Aku dan Basikal Chris Hoy

 

LONDON – Basikal yang digunakan atlet legenda Britain, Chris Hoy dalam perlumbaan acara keirin individu lelaki di Sukan Olimpik di sini kelmarin adalah antara faktor menyebabkan dia memenangi pingat emas dianggarkan bernilai £15,000 (RM72,824), lapor akhbar The Sun semalam.

Keistimewaan basikal itu ialah ia hanya seberat 6.8 kilogram.

Hoy yang berusia 36 tahun memenangi pingat emas keduanya dalam acara keirin manakala pelumba dari Malysia, Mohd Azizulhasni Awang, 24, menduduki tempat keenam dan terakhir.

Sebelum ini, Hoy memenangi emas dalam acara berpasukan lelaki.

Hoy kini dianggap legenda sukan Britain kerana dia telah memenangi enam pingat emas dalam Sukan Olimpik.

“Basikal itu lebih ringan daripada basikal yang terdapat di jalan raya. Anda boleh mengangkat basikal itu dengan hanya menggunakan sebatang jari,” kata Hoy.

Kejayaan dalam penciptaan basikal lumba itu menyebabkan pasukan lumba basikal Perancis menjadi cemburu.

Menurut akhbar dalam talian MainOnline, rangka basikal itu diperbuat daripada gentian karbon.

Basikal itu adalah hasil daripada idea pakar-pakar basikal dalam pertubuhan British Cycling yang beribu pejabat di Manchester.

Tayar basikal itu dikatakan diperbuat daripada sutera.

– Agensi

sumber: Kosmo! Online

 

 

 

Cabuk: Kalau begitu lah, Azizulhasni yang menunggang basikal dia ketika ini hebat lah..mahu taknya, dengan basikal yang berat, boleh layak sampai ke final keirin..belum lagi kalau basikal Hoy itu dapat ditunggang oleh The Pocketrocketman, sah senafas saja kayuh, satu bulatan kena tinggal pencabar yang lain..

Tahniah untuk Azizul kerana beri cabaran yang terbaik..mungkin disebabkan undian, sinar pingat menjadi gelap..anda lebih mengetahui sebab anda yang mengayuh basikal..kalau ikutkan SMS yang dihantar Azizul kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek, dia sendiri mengakui kesilapan strategi apabila memecut ke hadapan terlalu awal..itu pun mengambil kira kedudukan lorong yang diundi untuknya..

Tabik hormat untuk wira-wira negara yang bertanding di Sukan Olimpik 2012..jangan cepat mudah putus asa..dan yang lebih penting..jangan cepat MELATAH..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: