Aku dan Fitnah isu AJK Surau Abd Rahman dipecat

Aku tak faham jenis manusia yang suka sangat buat pertimbangan yang bodoh, sewenang-wenang tanpa usul periksa..memang aku cukup pantang

Kalau bukan dalam ladang sendiri, jangan pandai nak teka apa ternakan atau tanaman yang ada..kalau bukan dalam kampung sendiri, jangan bijak sangat nak teka siapa ketua kampung atau penghulu..

Bijak pula mengata orang tabur fitnah walhal diri sendiri yang suburkan budaya tersebut..

Dasar otak udang payah nak diajar..

MAKLUM BALAS JAWI MENGENAI ISU PEMECATAN AJK SURAU ABD RAHMAN AUF, PRESINT 11 MELALUI FACEBOOK , P -125, PUTRAJAYA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Pertama sekali pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan semua pihak berhubung isu yang tersebut di atas.

2. Justeru,pihak JAWI telah terpanggil untuk menjernihkan keadaan agar ianya tidak menjadi bahan fitnah terhadap kredibiliti dan integriti JAWI dalam pengurusan hal ehwal Islam dan umatnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Berikut Kronologi isu pemecatan AJK Surau Abd Rahman Auf, Presint 11 melalui Facebook , p -125, Putrajaya

1. 23 April 2013(Selasa) – Unit Pengurusan Kariah, JAWI Cawangan Putrajaya telah menghubungi beberapa buah surau bertanyakan isu penyalahgunaan surau untuk berpolitik. Salah sebuah surau yang dihubungi adalah Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11,Putrajaya. Pengerusi surau telah memaklumkan bahawa Dato’ Husam Musa telah hadir ke Surau tersebut pada 20 April 2013(Sabtu) dan beliau menunaikan Solat Isya’ berjemaah di situ. Kehadiran Datuk Husam tidak diketahui oleh AJK, bukan atas jemputan dan pihak surau juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak beliau. Setelah selesai Solat Isya’, Datuk Husam telah menyampaikan tazkirah selama 5 -10 minit berkenaan kisah Nabi Yusuf.

2. Pada 24 April 2013(Rabu) – AJK Surau Abdul Rahman Auf telah diminta untuk berjumpa dengan YBhg Datuk Pengarah JAWI di pejabat Aras 11, Pusat Islam, Kuala Lumpur bagi memberikan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Unit Kariah dan Unit Penguatkuasa JAWI Cawangan Putrajaya. Manakala AJK Surau Abd Rahman Auf diwakili oleh Encik Wan Nazeri, Pengerusi Surau dan Encik Zaharman, Bendahari Surau. Sewaktu ditanya berhubung kejadian tersebut, pengerusi memaklumkan bahawa beliau tiada di surau pada waktu itu , walaubagaimanapun beliau tidak dapat mengenalpasti siapa jawatankuasa lain dan imam yang ada bersama pada masa tersebut tetapi beliau mendapat maklumat bahawa selepas menunaikan Solat Isya’ berjemaah. Dato Husam telah menyampaikan tazkirah selama 5-10 minit berkaitan dengan kisah Nabi Yusuf.

3. Isu pemecatan SERTA MERTA AJK Surau semasa perjumpaan tersebut sebagaimana yang didakwa di facebook P-125 Putrajaya pada 25 April 2013(Khamis) adalah TIDAK BENAR. Surau Abdul Rahman Auf merupakan surau biasa , bukan Surau Jumaat. Pelantikan AJK surau tidak melalui Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Walaubagaiamanpun, semua surau sama ada surau biasa, Surau Jumaat dan Masjid adalah terikat dengan Akta 505 dan surat arahan pekeliling Masjid/Surau Bilangan(1) Tahun 2011 yang menyatakan bahawa Majlis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada semua anak kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik.

Disediakan oleh:

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR
Pegawai Perhubungan Awam (Kanan)
Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
b.p : Y.Bhg Datuk Pengarah JAWI

Perlu saya jelaskan sedikit lagi , barangkali tahap pemikiran dan kematangan agak berbeza. Isu Pemecatan TIDAK TIMBUL DAN TIDAK BENAR sama sekali,mana-mana saudara/i yang tidak berpuas hati , saya persilakan ke surau berkenaan,cuma menjadi tanggungjawab pihak jabatan iaitu JAWI untuk memanggil AJK bagi mendapat penjelasan kepada Pengarah JAWI,itu saja. Hatta AJK sendiri pun tidak tahu menahu pasal pemecatan ini,dalam ruang facebook Calon P-125 Putrajaya juga ada salah seorang AJK Surau maklumkan agar fitnah ini dihentikan. Selain itu,saya baru mendapat laporan daripada JAWI Cawangan Putrajaya bahawa surau tersebut selepas insiden berkenaan tiada lagi kedengaran azan subuh,itu juga TIDAK BENAR. melainkan zohor dan asar kata bendahari surau berkenaan kerana rata-rata AJK yang berkerja. Saya harap isu ini tidak perlu diputarbelitkan sebab akan mengundang banyak lagi kekalutan dalam masyarakat.Terima kasih

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: