Archive for June, 2013

Aku, Khabar Angin, Shared (kongsi) dan Like (Suka)

 

images

 

1997, dalam bilik darjah, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Hulu Langat – situasi: Aku dan seorang rakan rancak berborak..macam-macam isu dibincang, dunia sekolah sehingga luar sekolah membabitkan sukan bola sepak, cerita kampung dan pelbagai..ketika itu guru Bahasa Malaysia ada di meja sedang menyemak kerja rumah yang kami semua siapkan..perlahan-lahan irama borak aku dan rakan itu mula kedengaran seperti lagu pergaduhan..secara tiba-tiba, aku dan rakan itu ditempelak oleh guru itu, marah dengan kelakuan kami..gempar satu bilik darjah..pelbagai butiran dia lemparkan pada kami dalam bilik darjah, lebih-lebih berkaitan dengan tempat asal-usul aku dan rakan-rakan yang lain sudah sebati dengan budaya setempat..

Sampai sekarang aku sendiri terkejut dengan tindak-tanduk guru itu..dan pada fikiran aku yang kurang bijak meneliti apa yang berlaku..benar, ia kedengaran, kelihatan seperti satu pergaduhan tetapi hakikatnya, itu ada CARA aku dan rakan-rakan lain di HULU LANGAT…lebih pelik lagi, guru itu sendiri berakar umbi di sana, dan kurang senang dengan cara itu..minta maaf, aku kurang setuju dengan guru aku ketika itu walaupun aku hanya mendiamkan diri tanpa mahu menimbulkan provokasi berlebihan dengannya..

Bayangkan, situasi yang berada di hadapan mata, kepala, badan dan pancaindera yang lain pun boleh disalah ertikan..ini kan lagi apabila kamu tidak melihatnya sendiri, hanya sekadar SHARED, LIKE dan akhirnya DISEBARKAN…kasihan…

Sekali lagi..kewujudan video di atas masih menandakan ada manusia bijak yang tampil..tabik hormat…

Advertisements

Aku dan Islam Anak-Anak Mualaf

Cabuk: Apabila cuba menduga, maka ini jadinya..apabila kaduk naik junjung, maka ini akibatnya..apabila menyalah guna kompromi yang ada, menganggap seolah-olah kita tunduk padanya…mujur hidup ketika Islam zaman ini, andai hidup ketika Islam pada kegemilangannya, mahu aku berfikir apa akan jadi kepada si kaduk-kaduk ini..

 

KENYATAAN AKHBAR PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA BERKENAAN PENGISLAMAN ANAK-ANAK MUALAF DI BAWAH UMUR

20 Jun 2013 bersamaan 11 Shaaban 1434

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) ingin menarik perhatian masyarakat umum tentang isu pengislaman anak-anak seseorang ibu atau bapa yang telah memeluk agama Islam (mualaf) yang sekali lagi di ambil kesempatan beberapa pihak tertentu, khususnya Majlis Peguam Malaysia yang seolah-olah memberikan gambaran bahawa pengislaman sebelah pihak (unilateral conversion) telah berlaku dan oleh yang demikian melanggar beberapa aspek kebebasan beragama di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 12 (3) dan 12 (4).

Untuk menjawab beberapa perkara yang telah diutarakan pihak Majlis Peguam, PPMM ingin menyentuh tiga perkara khusus:

Pertamanya, Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi di Negara ini telahpun membuat keputusan mengenai definisi ‘parent” di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menentukan hak seseorang ibu atau bapa yang telah memeluk Islam dan mengislamkan anak-anak beliau yang di bawah umur. Hal ini diputuskan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray & Lain (2008) yang telah bersetuju atau mengesahkan keputusan kes terdahulu Nedunchelian V Uthiradam lawan Nurshafiwah Mah Singai Annal & Lain (2005) bahawa definisi istilah ‘parent’ adalah cukup bermaksud dengan salah seorang iaitu ibu atau bapa. Oleh yang demikian di dalam kes Subashini, pengislaman anak-anak di bawah umur 18 tahun oleh bapa yang Muslim diktiraf Mahkamah Persekutuan sebagai betul dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Persoalan tentang Islam atau bukan Islamnya seseorang bila telah nyata dan sahnya pendaftaran mualaf hanya boleh d putuskan oleh Mahkamah Syariah. Justeru Mahkamah Sivil, hatta Mufti, Majlis Agama Negeri-negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai sebarang bidangkuasa untuk menukar, meminda status Islam seorang dgn apa-apa perubahan. Kedudukan undang-undang ini telah dijelaskan melalui keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu kes Azlina Jailani lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (2006).

Kedua, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2009, Dato’ Seri Mohamaed Nazri Aziz bahawa anak-anak pasangan suami isteri sepatutnya kekal di dalam agama asal pasangan tersebut semasa perkahwinan mereka bukanlah suatu kedudukan yang sah mengikut Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang cuba digambarkan Majlis Peguam. Pada hakikatnya, jemaah menteri tiada Kuasa untuk mengarahkan mana-mana Mahkamah untuk meminda, mematuhi arahan atau membatalkan sebarang undang-undang. Undang-undang yang sah hanya ditafsirkan Mahkamah mengikut falsafah, matan dan kehendak perundangan yang di gubal di Parliamen bagi undang-undang Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi maksud Enakmen-enakmen Negeri.

Kebebasan kehakiman adalah asas yang sangat penting di dalam sistem demokrasi Malaysia. Adalah jelas bahawa cabang Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman mempunyai peranan masing-masing yang jelas dan tidak boleh mencampuri urusan yang lain.

Justeru, arahan Kabinet 2009 sepertimana yang didakwa Majlis Peguam, tidak mempunyai sebarang nilai dan tidak boleh meminda apa yang telah diputuskan Mahkamah. Mahkamah tidak terikat oleh arahan tersebut di dalam penafsiran undang-undang-undang lebih-lebih lagi apabila sesuatu perkara telah diputuskan Mahkamah Persekutuan sebagaimana di dalam kes Subashini. Selagi undang-undang tersebut tidak di pinda atau di batalkan maka undang-undang berkaitan dan keputusan Mahkamah pada masa tersebut adalah diterima pakai.

Pada hemat PPMM, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) telah sekali lagi bertindak membelakangkan undang-undang yang sah apabila menganggap keputusan kabinet pada 2009 hanya janji kosong kerana hanya mahu meredakan kes yang berlaku, bahkan ia tidak memberi keadilan kepada ibu atau bapa bukan Islam. Umum mengetahui bahawa MCCBCHST juga menganggotai Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama di bawah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) namun begitu mereka telah membuat tindakan untuk mencabar hak-hak Muslim apabila memilih untuk menyebarkan pandangan yang salah berhubung isu ini di ruang media dan tidak melakukan yang terbaik untuk merujuk wakil-wakil Islam yang berautoriti di dalam jawatankuasa tersebut bagi mendapatkan penjelasan dan menjernihkan prejudis dan stereotaip mereka mengenai Islam di Negara ini.

Perlu ditegaskan bahawa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak dibawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam;

2. Oleh yang demikian apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan adalah secara langsung beragama Islam;

3. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda.

Adalah jelas bahawa keputusan di atas telah disandarkan apda asas hujahan yang kukuh dan bersesuaian dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana termaktub pada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Semua pihak termasuk Jemaah Menteri, Majlis Peguam dan MCCBCSHT perlu akur dengan hakikat ini dan tidak boleh mencari ruang untuk memanipulasi kedudukan ini atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.

Seringkali di dalam kes di mana seorang suami memeluk Islam, mualaf ini ditohmah mahu melarikan diri dari tanggungjawab sivilnya. Namun pada hakikatnya mualaf tersebut telah mendapat hidayah dari Allah SWT dan mahu mengamalkan hak beragamanya sebagaimana yang diiktiraf Perlembagaan Persekutuan. Jurisprdens Islam tidak menghapuskan tanggungjawab suami atau bapa Islam terhadap isteri dan anak-anaknya walaupun berlainan agama mengikut kaedah yang ditentukan Islam. Malah tersdapat juga kes dimana isu pemelukan Islam ini dikontroversi pihak tertentu namun akhirnya isteri yang tidak memeluk Islam itu dengan sukarela telah memeluk agama suci ini. Oleh yang demikian PPMM mengingatkan semua pihak jangan cuba membuat kontroversi isu sebegini, hal ini haruslah diselesaikan oleh kedua belah pihak secara berhemah.

Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia. (FB Zainul Rijal)

Aku dan Sani Ekspress II

Image

Image

Image

Rujukan

1) Bernama

2) The Sun Daily

3) Mstar

Artikel

Mahkamah Tolak Kes Saman Fitnah Syarikat Sani United Terhadap Utusan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak saman fitnah yang difail syarikat bas ekspres Sani United Sdn Bhd terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan editor akhbar Kosmo.

Hakim Lee Heng Cheong menolak permohonan itu dengan kos sebanyak RM25,000.

Syarikat itu memfailkan saman itu pada 21 Mei tahun lepas mendakwa Kosmo menerbitkan artikel palsu berhubung pembatalan permit sebuah bas ekspres milik Sani United.

Penyataan tuntutannya mendakwa artikel bertarikh 6 Januari 2010 itu diterbitkan susulan keputusan mesyuarat Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang membatalkan permit bas itu selepas berlaku kemalangan pada 26 Disember 2009.

Syarikat itu mendakwa bahasa dan kandungan artikel bertajuk ‘Hukuman untuk ajar syarikat bas ekspres’ adalah tidak tepat dan tidak benar, seolah-olah pembekuan permit melibatkan kesemua permit bas ekspres, sedangkan hanya satu permit bas Sani Express dibatalkan.

Sementara itu, bagi bas lain, urusan perlesenan seperti permohonan baharu, memperbaharui dan ubah syarat hanya dibekukan bagi tempoh setahun.

Penyataan pembelaan kedua-dua defendan pula mendakwa artikel itu adalah benar serta diterbitkan demi kepentingan awam, dan bukan bertujuan memalukan atau menjatuhkan reputasi syarikat itu selain disiar selepas pengumuman oleh LPKP.

Sepanjang perbicaraan kes itu, empat saksi termasuk Pengarah Urusan Sani United iaitu Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, memberi keterangan. – BERNAMA

 

Cabuk: Permulaan yang baik..kepada Tuhan dipanjatkan kesyukuran..Antara hak dan batil sudah jelas..mohon dipermudahkan untuk akan datang

Yang masih tidak jelas kenapa entry ini aku paparkan..boleh rujuk siri pertama, Aku dan Sani Ekspress

Aku dan Tanya Sama Hati

 

Lirik Lagu Tanya Sama Hati – P.Ramlee

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-tanya-sama-hati-pramlee.html#ixzz2WTrQYSGI

Aku dan Manusia Cerdik

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

“Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda…”

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil “berfikir di luar kotak.” – berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: “Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!”

*Ini dipanggil sebagai “Profesional.” – Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): “Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat.”

Perompak tua menyangkal dan berkata: “kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut.”

*Ini dipanggil “Pengalaman.” – Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: “Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!”.

*Ini dipanggil “inovatif.” – Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: “alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit”

*Ini dipanggil “berpandangan jauh.” – merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: “Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri.”

*Ini dipanggil ” Pengetahuan.” – pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil “sambil menyelam minum air.” – mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

**Diedit oleh : Admin SFMD (Sabahan Fakta Menarik Dunia)

Aku dan Instacanvas

Aku suka main dengan gambar..petik gambar..sejak dah ada dalam bidang sekarang, berkawan dengan photographer, jadi makin seronok aku tangkap gambar..

Instagram, antara media sosial yang beri peluang kepada pengguna untuk berkongsi gambar..ditambah dengan pula dengan aplikasi ketiga yang beri peluang kepada pengguna untuk edit gambar, makin menjadi-jadi pulak aku minat..tak berapa cerdik sangat guna Adobe Photoshop, jadi aku manfaatkan aplikasi yang ada untuk buat editing yang simple..andai berlebih-lebih, jadi tak senonoh gambar atau yang lebih tepat, gambar jadi tak jujur, maksud yang nak disampaikan, hilang..

 

Ini galeri aku, menggunakan aplikasi instacanvas :  (http://instacanv.as/manlukeman)  antara gambar yang aku ambil..jadi seronok pulak..

 

PS: siapa rajin, boleh singgah tengok..

Aku dan Instacanvas

 

insta2

 

insta3

 

insta4

 

insta5

Aku dan Skandal (Hot, Panas)

Video dengan durasi 11 minit 26 saat hasil usaha sekumpulan anak muda yang mengangkat tema aurat dan menyampaikan dengan gaya yang mudah difahami..

Menarik..mungkin lebih mudah untuk difahami kepada yang masih benak mengenai aurat dan kelebihannya..

Memang cerdik mereka meletakkan tajuk tersebut pada video itu dengan harapan akan ramai klik..dan pastinya, ada yang terkena seperti jangkaan mereka..

Tabik spring, wajar terima pujian atas inisiatif mereka..

PS: Cabuk rasa macam nak buat video jugak