Aku dan Selfie

Cabuk: Penangan selfie boleh tahan juga..rasa dah banyak artikel yang ditulis berkaitan perbuatan ini..kalau tak silap kata seorang member, kalau periksa dalam kamus pun dah ada dimasukkan perkataan baharu ini..

Wow..luar biasa…

Masa aku nak cari gambar hiasan tadi di Google, taip saja selfie, mak ai, terkejut apa hasilnya..langsung tak jadi aku nak letak gambar perhiasan..hehehhee..

 

Selfie penyebab kehilangan keyakinan diri – Astro Awani

Jabatan Kesihatan Mental Thailand memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

Budaya selfie ini semakin popular di kalangan pengguna internet, terutama remaja dan kumpulan pelajar, dimana mereka memuat  naik gambar-gambar mereka ke laman media sosial bagi mendapatkan perhatian, kata Timbalan Ketua Pengarah, Panpimol Wipulakorn dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

“Selfie menghasilkan kesan, lebih atau kurang, terhadap kehidupan seharian seseorang, bergantung kepada setiap individu. Memuat naik gambar (di laman media sosial) untuk mendapatkan perhatian dan ‘likes’ daripada teman seusia merupakan sifat normal manusia. Apabila melakukan sesuatu perkara dan kemudian mendapat ganjaran, setiap manusia pasti akan melakukannya lagi,” kata Dr  Panpimol.

“Walaubagaimanapun, ganjaran-ganjaran ini berbeza mengikut tahap kepuasan yang dapat diberikan kepada setiap individu. Sesetengah daripada mereka merasa gembira selepas berkongsi selfie mereka dan mendapatkan beberapa ‘like’, manakala sesetengah mengharapkan ‘like’ yang lebih banyak dimana ini boleh menyebabkan ketagihan untuk mendapatkan lebih banyak ‘like’.

“Sebaliknya, jika mereka merasakan mereka tidak mendapat perhatian secukupnya, mereka akan memuat naik selfie yang baru, namun tetap tiada sambutan. Ini boleh menjejaskan pemikiran mereka. Mereka boleh hilang keyakinan diri dan mempunyai sikap yang negatif terhadap diri sendiri, seperti rasa tidak puas hati dengan diri sendiri atau bentuk badan mereka.

“Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat  mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,” tambah Dr Panpimol.

Thailand mempunyai kira-kira 19 juta pengguna Facebook dan 800,000 pengguna Instagram, menurut satu kajian oleh Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik (ETDA), sebuah organisasi awam.

Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun.

Menurutnya, keyakinan diri adalah penting kerana ia membolehkan seseorang itu merasa berpuas hati, gembira, berupaya menerima kebenaran dan bukan untuk mencari cinta atau perhatian daripada orang ramai.

Mereka yang kehilangan keyakinan akan merasa gementar, teragak-agak dan tidak gembira dengan kehidupan sendiri. Hidup dalam keadaan ini untuk satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi seperti paranoia, cemburu, penumpuan kepada perkara yang remeh serta kemurungan.

“Jika belia warga Thai mula hilang keyakinan, ini bermakna mereka tidak akan mahu untuk mencuba perkara baru dalam kehidupan mereka dan mereka hanya akan mengikut atau meniru orang lain, dan ini akan menyebakan kesukaran bagi mereka untuk memajukan diri sendiri.

“Ini akan memberi kesan terhadap negara pada masa hadapan memandangkan bilangan generasi baru semakin mengecil. Ia akan menghalang kreativiti dan inovasi negara,” kata Dr Panpimol.

Bagi memberhentikan ketagihan selfie, mereka perlu memberi perhatian  kepada orang ramai dan perkara di sekeliling mereka selain meluangkan masa bersama ahli keluarga serta rakan-rakan dengan bersenam, menonton filem atau bercuti.

Dr Panpimol menggesa pengguna internet untuk menerima perbezaan dan pendapat orang lain setaraf dengan mereka, selain berusaha untuk mengurangkan mengambil selfie terlalu kerap.

Tidak kurang di Malaysia, sama ada generasi muda mahupun dewasa turut menjadi ketagih memuat naik gambar selfie mereka.

Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan untuk kongsi Selfie mereka bersama para peminat hampir setiap hari seperti yang dapat dilihat di laman media sosial Instagram, Facebook dan sebagainya.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: