Aku dan Skirt Pendek

 

Northamptonshire – Sebuah sekolah di sini mengharamkan pelajar perempuannya daripada memakai seragam sekolah berupa skirt selepas pelajar terbabit didapati melanggar peraturan dengan memakai skirt di atas paras lutut.

Dengan arahan itu, berkuatkuasa September ini, pelajar di sekolah dan kolej sains Moulton perlu memakai seluar panjang berwarna hitam.

Menurutnya pengetuanya, Trevor Jones, jika pelajar ingkar maka mereka akan dipaksa memakai pakaian yang disediakan sekolah atau akan diusir pulang ke rumah untuk menukar pakaian.

“Saya telah melihat bagaimana pelajar perempuan ini datang ke sekolah dengan skirt yang semakin pendek hingga menjadikan bilik darjah lebih layak dipanggil kelab malam.

“Biarpun ia merupakan satu tekanan kepada pelajar terbabit, namun sekolah sepatutnya menjadi tempat di mana mereka datang dan tidak perlu memikirkan apa-apa sebaliknya memfokus kepada pelajaran,” katanya.

bacaan lanjut: mynewshub

 

Cabuk: banyak kali sangat dah aku baca pasal benda nih serata dunia..dah banyak daerah, negeri termasuk negara seluruh dunia buat benda yang sama..aku rasa semua negara itu bukan negara yang majoriti bukan penduduk menganut agama Islam..

Dan yang lebih menarik, faktor ke arah pendekatan larangan sedemikian kerana mahu mengelak perkara yang buruk berlaku..

Hairan..kalau pengurusan sekolah boleh ambil tindakan sedemikian, kenapa ibu bapa tak boleh berfikir dalam nada yang sama..bercakap dalam konteks negara ini, tengok cara anak-anak muda pakai, cukup menakutkan..belum lagi bila ditanya umur, tengok cara berpakai, menjangka dah cukup usia tapi hakikat masih di bawah umur..

Entah..pelik sungguh…tak tahu nak cakap apa..aku harap dapat jadi ayah yang terbaik untuk dua puteri aku…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: