Archive for February, 2013

Aku dan Bumbung Kolam Air Syabas

Image

Bumbung Kolam Air Boleh Runtuh Bila-Bila Masa

Membaca intro artikel ini, memang aku sendiri terkejut..bumbung kolam air..itu subjek yang ditekan dan diolah serta dikembangkan dengan baik..

Aku sendiri tak pernah terfikir, melihat sudut penulisan ke arah subjek bumbung itu..

Jangan lepas ini, ada yang buka paip, keluar pasir, ketul-ketul simen, sudah lah..masak nak menjawab..Syabas selaku pemberi perkhidmatan dan kerajaan negeri Selangor diterajui oleh pakatan pembangkang, pemilik tanah loji tersebut..

buat penilaian bijak..yang membaca, jangan jadi bodoh seperti orang tak terpelajar..

Ada isi, menarik..tabik spring untuk rakan-rakan di Mynewshub..

Jauh lagi aku nak kena belajar..

Advertisements

Aku dan Tugasan Baru

Assalammualaikum…

Lama sudah dibiarkan cabuk ini bersawang..mahu menulis cuma tidak berkesempatan..banyak yang mahu dikongsi, diulas, tapi masa yang terbatas..

Sedang mengusahakan tugasan baru yang diamanahkan..selepas tamat projek sebelum ini, beralih pula kepada yang lain..dalam dimensi yang sama cuma olahan, pendekatan dan padang yang berbeza..

Kali pertama diberi peluang untuk membuat analisis secara rasmi..diterbit untuk tatapan semua..bakal dinilai oleh orang-orang hebat dalam lapangan itu..

Buah tangan itu akan dapat dilihat sejurus selepas Parlimen dibubarkan..paluan kompang Pilihan Raya Umum ke-13 mula berdendang dengan rasmi..

Adakah ia Radar atau Perspektif atau Majoriti..