Archive for November, 2012

Aku dan Apex Bercium

 

 

 

 

Keluar pada hari yang sama..perbuatan yang hampir sama, cuma, wajah yang berbeza…

PS: Ayuh Harimau Malaya, bangkit…mengaum…

Aku dan Bayi Palestin Bernama Omar

 

Apa yang anak saya lakukan hingga menerima nasib sebegini rupa.

Itu luahan seorang bapa dan juga rakyat Palestin, Jihad Misharawi yang kehilangan anaknya, Omar, berusia 11 bulan yang menjadi mangsa serangan ganas Israel ke bumi Anbiya tersebut sejak Rabu lalu..

Tragedi ini mula menjadi hangat apabila Jihad yang merupakan seorang jurugambar BBC tidak mendapat sokongan penuh daripada majikan yang hanya menyiarkan berita pembunuhan itu secara minimum..

 

 

Syahid Omar ketika baru bertatih-tatih mengenal dunia..mungkin peluru, bunyi meriam masih belum dikenal pasti oleh bayi ini..pancaindera mata mungkin biasa melihat senjata api tetapi tidak mengetahui apa kegunaan sejnata pemusnah itu..darjat bayi ini sangat tinggi seiring dengan para syuhada yang lain..

Kematian Omar bukan sesuatu yang baru bagi dunia Palestin..sudah beribu-ribu nyawa terlucut daripada jasad angkara keganasan rejim Israel..semangat mereka yang syahid terus subur dalam minda rakyat Palestin yang memperjuangkan kedaulatan di bumi sendiri..

Teringat dua puteri dan permaisuri ku..aku sayang mereka..adanya mereka memberi kekuatan pada aku untuk terus berjihad di bumi..Allahu Akhbar

 

sumber: Mynewshub

Aku dan Jurugambar Tangkap Gambar Anaconda Secara Dekat

 

 

 

Berani! Tangkap Gambar Anaconda Secara Dekat.