Aku dan Pasca PRU-13

Dah lebih 48 jam tamatnya pertarungan hebat dalam Pilihan Raya Umum ke-13..itu pun masih ada lagi yang heboh nak bercakap macam-macam..yang bijak,nampak tersusun segala fakta..yang kurang cerdik,bercakap mengalahkan yang bijak..asal boleh saja terima akal langsung diangkat jadi fakta..

Keputusan kali ini adalah Barisan Nasional hanya berjaya menubuhkan kerajaan melalui majoriti mudah,tidak mendapat dua pertiga malahan keputusan yang dicapai oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih buruk daripada keputusan PRU-12 pada tahun 2008.ketika itu BN diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi..selain itu BN juga kehilangan beberapa kerusi parlimen yang dimenangi sebelum ini seperti Batu Pahat dan beberapa lagi di Sarawak.

Bonus dalam kegagalan ini adalah BN berjaya merampas semula Kedah yang sebelum ini dikuasai oleh pakatan pembangkang.

Pakatan rakyat pula dilihat lebih berjaya dengan penambahan 7 kerusi parlimen selain berjaya menambah beberapa buah kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri tertentu seperti Selangor,Terengganu dan Negeri Sembilan.

Kalau dulu pada 2008 dikatakan tsunami politik, kali ini pula dikatakan tsunami politik kaum Cina..mula dah heboh orang bercakap sana sini..yang nak menegak benang yang basah pun ada,yang buta fakta pun ada,yang tukang angguk saja pun tak terkecuali..

Bukan nak kata aku ini bijak dalam politik tapi aku bercakap atas perkara yang aku tau saja..janganlah ada pula nak menafikan apa yang sedang berlaku di sekeliling..bagi sesetengah orang mungkin nampak kabur tapi lama kelamaan ia akan menjadi semakin jelas..

Apa yang Utusan Malaysia dan Kosmo papar pada muka surat hadapan itu ada kebenarannya..mungkin nampak macam perkauman tapi itu hakikatnya..hairan aku..pada yang mungkin tak tahu,surat khabar cina dah lama main sentimen perkauman sejak tarikh pembubaran parlimen dan tarikh PRU-13 belum dimuktamadkan.maknanya apa ayat aku sebelum ini.selepas saja pilihan raya 2008,akhbar cina dah mula main sentimen perkauman..memandangkan kita tak baca surat khabar cina dan tak faham,jadi takda siapa yang sedar,nak ambil tahu..baru Utusan dan Kosmo jentik,dah mula menyalak macam anjing kelaparan..itu yang dikatakan cukup matang..boleh marah,tak salah tapi biar pada tempatnya.buatlah analisis bermacam-macam untuk menafikannya tetapi jelas itu adalah hakikatnya..

Aku bercakap dalam bahasa yang mudah untuk tutup pasca PRU-13 ini..Kerajaan perpaduan melibatkan UMNO dan PAS boleh bentuk untuk kukuhkan semula kuasa orang Melayu.cukup-cukuplah bergaduh,takda kesudahannya..masing-masing kena sedar yang masing-masing pun bukan maksum..jangan nak tuding jari dosa orang nanti terpalit diri sendiri balik..pandangan aku yang penting perlembagaan penjajah perlu diubah..sistem Malaysia dah teruk sangat..semangat perpaduan dah mula hancur..keharmonian zaman sekarang sudah mula tergugat..tak salah kalau boleh semeja dan bertoleransi dengan kaum lain asalkan penghormatan itu ada..jangan sampai kaduk naik junjung..

Tahun 1999 orang baru nak celik mata pasal buruk kerajaan walhal benda dah lama jadi kanser..tahun 1999 dan 2004 undi mula Melayu pecah.orang tak sedar taktik persempadan semula kawasan pengundi akhirnya makan tuan..cina mula tunjuk taring taring even Tun Dr. Mahathir yang hebat dan ditakuti cina, pun terpaksa turut kehendak kaum minoriti itu..2008 yang cina asalnya menurut mula muak termasuk Melayu pun sama hasilkan tsunami..dan 2013 paten yg sama diulang..

Lebih buruk lagi lepas 2008 sehingga menjelang PRU-13 ramai pulak yang bijak pandai bercakap pasal politik tiba-tiba muncul.konon ambil berat pasal negara..inilah perangai yang cukup aku pelik.yang baru kerja kerajaan,baru tau buruk sikit,dah mula tunjuk pandai.yang tak habis belajar,terikut sangat,mengaji kat internet berlagak pulak berpidato macam ahli politik..yang diberi peluang untuk menulis politik,terlalu ekstrim dan menyokong membabi buta..hanya disogok dengan propaganda,mula melalak sampai hilang pedoman..hanya disumbat gula-gula,mula hilang pahit kepayahan..setakat menyarung segak kot belum tentu anda bijak..setakat berkopiah berserban belum tentu anda ulamak..jangan taksub dengan sebelah pihak kalau tak tahu hujung pangkal..jangan fikir diri sendiri pejuang kalau belum ketemu erti perjuangan sebenar..mata tak pernah pedih kena gas pemedih mata,simpan lah sembang hebat.kalau tak rasa perit duduk di bawah,merasa susah,jangan lantang berjuang demi rakyat..bukan nak takbur,aku bersyukur kerana Tuhan beri peluang untuk dedahkan diri aku kepada politik sejak umur masih lagi hijau..pilihan raya umum 1990 itu permulaan..aku mula belajar politik dari akar umbi sehingga ke atasan..mudah cakap,aku lebih suka memerhati daripada cenderung kepada mana-mana parti.aku mengaku pernah jadi jentera dua parti yang berbeza ketika umur masih setahun jagung tapi itu adalah pengalaman berharga yang aku kutip..berkawan baik dengan mana-mana orang,tak kira UMNO,PAS,PKR,MCA,DAP termasuk Sabah Sarawak cukup mematangkan aku dalam politik..dan aku tak pernah berhenti belajar sehingga sekarang..

Pada hal,sistem yang rosak termasuk orang dalam sistem sendiri..buatlah apa-apa pun sampai kiamat takdalah berubah.ingat kalau tukar kerajaan boleh berubah sekelip mata, pada hal orang dalam sistem politik berlingkar dalam bulatan yang sama.biarlah tegak dengan sistem sendiri..Islam itu biar sebati, bukan semata-mata percakapan ataupun perbuatan..semangat kenegaraan biar jitu bukan jadi sumpah-sumpah atau talam dua muka..tak salah bangga dengan bangsa sebab ia juga jati diri..

Yang diberi amanah, pikul galas beban dengan baik dan saksama..jangan alpa tenggelam dek ringgit dan kuasa..yang berjuang,terus berjuang kerana ia tidak pernah berakhir selagi sangkalala belum berbunyi..jangan mengejar dunia,rakus mata dan gelojoh nafsu sehingga membelakang makna perjuangan..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: