Aku dan Shah Nizam Omar

Dua kali Shah Nizam Omar rebah di rumahnya..kali kedua, dikatakan hampir semalaman susuk terbaring tanpa diketahui sesiapa..selepas tersedar, dicapai handphone, call kawan-kawan, baru ada yang baru sedar..duduk berseorangan tanpa teman, kalau dah jadi situasi begini, mau goyang juga mendengarnya..

Itu kronologi awal rakan sebumbung aku yang bertugas di Biro Shah Alam (Selangor) ini berdepan dengan penyakit yang dihadapinya..ketika melawat Shah di Sime Darby Medical Center tahun lalu, dia sendiri tak dapat pastikan apa sedang dihidapi, pemeriksaan lanjut doktor masih berjalan..cuma, operation mengeluarkan air dalam jantung sudah sempurna dibuat namun ia masih lagi awal untuk mengesan penyakitnya..

lemah, lesu, tidak bermaya aku lihat Shah..andai aku tak silap, dia yang masih bujang ini sebaya dengan aku..sekali-sekala aku dapat lihat jelas tutur kata dia sedikit terketar-ketar..sedaya upaya, aku dan Amir Azam memberi kata semangat, berlawak bodoh, sesekali tegas dengan Shah supaya kuat melawan apa saja yang bakal dihadapi nanti..

Andai aku tidak terkhilaf, Shah pernah bersama dengan aku dalam ‘meja’ yang sama sebelum aku bertukar ke Kelantan..Dia kemudian bertukar ke Biro Kedah sebelum ke Shah Alam…walaupun tak seakrab seperti teman-teman dia yang lain, aku dan dia tetap mampu berbual mesra..

Tanpa sedar, Aidilfitri 2012, rupaya-rupanya, sudah hampir dua bulan Shah terlantar kurang upaya di rumahnya, Kluang Johor kerana masalah jantung..terdapat ketumbuhan pada jantung…rentetan daripada rawatan yang masih belum sempurna selepas dirujuk ke Institut Jantung Negara tahun lalu..pembedahan tidak dapat dilakukan kerana darahnya mempunyai virus..susut berat badan, lemah, dan tak mampu bergerak aktif..

Sedikit ralat kerana agak terlewat aku menghidu berita ini..namun begitu, aku harap tidak terlambat untuk membantu rakan sebumbung ini..sedikit sebanyak terpanggil untuk meringkan beban yang dihadapi oleh Shah..

Maklumat akaun: 151061225129 (Omar Bin Muhammad )

Kepada sesiapa yang budiman mahu menghulurkan bantuan, boleh deposit derma kepada akauan di atas..penama tersebut merupakan ayahanda kepada Shah Nizam…

Difahamkan, 4 September depan, Shah akan kembali ke IJN untuk rawatan susulan dan berkemungkinan pembedahan akan segera dilakukan..tahap kesihatan dia sekarang semakin merosot..

Bersama-sama juga mendoakan Shah tabah dan kuat kudrat menghadapi dugaan Tuhan ini..semoga dia beransur pulih..

    • fatin
    • August 24th, 2012

    Salam kepada empunya blog. Shah Nizam telah pergi meninggalkan kita hari ini. Masa x dapat dipastikan sbb saya dapat call dari kwn kt utusan.

  1. Innalillah, dia dah menghembuskan nafas yang terakhir…sedih sangat..Aruah merupakan jiran saya dulu…kawan masa kecik, main sama2….family kami berkawan sjk ayah saya bujang lg…x sempat dtg melawat masa aruah sakit… semoga rohnya tenang dan ditempatkan di kalangan org beriman…Amin… 😥

    • suhanaibrahim
    • September 2nd, 2012

    Allah lebih mengetahui apa yg terbaik tuk .arwah…jutaan terima kasih pada teman2 arwah yg sudi meluangkan masa melawat arwah sema.sa hayatnya..

    @halyzaqiut

    • suria binti ibrahim
    • September 5th, 2012

    Slm…saya cousin shah..
    Mewakili kaum keluarga mengucap kan terima kasih.kepada semua kwn dan sesiapa saja yg byk mmbantu dan mberi full support semasa hayat arwah.. Hingga kini mcm x caya yee..masa kecik makan sepinnggan,tidur sebantal,bergurau sama….kini…dah x de….sooo sad…al fatihaj

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: