Tabung Untuk Damia

Rakan sebumbung, Muhammad Basir Abu Bakar…aku kira dia seorang yang cukup kuat..menerima ujian daripada Tuhan, bukan satu malah berturut-turut namun masih mampu tersenyum, bergelak ketawa dengan rakan-rakan dan yang tidak kurang penting, meneruskan tanggungjawab sebagai seorang yang dibayar gaji…

Bermula dengan kehilangan ibunda yang tercinta dan disusuli dengan perkhabaran yang mendebarkan mengenai nasib kedua-dua anak kembar yang sedang dikandung oleh isterinya, Norazlina Jaafar, tubuh Basir masih tetap steady berisi tanpa sedikit susut…

Anak kembar itu merupakan cahaya mata kedua yang bakal ditimang oleh Basir dan Ina selepas dikurniakan anak yang comel, Zahra yang kini sudah menjangkaui usia 3 tahun..

Dek kerana berdepan dengan masalah kesihatan (ape entah, aku dah lupa), salah seorang daripada bayi kembar dalam kandungan Ina meninggal dunia ketika janin itu hanya berusia dalam kira-kira 6 bulan…maka, tanpa perlu berlengah, bayi yang tidak bernyawa lagi itu perlu dikeluarkan dan serentak dengan itu, ia turut membabitkan seorang lagi kembar dalam perut Ina..

Umur bayi yang masih belum mencapai umur matang untuk dilahirkan mungkin berdepan dengan pelbagai masalah yang  sememangnya mengundang rasa gerun pada mana-mana ayah dan ibu..dan ia turut dirasai oleh Basir dan Ina ketika berdepan dengan situasi tersebut..

Demi menyelamatkan seorang lagi kembar, pembedahan segera perlu dilakukan dan syukur, ia selamat dilakukan..Nur Iman Damia selamat dilahirkan dengan berat 1.62 kg dengan usia masuk 7 bulan setengah di HUKM…masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di HUKM dengan bertemankan mesin bantuan pernafasan, doktor yang bertanggungjawab menunggu insan kecil itu mencecah berat badan sehingga 2.6kg sebelum ditukarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan jantung..

Alhamdulillah, sehingga kini Nur Iman Damia sihat, bernafas dengan baik dan mula bertambah berat badan..menunggu saat hari untuk ditukarkan ke IJN…

Kepada yang sudi menghulurkan bantuan untuk meringankan beban Basir dan Ina, boleh salurkan derma anda ke dalam akaun ini. 114253446156 (Maybank)….seperti yang tertera dalam gambar di atas..sesama kita beringat-ingat..hari ini, hari mereka, esok lusa mungkin tiba hari kita…

Mendoakan yang terbaik untuk keluarga Basir dan Ina..Moga terus tabah kawan aku yang besar ini dalam menempuh ujian Tuhan..ketahuilah, anda orang yang bertuah dipilih oleh Tuhan untuk terima ujian ini…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: