saluran Astro Oasis, Tanah Kubur…komentar tersebut dalam maklum balas daripada seorang pembaca bukan beragama Islam (nama pena: Bukan Islam Tetapi Memahami) terhadap komen yang dihantar ke ruangan yang sama sebelum ini oleh seorang individu yang beragama Islam..

Individu beragama Islam itu yang menghantar komentar memakai nama pena Tanah Sekangkang Kera itu menulis drama itu menghina agam Islam..antara lain dalam tulisannya menyebut rasa kecewa dan sedih dengan sikap sesetengah pengarah drama dan produser filem pada hari ini yang tidak sensitif dengan isu melibatkan agama. Individu itu juga ada menulis salah satu daripadanya ialah langkah pihak Astro, melalui saluran Oasis, menyiarkan sebuah drama bersiri Tanah Kubur yang terang-terangan menghina agama Allah tanpa sedar. Tanpa sedar katanya, contoh-contoh itu memperlihatkan bahawa drama berkenaan secara senyap mempunyai unsur-unsur penghinaan tanpa kita sedari sehingga ia memungkinkan penganut agama lain takut untuk mendekati Islam. Ia sesuatu yang amat bahaya (bacaan lanjut : Utusan Malaysia)

Bukan Islam Tetapi Memahami pula membalas dengan menyebut ” SAYA tidak bersetuju dengan pandangan Tanah Sekangkang Kera berkenaan drama Tanah Kubur saluran Astro Oasis. Kita mestilah berpandangan positif dengan memikirkan apa yang hendak disampaikan oleh pengarah drama tersebut dan drama-drama yang sama sepertinya. Dia juga berkongsi bahawa drama itu menjadi tontonan seisi keluarga termasuk anak-anaknya. (bacaan lanjut, klik link di atas).

 

 

Aku suka pendekatan terang-terangan yang digunakan dalam pengisian drama itu. Sebab, sebab, sebabnya adalah manusia zaman ini sudah sukar untuk menerima pendekatan yang lemah-lembut dan kasih sayang..Aku pasti pendekatan bertoleransi sudah digunakan tetapi tetap juga tak masuk dalam otak untuk diproses dan kemudian menjadi teladan..Natijahnya, pendekatan secara kasar juga perlu digunakan supaya mesej yang ingin disampai lebih mudah ditangkap dan difahami..

Ada sesiapa yang terfikir, biarpun difahamkan rating drama itu mencatat peratusan tertinggi dan mendapat perhatian daripada kelompok masyarakat, masih juga berlaku serendah-rendah perbuatan yang boleh mengundang dosa kecil seperti mengumpat dan mengeji..tak perlu bercakap dosa besar, lagi susah nak digambarkan kerana sudah menjadi barah dalam dunia sekarang..

Zaman ini, tidak boleh melihat sesuatu perkara dalam dimensi yang sangat sempit..cara pemikiran perlu lebih terbuka luas dengan memandang zat-zat alam yang boleh mendatangkan manfaat kepada kita..Jangan menjadi terlalu tradisional dalam sesetengan perkara walhal cara hidup lebih moden yang dikejar..ia tidak menjadikan kita meninggalkan tuntutan wajib melebihi yang tidak mendatangkan faedah..

Islam itu luas..begitu juga dengan ilmunya…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: