Aku, Drag dan Malaysiakini

Aku jadi pelik perangai sesetengah orang yang tertelan biji kacang pun nak riuhkan satu kampung…hal remeh-temeh, hal terpencil atau cakap-cakap orang biasa, benda kecil pun nak diheboh-heboh…

Berkaitan dengan insiden orang awam tercedera ketika menonton perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19, Putrajaya yang diadakan bersempena Himpunan Jutaan Belia malam Sabtu, 27 Mei lalu…ikut kenyataan polis, 22 orang cedera, Menteri, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyebut, beliau difahamkan, 17 orang cedera…

Pasal benda yang tak siapa menduga boleh berlaku, terus saja ada yang menyalak seperti anjing kelaparan…dah menjadi bahan kempen politik pula…nak mencari salah orang pulak…tak tentu hala bercakap, ada saja isu yang nak dibangkitkan secara tiba-tiba..nampak sangat ada yang tak cerdik..hanya pandai menuding jari saja..

Yang paling aku tak tahan, perangai wartawan Malaysiakini yang aku anggap budak mentah dan hingusan cuba nak berlagak pandai nak main isu..aduhai, nampak sangat dengan perwatakan kau begitu, tak layak nak ajak duduk menonton drag pun…

Benar, aku ada baca kenyataan Shabery yang boleh dianggap sebagai terlepas pandang oleh beliau dan menjadi punca kejadian itu terus dipolitikkan oleh pihak tertentu dengan agenda masing-masing…

Kalau ditanya pada aku, memang hal yang berlaku sangat terpencil biarpun orang menyangkal ia melibatkan nyawa manusia…aku sendiri satu ketika seorang yang gila untuk tengok race, tak kira motosikal atau kereta..tak kira yang haram atau yang halal…apabila datang untuk menyaksikan race, sudah tentu datang dengan risiko yang tak siapa tahu..kalau tak berdepan dengan cabaran, elok duduk saja di rumah, tonton race di televisyen atau melalui YouTube..habis cerita…

Dah memang perangai orang tengok drag, suka nampak kelibat kereta atau motosikal laju dalam jarak dekat..penggemar tegar drag tak akan berpuas hati hanya mendenar deruman enjin sahaja selagi tak melihat kerangka kenderaan yang berlumba..ini adalah perkara biasa, lumrah..

Punya sudah bertahun-tahun perlumbaan drag ini dianjurkan dengan ratusan siri perlumbaan diadakan, aku rasa ini baru kali pertama kejadian kemalangan berlaku..langsung terus heboh bab keselamatan dan tambah parah lagi, ada pihak seperti MAM tampil bangkit isu berkaitan dengan kelulusan…ada saja nak cari ruang menyalahkan penganjur..andai benar sekali pun ada benteng penghadang, siapa boleh jamin apabila sesebuah kereta yang mencapai klimaks kelajuan dan terbabas pasti akan terhenti apabila terkena penghadang yang disediakan..kalau bercakap mengenai momentum kelajuan, siapa yang boleh jamin setiap kereta yang berlumba mempunyai kelajuan yang sama…

Cuba buat perbandingan…pergi menonton konsert..beramai-ramai, bersesak-sesak, alih-alih ada pula yang mati kelemasan…ada tak penganjur disalahkan…hah, ini contoh yang paling dekat dengan kita semua…orang pergi Mekah, untuk tunaikan haji atau umrah, ada yang mati ketika melakukan tawaf atau saie..ada tak dengar orang salahkan kerajaan Arab Saudi…kedua-dua contoh yang diberi tersangat ‘koman’ kita dengar, dah jadi macam biasa tapi takda pula orang heboh nak bercakap-cakap sampai naik gila menyalahkan pihak tertentu..

 

Norizam Mohd. Rani, 30, (gambar atas), seorang saksi dan juga seorang pelumba drag, sudah bertahun-tahun berkecimpung dalam arena drag secara serius dan beratus-ratus perlumbaan sudah disertai dan ditonton..kata dia, ini kali pertama insiden sedemikian berlaku…

Biarpun wartawan Malaysiakini punya cerdik nak putar belit isu, nak pengaruh Norizam cuba bagi kenyataan yang senada dengan dia, mujur brother racer kita ini lebih bijak daripada budak hingusan Malaysiakini…

Wartawan Malaysiakini:  Abang, penganjur sepatutnya boleh menghentikan perlumbaan apabila dah nampak penonton duduk dekat berhampiran dengan litar, kan…

Norizam: Penganjur dah arahkan orang ramai bersurai dan menunggu selama SEJAM untuk biarkan orang yang menonton secara dekat beredar lebih jauh…apabila orang menonton jadi ramai, keadaan memang susah dikawal..Selepas sejam menunggu, orang ramai sudah mula beredar jauh dari litar..tetapi KEMBALI semula apabila kereta mula berlumba..

Nah..amik kau Malaysiakini..telan mentah-mentah apa yang brother racer ini bercakap…aku gelak saja..jelas, terang dan bersuluh aku dapat tengok perangai buruk wartawan yang bekerja dengan portal yang tak mengaku cenderung kepada Pakatan Rakyat..kau nak cuba spin isu tapi tersilap orang..Norizam bukan orang calang-calang, dia tahu apa yang dia buatdan risiko yang bakal dihadapi..

Aku tetap mahu bagi kredit pada Shabery yang bersedia untuk memikul sebarnag tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku..dan dengan gentleman, beliau sendiri memohon maaf kepada semua jika terdapat sebarang kecacatan dalam pengisian penganjuran Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya..lebih elok buat begini, dari menjadi anjing gila yang sibuk nak sebarkan penyakit gila pada yang lain..mencari salah dan menyalahkan orang tak tentu pasal..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: