Aku dan Mesej Teluk Intan

 teluk-intan-nomination
Malaysia Gazette/Mesej Teluk Intan/Terjemahan dari akhbar China Press
WALAUPUN Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pernah menyatakan bahawa Dyana Sofya Mohd. Daud. berada dalam keadaan cemas, namun kebanyakan orang tetap berpendapat dia berpeluang besar untuk menang terutamanya kerana mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat.
 Apa yang di luar jangkaan ialah lelaki matang berumur 53 tahun dari Gerakan akhirnya menewaskan calon jelita berumur 27 tahun dari DAP dengan majoriti 238 undi.
 Selepas berita kekalahan tersebar, lebih seribu orang penyokong yang berada di bilik gerakan DAP menitiskan air mata, ramai penyokong di luar Teluk Intan turut sebak. Ada yang berkali-kali tanya, “betul ke?”
 Punca kekalahan Dyana ada tiga, pertama ialah tahap penerimaan politik masyarakat majmuk belum matang terutamanya di kawasan seperti Teluk Intan yang merupakan campuran bandar dengan luar bandar.
 DAP dengan berani menghantar calon Melayu, namun tahap penerimaan di kalangan pengundi Melayu adalah tidak baik.
 Faktor kedua ialah sebahagian kecil pengundi Cina dan sebahagian besar pengundi India telah kembali kepada Barisan Nasional (BN). Keadaan ini menghakis sokongan yang diterima DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 Faktor ketiga, imej perpaduan DAP dalam PRU-13 telah hilang. Sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lagi, sudah tersebar mengenai konflik dalaman DAP.
 Isteri kepada mendiang Siah Leong Peng mendedahkan ada orang yang mendesak jawatan sebelum kematian wakil rakyat itu.
 Tambahan pula, isu keahlian ibu Dyana dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menunjukkan Dyana kekurangan integriti ketika mengurus isu ini.
 Kejayaan Datuk Mah Siew Keong juga ada tida faktor. Pertama sekali, PRK berlainan dengan PRU kerana PRK tidak boleh mengubah apa-apa.
  Jika Siew Keong menang pula, seorang menteri dari Teluk Intan akan diwujudkan dan bakal membawa pembangunan ke situ.
 Faktor kedua, disebabkan DAP menghantar wakil keturunan Melayu, ia menyebabkan UMNO amat menitik berat pertarungan ini.
 Jentera Teluk Intan diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri dan beliau sanggup menjelajah jauh ke perkampungan Orang Asli yang hanya mempunyai 200 undi.
 Mengukuhkan undi Melayu dan menarik undi India, UMNO menjadi penyumbang kepada kejayaan di Teluk Intan.
 Faktor ketiga, Siew Keong ‘menyerang’ isu tempatan dan jarang menyentuh isu nasional. Isu seperti lebuh raya, kemudahan pengkebumian, tambak sungai dan pendidikan Cina telah dibangkitkan. Beliau mendapat sokongan pemimpin pertubuhan Cina.
 Kempen orang Teluk Intan mengundi orang Teluk Intan juga berjaya menarik sebahagian undi Cina.
 Keputusan PRK Teluk Intan membawa tiga mesej penting. Pertama, undi Cina bukan deposit untuk DAP. Mereka wajar mendengar suara pengundi sebelum menetapkan calon.
 Kedua, sebahagian pengundi Cina mula mempertimbangkan semula BN. Mereka berpendapat emosi tinggi sebelum ini sudah berlalu, kini ialah masa untuk menilai pendekatan politilk yang baharu.
 Ketiga, walaupun penyokong pembangkang berjerit-jerit dalam alam maya, namun ‘kesunyian majoriti’ telah menjadi kekuatan dalam dunia realiti.
 Mereka mungkin berdiam diri dan tidak meluahkan perasaan di Internet, namun bersenyap tidak bermakna mereka tidak berpendirian. Mereka menggunakan undi untuk sampaikan mesej kepada Pakatan Rakyat.
Cabuk: Mentah lagi nak bikin analisis.baca pandai.jenuh berfikir
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: