Archive for July, 2013

Aku dan Kasut Buruk

maxresdefault

 

Kredit untuk Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah

Video ini memang sesuatu…

Advertisements

Aku dan Daniyal Qhashaf

Hari ini genap 7 hari kelahiran anak lelaki sulung dalam keluarga aku..

1.35 pagi di Az Zahra Bangi, 14 Ramadan 1434, 23 Julai 2013, isteri tercinta selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.35 kilogram yang sempurna sifat sebagai penghubung jambatan kasih hubungan suami isteri dalam melayari kehidupan rumah tangga..adik kepada Dania Qistin dan Damia Qismina…Alhamdulillah..

Menjadi tanggungjawab aku untuk melakukan tahnik, memberi nama yang baik kepada dia, mencukur rambut bayi ini dan melakukan akikah seperti yang dituntut oleh Islam bersempena kelahiran permata baru dalam keluarga ini..

Daniyal Qhashaf, nama anak ini diberi yang membawa maksud mempunyai pengamatan dan pemikiran yang tajam (Qhashaf)..Insyaallah,moga mampu nama ini dibawa oleh anak ini dan beroleh menjadi seperti maksud nama ini yang diterjemahkan..amin..

Doa aku, moga anak ini menjadi insan yang lebih baik daripada aku..ikutilah jalan aku tapi jangan jadi seperti aku..Amin..

20130729-021112.jpg

20130729-092653.jpg

20130729-124726.jpg

20130729-124831.jpg

Aku, Hijrah, Perniagaan dan Dakwah Islam

status

” Sesuai saat ini status ini ditulis..berterima kasih kepada media sosial spt FB,twitter.sbb ye,dgn ada menatang nih,maka BERTAMBAH dan LAHIR cerdik pandai,cendiakawan,pakar motivasi,pakar keluarga,alim ulamak,penganalisis politik,penganalisis pertahanan,pakar geografi,pakar sejarah,pakar perlembagaan,pakar ketenteraan,pakar kepolisian,segala macam pakar dan penganalisis.yg penting ye,dalam kadar SEGERA.hebat… “

Dah lama sangat sebenarnya aku perhatikan trend begini, sejak mula mencebur diri dalam alam sosial, dan ia semakin memuncak sehingga saat peralihan teknologi ini menjadi mudah capai kepada setiap umat manusia dan mula menimbul rasa jengkel yang dalam..mungkin tanpa sedar, aku turut sama menjadi sebahagian kepada penyumbang trend tersebut..hanya berlandaskan emosi semberono, manusia menjadi hilang pertimbangan agama dan akal, sehingga cenderung melakukan sesuatu hanya untuk memuaskan nafsu sendiri..

Dalam dunia media sosial, semua yang tertulis dan tertera dianggap sebagai satu sumber yang sah dan benar, yang mengungkap status dianggap pakar..yang pakar itu pula diangkat hebat dalam lapangan itu..ia melampaui segenap askpek harian, agama, politik, kerjaya, kekeluargaan, walhal andai dilihat kembali dengan lebih rasional, ia hanya sekadar kata-kata indah, ungkapan atau pandangan peribadi yang dilontarkan..tanpa ilmu yang benar-benar mendalam, apabila ia diungkap, ketika permulaan seperti satu jawapan yang kononnya menjawab segala persoalan yang berlingkar dalam kepada setiap orang tapi dibabak-babak akhir, ia kemudia mencetuskan satu polemik bodoh dalam masyarakat..

Aku dapat lihat hanya dengan penangan media sosial, ada perkara yang boleh jadi kucar-kacir, rosak, jahanam dan yang paling menggelikan hati adalah melihat kebodohan manusia pada tahap yang tinggi..

Tapi apa yang paling menakutkan aku apabila manusia menjadi medium media sosial untuk berbicara, berdiskusi mengenai perkara yang berkaitan dengan agama yakni Islam..hijrah, perniagaan, dakwah, apa-apa saja berkaitan dengan agama..rasanya makin menjadi-jadi sehingga secara tidak langsung membawa lumpur untuk dipalitkan kepada semua yang menggunakan laman sosial itu..maknanya, seorang pembawa dosa, yang lain turut serta menerima tempiasnya..

Aku rasa, syariat Islam, hukum-hakam serta segala intipati agama Allah ini terlalu suci untuk diperkatakan dengan lebih mendalam menerusi laman sosial..biarpun media sosial itu canggih namun ia tidak mampu menampung kehebatan ilmu Islam untuk dibincangkan dengan lebih serius dan mendalam..ruang yang disangka luas itu sebenarnya sangat sempit lantaran ia akhirnya tidak membuka mata masyarakat untuk mendekati dan mendalami agama sebaliknya hanya menyempitkan otak manusia yang telah dangkal dengan ilmu untuk membuat kesimpulan yang melulu tanpa dasar serta tunjang ilmu yang benar..

Bahasa mudah, nak mendalami ilmu biar berguru..nak jadi cerdik pandai, biar ke sekolah..nak bercucuk tanam biar ada cangkul bersama..pokok pangkal ia datang dengan pakej..jangan belajar ilmu hanya semata-mata di alam maya sahaja..kelak nanti bodoh tak tertegur, lagak sombong payah diajar…

Minta maaf, biarpun usaha dakwah Islam dilihat lebih meluas dengan manfaat teknologi maklumat seperti laman sosial namun pandangan peribadi aku, ia hanya lebih banyak mengundang kecelaruan kepada zat agama itu sendiri..tanpa zahir dan hadir kepada guru untuk menuntut ilmu, ia ibarat benih subur yang ditabur di kawasan luas tapi ia tidak bercambah hasil yang baik..

Akhirnya, tukang komen, tukang like, tukang shared, pengikut-pengikut mula bertelagah sesama sendiri tanpa kawalan dan klimaksnya mula orang nampak polan-polan yang terlibat itu bodoh dalam pengetahuan cetek masing-masing…

Menjual agama menerusi laman sosial ini memang mudah, konon hanya mahu berkongsi pengalaman..diangkat hebat dalam dakwah, hijrah, perniagaan atau apa-apa saja yang dilakukan oleh figura agama laman sosial itu..pada permulaan ia membabitkan perkongsian ilmu yang mana aku anggap ia masih lagi relevan untuk memanfaatkan laman sosial dan berterusan untuk satu ketika yang sangat cantik perjalanannya..secara perlahan-lahan ia mula berganjak dari satu fasa ke satu fasa yang lain..

Fasanya adalah berhujah dengan agama atau sesuatu perbuatan yang membabitkan agama..dan kemerosotan dakwah itu mula berlaku tanpa sedar apabila campur tangan orang yang kononnya dianggap pandai terbabit dalam sesi hujah, diskusi yang dibuat menerusi laman sosial..dia mula mempersoalkan orang lain, yang di sana bercakap sinis mengenai ilmu orang di sini, yang di atas lebih hebat daripada orang bawah, kiri dan kanan mula mengata sesama sendiri tanpa bersua muka..

Yang menyedihkan di sini adalah tanpa sedar, ia sebenarnya tidak lebih lebih menjurus kepada membuka aib orang dan yang penting adalah bagaimana ilmu agama itu dianggap murah sehingga hanya boleh dibincangkan secara mendalam menerusi laman sosial sahaja..yang sana menggangap dialah yang benar, dialah yang sahih..dialah yang betul..dialah yang bagus..masing-masing mula bertegak kebenaran hanya dengan penggunaan laman sosial..apabila berhujah, pandai pula main tarik tali, ada juga tanpa sedar, menjilat ludah sendiri..

Mengapa tidak bersua muka, bermuzakarah, bermuhasabah secara bertentang mata..aku rasa ia lebih manis jika dibuat sedemikian daripada menaikkan status bukan-bukan yang kemudian hanya membuka peluang kepada tukang komen, tukang like, tukang shared, pengikut-pengikut sama-sama terpalit dosa dan menjadi lebih bodoh…

Islam itu suci, bersih dan tinggi nilainya untuk diperlekehkan sewenang-wenangnya menerusi laman sosial..tolonglah, jadi terus jadi bodoh dalam dunia sendiri..ilmu kalian mungkin tinggi berbanding aku tapi tolong jadi lebih cerdik dan matang berbanding insan kerdil ini..jangan kerana ketinggian ilmu yang ada menjadi kalian sombong dengan kelebihan kurniaan Tuhan itu..itupun kalau ilmu kalian tinggi, jika tidak, lebih elok terus berdiam diri atau terus menerus tanpa rasa bosan untuk menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam lagi..

Asalnya niat untuk menyuburkan Islam tetapi akhirnya menyumbangkan kepada umur bantu kepada agama Allah ini..aku rasa, kalau betul-betul dakwah itu menjadi menerusi laman sosial, sudah tentu banyak benda yang kita sudah lihat berlaku pada zaman semasa ini sepatutnya tidak berlaku..apa dia, gejala sosial dan jenayah yang semakin memualkan dan menakutkan..sebab melihat kepada tukang komen, tukang like, tukang shared, pengikut-pengikut yang ramai, patut ia tak berlaku..

Kalau melihat seorang tuan guru ini, tanpa memanfaatkan laman sosial dan hanya berkisar kepada internet saja, pondok yang dibuka terus subur dan berkembang pesat bermula zaman 90-an sehingga sekarang..apa maknanya…berkat dan tawaduk kepada agama..ia membuka jalan kepada orang di sekeliling untuk mendekati Islam dengan menuntut ilmu di pondok itu..Islam itu cantik dan orang akan terpikat dengannya..itu baru betul serupa, sebijik, dan sama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW…

Jangan jual agama..jadi lebih teliti dalam dakwah anda, jangan sombong ilmu dan taksub….manfaatkan hidayah yang menterjemahkan hijrah anda supaya ramai yang jadi seperti hijrah anda..jangan rosak perniagaan anda dengan memakai baju agama, bimbang Islam akan diketawakan pelusuk dunia..

Imam Syafie:Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.

Surah Al- Hujurat, ayat 6: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

CABUK: tekad mahu jadi lebih cerdik dan matang dalam laman sosial..moga Tuhan permudahkan perjalanan aku..

Aku, Ashraf Muslim, Dayana dan Lokman

Ashraf-Muslim

Ashraf Muslim nikah kali kedua di Thailand, tarik balik permohonan poligami

Ini tajuk aku guna semalam sebelum ditukar kepada Bapa mertua kesal Ashraf bohong isu kahwin (Kosmo! Online)

Hj Lokman sidang media

Melalui video di atas, khalayak ramai didedahkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Haji Lokman Abdul Hamid yakni ayah kepada Noor Dayana mengenai isu tersebut..hak dia untuk bercakap lebih-lebih lagi ada pula orang yang bertanya..jadi, itu semua kena hormat..

Bagaimanapun, aku tabik spring kepada Haji Lokman sebagai seorang ayah kerana berupaya mendidik anak gadisnya, Noor Dayana dengan baik yang kini bergelar isteri kepada lelaki bernama Ashraf yang dilihat benar-benar teruji dalam kejadian baru-baru ini yang dihakimi oleh masyarakat sekeliling sebagai satu isu yang besar iaitu poligami…apa yang pasti, berkat dan hikmah didikan berlandaskan Islam yang diterapkan oleh Haji Lokman menjadi Noor Dayana kepada figura yang ada sekarang..

Bab Ashraf didakwa menipu dan kenyataan Haji Lokman kesal, aku tak mahu ulas lanjut..yang berlaku sudah berlaku, andai ia salah sekalipun, ia sudah dihakimi..Jadi usah mahu panjang lebar macam prosiding kes mahkamah…kalian di luar bukan hakim-hakim yang arif bijaksana pun..

Tumpuan aku tertumpu kepada ketaatan Noor Dayana kepada suami yang masih sah menurut hukum hakam Islam dan perundangan Islam di Malaysia meskipun berdepan dengan pelbagai tekanan luar yang lebih kuat daripada keluarga sendiri, kononnya lebih mengambil berat mengenai situasi yang dihadapinya…benar, apa yang dihadapi tidak boleh dipandang enteng dan bukan mudah untuk ditelan namun bagaimanapun ia juga tidak boleh dijadikan alasan atau jalan singkat untuk menjadikan wanita ini alpa dengan pegangan agama yang dipegangnya..

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan..apa yang berlaku di sekeliling banyak beri pedoman dan rujukan…setiap apa yang berlaku ada penyelesaian terbaik, bukan melalui jalang singkat membelakangkan agama..

Aku dan Sejarah

 

CABUK: Tak mahu berhenti membaca, belajar, mencari…kebenaran itu pasti dengan jalan agama, bersandarkan Quran, sunnah, hadis, ijtihad, qisas…

Aku dan 13 Julai 2007 – 13 Julai 2013

nikah

 

 

Tarikh ini, enam tahun lalu, selepas Asar, di Surau Penjara Kajang, aku bergelar suami yang sah dari segi hukum syarie dan undang-undang syariah Malaysia kepada Norhayati Kamaruddin…

 

nikah4

 

dan ikatan sah itu kekal sehingga sekarang….kepada Allah, kesyukuran aku panjatkan kerana berkat dan hikmah dikurniakan dalam hubungan ini..

 

nikah2

 

 

dan Alhamdulillah, dua cahaya mata setakat ini dikurniakan..Dania Qistin dan Damia Qismina..

 

nikah5

 

dan bakal menerima seorang lagi, tidak lama lagi..sabar menunggu..

Moga berkekalan hingga hujung nyawa…Amin

Aku dan Ramadan 1434H

 

Setahun sekali, Ramadan itu datang..bukan dua tiga kali, bukan setiap hari…bulan penuh dengan seribu kemuliaan, himpunan keistimewaan zat-zat Allah dilambakkan..Lailatul Qadar menjadi lutsinar untuk pencari nikmat terus gigih berusaha mengejarnya…Lapar dan dahaga itu hanya sekecil zarah halus kimia untuk dirasai..solat Tarawih tuntutan sunat muakkad menjadi sebahagian daripada penyeri Ramadan..usah fikir berapa rakaat perlu dikerjakan, rebut peluang yang ada dengan perbuatan…tadarus al-Quran menjadi peneman menyegar halwa telinga sebelum bangun semula mengerja Qiammulail…

Zaman Islam itu hebat, Ramadan pun berperang, solat Tarawih juga dikerjakan..berebut umat mencari fadilat dan hikmah Ramadan..Moga Ramadan kali ini penuh makna..itu pasti..selamat menunaikannya..