Aku, Hijrah, Perniagaan dan Dakwah Islam

status

” Sesuai saat ini status ini ditulis..berterima kasih kepada media sosial spt FB,twitter.sbb ye,dgn ada menatang nih,maka BERTAMBAH dan LAHIR cerdik pandai,cendiakawan,pakar motivasi,pakar keluarga,alim ulamak,penganalisis politik,penganalisis pertahanan,pakar geografi,pakar sejarah,pakar perlembagaan,pakar ketenteraan,pakar kepolisian,segala macam pakar dan penganalisis.yg penting ye,dalam kadar SEGERA.hebat… “

Dah lama sangat sebenarnya aku perhatikan trend begini, sejak mula mencebur diri dalam alam sosial, dan ia semakin memuncak sehingga saat peralihan teknologi ini menjadi mudah capai kepada setiap umat manusia dan mula menimbul rasa jengkel yang dalam..mungkin tanpa sedar, aku turut sama menjadi sebahagian kepada penyumbang trend tersebut..hanya berlandaskan emosi semberono, manusia menjadi hilang pertimbangan agama dan akal, sehingga cenderung melakukan sesuatu hanya untuk memuaskan nafsu sendiri..

Dalam dunia media sosial, semua yang tertulis dan tertera dianggap sebagai satu sumber yang sah dan benar, yang mengungkap status dianggap pakar..yang pakar itu pula diangkat hebat dalam lapangan itu..ia melampaui segenap askpek harian, agama, politik, kerjaya, kekeluargaan, walhal andai dilihat kembali dengan lebih rasional, ia hanya sekadar kata-kata indah, ungkapan atau pandangan peribadi yang dilontarkan..tanpa ilmu yang benar-benar mendalam, apabila ia diungkap, ketika permulaan seperti satu jawapan yang kononnya menjawab segala persoalan yang berlingkar dalam kepada setiap orang tapi dibabak-babak akhir, ia kemudia mencetuskan satu polemik bodoh dalam masyarakat..

Aku dapat lihat hanya dengan penangan media sosial, ada perkara yang boleh jadi kucar-kacir, rosak, jahanam dan yang paling menggelikan hati adalah melihat kebodohan manusia pada tahap yang tinggi..

Tapi apa yang paling menakutkan aku apabila manusia menjadi medium media sosial untuk berbicara, berdiskusi mengenai perkara yang berkaitan dengan agama yakni Islam..hijrah, perniagaan, dakwah, apa-apa saja berkaitan dengan agama..rasanya makin menjadi-jadi sehingga secara tidak langsung membawa lumpur untuk dipalitkan kepada semua yang menggunakan laman sosial itu..maknanya, seorang pembawa dosa, yang lain turut serta menerima tempiasnya..

Aku rasa, syariat Islam, hukum-hakam serta segala intipati agama Allah ini terlalu suci untuk diperkatakan dengan lebih mendalam menerusi laman sosial..biarpun media sosial itu canggih namun ia tidak mampu menampung kehebatan ilmu Islam untuk dibincangkan dengan lebih serius dan mendalam..ruang yang disangka luas itu sebenarnya sangat sempit lantaran ia akhirnya tidak membuka mata masyarakat untuk mendekati dan mendalami agama sebaliknya hanya menyempitkan otak manusia yang telah dangkal dengan ilmu untuk membuat kesimpulan yang melulu tanpa dasar serta tunjang ilmu yang benar..

Bahasa mudah, nak mendalami ilmu biar berguru..nak jadi cerdik pandai, biar ke sekolah..nak bercucuk tanam biar ada cangkul bersama..pokok pangkal ia datang dengan pakej..jangan belajar ilmu hanya semata-mata di alam maya sahaja..kelak nanti bodoh tak tertegur, lagak sombong payah diajar…

Minta maaf, biarpun usaha dakwah Islam dilihat lebih meluas dengan manfaat teknologi maklumat seperti laman sosial namun pandangan peribadi aku, ia hanya lebih banyak mengundang kecelaruan kepada zat agama itu sendiri..tanpa zahir dan hadir kepada guru untuk menuntut ilmu, ia ibarat benih subur yang ditabur di kawasan luas tapi ia tidak bercambah hasil yang baik..

Akhirnya, tukang komen, tukang like, tukang shared, pengikut-pengikut mula bertelagah sesama sendiri tanpa kawalan dan klimaksnya mula orang nampak polan-polan yang terlibat itu bodoh dalam pengetahuan cetek masing-masing…

Menjual agama menerusi laman sosial ini memang mudah, konon hanya mahu berkongsi pengalaman..diangkat hebat dalam dakwah, hijrah, perniagaan atau apa-apa saja yang dilakukan oleh figura agama laman sosial itu..pada permulaan ia membabitkan perkongsian ilmu yang mana aku anggap ia masih lagi relevan untuk memanfaatkan laman sosial dan berterusan untuk satu ketika yang sangat cantik perjalanannya..secara perlahan-lahan ia mula berganjak dari satu fasa ke satu fasa yang lain..

Fasanya adalah berhujah dengan agama atau sesuatu perbuatan yang membabitkan agama..dan kemerosotan dakwah itu mula berlaku tanpa sedar apabila campur tangan orang yang kononnya dianggap pandai terbabit dalam sesi hujah, diskusi yang dibuat menerusi laman sosial..dia mula mempersoalkan orang lain, yang di sana bercakap sinis mengenai ilmu orang di sini, yang di atas lebih hebat daripada orang bawah, kiri dan kanan mula mengata sesama sendiri tanpa bersua muka..

Yang menyedihkan di sini adalah tanpa sedar, ia sebenarnya tidak lebih lebih menjurus kepada membuka aib orang dan yang penting adalah bagaimana ilmu agama itu dianggap murah sehingga hanya boleh dibincangkan secara mendalam menerusi laman sosial sahaja..yang sana menggangap dialah yang benar, dialah yang sahih..dialah yang betul..dialah yang bagus..masing-masing mula bertegak kebenaran hanya dengan penggunaan laman sosial..apabila berhujah, pandai pula main tarik tali, ada juga tanpa sedar, menjilat ludah sendiri..

Mengapa tidak bersua muka, bermuzakarah, bermuhasabah secara bertentang mata..aku rasa ia lebih manis jika dibuat sedemikian daripada menaikkan status bukan-bukan yang kemudian hanya membuka peluang kepada tukang komen, tukang like, tukang shared, pengikut-pengikut sama-sama terpalit dosa dan menjadi lebih bodoh…

Islam itu suci, bersih dan tinggi nilainya untuk diperlekehkan sewenang-wenangnya menerusi laman sosial..tolonglah, jadi terus jadi bodoh dalam dunia sendiri..ilmu kalian mungkin tinggi berbanding aku tapi tolong jadi lebih cerdik dan matang berbanding insan kerdil ini..jangan kerana ketinggian ilmu yang ada menjadi kalian sombong dengan kelebihan kurniaan Tuhan itu..itupun kalau ilmu kalian tinggi, jika tidak, lebih elok terus berdiam diri atau terus menerus tanpa rasa bosan untuk menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam lagi..

Asalnya niat untuk menyuburkan Islam tetapi akhirnya menyumbangkan kepada umur bantu kepada agama Allah ini..aku rasa, kalau betul-betul dakwah itu menjadi menerusi laman sosial, sudah tentu banyak benda yang kita sudah lihat berlaku pada zaman semasa ini sepatutnya tidak berlaku..apa dia, gejala sosial dan jenayah yang semakin memualkan dan menakutkan..sebab melihat kepada tukang komen, tukang like, tukang shared, pengikut-pengikut yang ramai, patut ia tak berlaku..

Kalau melihat seorang tuan guru ini, tanpa memanfaatkan laman sosial dan hanya berkisar kepada internet saja, pondok yang dibuka terus subur dan berkembang pesat bermula zaman 90-an sehingga sekarang..apa maknanya…berkat dan tawaduk kepada agama..ia membuka jalan kepada orang di sekeliling untuk mendekati Islam dengan menuntut ilmu di pondok itu..Islam itu cantik dan orang akan terpikat dengannya..itu baru betul serupa, sebijik, dan sama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW…

Jangan jual agama..jadi lebih teliti dalam dakwah anda, jangan sombong ilmu dan taksub….manfaatkan hidayah yang menterjemahkan hijrah anda supaya ramai yang jadi seperti hijrah anda..jangan rosak perniagaan anda dengan memakai baju agama, bimbang Islam akan diketawakan pelusuk dunia..

Imam Syafie:Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.

Surah Al- Hujurat, ayat 6: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

CABUK: tekad mahu jadi lebih cerdik dan matang dalam laman sosial..moga Tuhan permudahkan perjalanan aku..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: