Aku dan Video Kanak-Kanak Didera

updated: 

video tersebut turut disebarkan kepada pengetahuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya pihak tersebut mengambil perhatian dan menyiasat mengenai kejadian yang berlaku.

PDRM melalui kenyataan menerusi laman sosial berkata, pihaknya telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati serta prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama.

Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Video

Rakaman video seorang wanita mendera seorang kanak-kanak yang dipercayai berumur tiga tahun mula tersebar kepada khalayak umum melalui in ternet dan telefon pintar sejak tengah hari semalam.

Dalam video yang dimuat menerusi YouTube selama lebih empat minit itu, wanita yang dikenali sebagai Ira itu memaki dan memukul bertubi-tubi kanak-kanak yang tidak berdosa itu yang hanya mampu menangis meraung tanpa melawan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di hujung sudut dalam sebuah bilik itu dirakam melalui telefon bimbit oleh se seorang individu yang mengenali Ira.

Perbuatan zalim itu turut disaksikan oleh dua orang kanak-kanak yang lain, dipercayai dalam lingkungan umur tujuh hingga lima tahun.

Pada permulaan video itu, aksi ganas Ira memukul ka nak-kanak tersebut dengan menggunakan bantal bertu bi-tubi sambil memaki mengejut orang ramai yang me nontonnya.

“Diam, diamlah bodoh,” kata Ira sambil melempang muka dan mencubit lengan kanak-kanak itu.

Bingit telinga dengan mendengar kanak-kanak itu terus menangis walaupun sudah diarah supaya diam, Ira terus bertindak melempang, mencubit dan menyepak anak kecil itu tanpa belas kasihan.

Tindakan ganas itu berterusan sepanjang video itu di rakamkan walaupun kedengaran suara individu lain yang memanggil Ira supaya bertenang dan tidak terus memukul kanak-kanak itu.

“Ira, sudah, sudah, kau nak bunuh ke budak itu, kenapa nak lepas geram pada dia,” kata seorang individu lain dalam rakaman video tersebut.

Apa yang menyedihkan, kanak-kanak ini hanya mampu menangis menahan kesakitan akibat perbuatan zalim Ira ini yang berterusan seperti hilang akal.

Tindakan individu lain yang hanya menegur Ira tanpa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan anak yang malang itu turut mengundang persoalan kepada sesiapa yang me nonton video tersebut.

Menerusi rakaman itu juga, kelihatan dua orang ka nak-kanak yang lain bersilih ganti melihat penderaan yang dilakukan oleh Ira tanpa mampu berbuat apa-apa.

Berdasarkan dialog dan perbualan yang dirakamkan, ia dipercayai berlaku dalam negara dan berkemungkinan ter jadi di sebuah pusat asuhan kanak-kanak.

Sementara itu, video tersebut turut disebarkan kepada pengetahuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya pihak tersebut mengambil perhatian dan menyiasat mengenai kejadian yang berlaku.

PDRM melalui kenyataan menerusi laman Twitter ber kata, kejadian itu mendapat perhatian pihak mereka dan ia telah disalurkan kepada jabatan yang berkenaan.

PDRM turut menyeru kepada orang ramai yang mem punyai maklumat mengenai kejadian dera itu supaya tampil membuat laporan polis.

“Sesiapa saja boleh membuat laporan namun apa yang lebih penting adalah untuk mengetahui siapakah pelaku dan mangsa dalam video tersebut,” katanya.

Video tersebut bagaimanapun telah dikeluarkan daripada YouTube lewat petang semalam ekoran mengandungi aksi ganas dan melanggar syarat-syarat laman web tersebut.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: