Archive for August, 2013

Aku dan Pantaskah Syurga Untuk Ku (Tegar)

tegar

 

 

Mengapa begitu berat
jalankan segala perintah Mu
Begitu banyak rintangan
tuk mengarahkan wajah
bersujud kepadamu Tuhan
wooo ooo

Indahnya dunia ini
membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
hoooo

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya’,lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman MU
Tuhan tolonglah hambamu uuhuu
Tuhan

 

NOTA: Tegar (Tegar Septian), berumur 11 tahun, penyanyi cilik Indonesia..antara bakat yang lahir dari YouTube seperti nama-nama besar yang lain..berasal dari jalanan..di sini kita ada penghibur jalanan, di sana dikenali sebagai pengamen..single pertama, Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang, meletup dan menjadi fenomena di sana dan merata..

 

 

Sempat juga berkongsi video ini bersama emak..katanya, suara budak kecil ini santai, tak perlu terjerit-jerit…

Kagum dengan bakat si cilik ini, anugerah Tuhan yang digilap menjadi permata bersinar…

Sesuatu yang ada pada anak kecil ini..jakun aku tiap-tiap cari video dia…

Advertisements

Aku dan Aidilfitri 2013

2012

 

 

qhasaf

 

Tahun ini, sambutan Aidilfitri buat keluarga aku bertambah meriah dengan kedatangan seorang lagi cahaya mata, Daniyal Qhashaf..bertambah seronok, bertambah meriah, riuh-rendah pasti menjadi warna-warni kehidupan keluarga aku..kepada semua kaum keluarga, mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan, kesilapan dan kekurangan selama ini yang berlaku tanpa sedar…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RAYA STAFF

 

Bertitik tolak tahun ini ketika pilihan raya, team berskala kecil ini ditubuhkan..rakan-rakan seperjuangan yang berada atas bumi yang dipijak sama, maaf aku pohon atas segala pemikiran, perjuangan, tindakan yang tidak selari..aku akan terus menghormati kalian..Kepada yang menyokong, terima kasih.. (Kosmo! Online FB, Kosmo! Online, Kosmo! Online Twitter)

 

 

RAYA STAFF

 

Selamat menyambut kemenangan yang paling bermakna ini..lebaran mulia penuh makna..anugerah Aidilfitri yang pasti dicemburui mana-mana umat manusia yang lain…

Kepada semua pemandu di jalan raya, udara dan laut, berhati-hati di lapangan masing-masing..jangan jadikan lapangan anda sebagai pentas maut..

Mengharapkan Ramadan akan bertemu lagi pada tahun hadapan..aku rindu nak jadi baik sepanjang bulan..dan berganjak jadi baik sepanjang masa..Amin..

Aku dan Lagu Raya Pilihan

warna

Madrasah Ramadan menuju penghujung…Syawal bakal menjelang..emosi Aidilfitri mula menjengah rasa..lebaran mulia mula dinantikan semua..

Beransur-ansur ibadah disempurnakan, nikmat Ramadan dan Lailatul Qadar menjadi rahsia setiap hamba Allah..fitrah dilunaskan tanda yang berada beringat kepada yang fakir…moga kesemua tawaduk serta syukur itu mendapat keberkatan..

Tidak salah merasa gembira dengan Syawal yang bakal menjelang tiba..ia merupakan hari kemenangan yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya yang berpenat-lelah mengerjakan suruhan seperti yang disyariatkan selama sebulan..ia wajar diraikan dengan meriah, berpatutan, seiring dengan mengukur baju di badan sendiri..

PS: Aku suka lagu ini..lagu raya pilihan aku..gabungan artis Sony dan BMG..ada Amy Mastura, Shima, Erra Fazira, Hattan, Ameng, Nash, Mel, A to Z..lirik menarik, susunan muzik penuh Melayu..hehehehe..

Aku dan Iklan Raya Petronas 2013

 

 

 

Hari Raya Petronas

 

Baru tengok..memang sesuatu…