Archive for the ‘ Halusinasi ’ Category

Aku dan Solat

zazali1

Sumber (Stadium Astro)

Cabuk: Dalam banyak hal, Allah sudah tunjukkan sesuatu melalui profesion aku sekarang. Waima yang baik,buruk,positif,negatif,putih dan hitam.

Kami sudah tempuh, mampu hadap, selagi kudrat ada dan keizinan Allah. Alhamdulillah, syukur

Barang siapa yang tak faham apa maksud ayat sebelum ini, sila mengaji lagi.

Aku dan Kembara

mqdefault

Wow…memang sesuatu..(terima kasih Hafiz Johari atas perkongsian)

Aku dan Mesej Teluk Intan

 teluk-intan-nomination
Malaysia Gazette/Mesej Teluk Intan/Terjemahan dari akhbar China Press
WALAUPUN Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pernah menyatakan bahawa Dyana Sofya Mohd. Daud. berada dalam keadaan cemas, namun kebanyakan orang tetap berpendapat dia berpeluang besar untuk menang terutamanya kerana mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat.
 Apa yang di luar jangkaan ialah lelaki matang berumur 53 tahun dari Gerakan akhirnya menewaskan calon jelita berumur 27 tahun dari DAP dengan majoriti 238 undi.
 Selepas berita kekalahan tersebar, lebih seribu orang penyokong yang berada di bilik gerakan DAP menitiskan air mata, ramai penyokong di luar Teluk Intan turut sebak. Ada yang berkali-kali tanya, “betul ke?”
 Punca kekalahan Dyana ada tiga, pertama ialah tahap penerimaan politik masyarakat majmuk belum matang terutamanya di kawasan seperti Teluk Intan yang merupakan campuran bandar dengan luar bandar.
 DAP dengan berani menghantar calon Melayu, namun tahap penerimaan di kalangan pengundi Melayu adalah tidak baik.
 Faktor kedua ialah sebahagian kecil pengundi Cina dan sebahagian besar pengundi India telah kembali kepada Barisan Nasional (BN). Keadaan ini menghakis sokongan yang diterima DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 Faktor ketiga, imej perpaduan DAP dalam PRU-13 telah hilang. Sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lagi, sudah tersebar mengenai konflik dalaman DAP.
 Isteri kepada mendiang Siah Leong Peng mendedahkan ada orang yang mendesak jawatan sebelum kematian wakil rakyat itu.
 Tambahan pula, isu keahlian ibu Dyana dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menunjukkan Dyana kekurangan integriti ketika mengurus isu ini.
 Kejayaan Datuk Mah Siew Keong juga ada tida faktor. Pertama sekali, PRK berlainan dengan PRU kerana PRK tidak boleh mengubah apa-apa.
  Jika Siew Keong menang pula, seorang menteri dari Teluk Intan akan diwujudkan dan bakal membawa pembangunan ke situ.
 Faktor kedua, disebabkan DAP menghantar wakil keturunan Melayu, ia menyebabkan UMNO amat menitik berat pertarungan ini.
 Jentera Teluk Intan diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri dan beliau sanggup menjelajah jauh ke perkampungan Orang Asli yang hanya mempunyai 200 undi.
 Mengukuhkan undi Melayu dan menarik undi India, UMNO menjadi penyumbang kepada kejayaan di Teluk Intan.
 Faktor ketiga, Siew Keong ‘menyerang’ isu tempatan dan jarang menyentuh isu nasional. Isu seperti lebuh raya, kemudahan pengkebumian, tambak sungai dan pendidikan Cina telah dibangkitkan. Beliau mendapat sokongan pemimpin pertubuhan Cina.
 Kempen orang Teluk Intan mengundi orang Teluk Intan juga berjaya menarik sebahagian undi Cina.
 Keputusan PRK Teluk Intan membawa tiga mesej penting. Pertama, undi Cina bukan deposit untuk DAP. Mereka wajar mendengar suara pengundi sebelum menetapkan calon.
 Kedua, sebahagian pengundi Cina mula mempertimbangkan semula BN. Mereka berpendapat emosi tinggi sebelum ini sudah berlalu, kini ialah masa untuk menilai pendekatan politilk yang baharu.
 Ketiga, walaupun penyokong pembangkang berjerit-jerit dalam alam maya, namun ‘kesunyian majoriti’ telah menjadi kekuatan dalam dunia realiti.
 Mereka mungkin berdiam diri dan tidak meluahkan perasaan di Internet, namun bersenyap tidak bermakna mereka tidak berpendirian. Mereka menggunakan undi untuk sampaikan mesej kepada Pakatan Rakyat.
Cabuk: Mentah lagi nak bikin analisis.baca pandai.jenuh berfikir

Aku dan Selfie

Cabuk: Penangan selfie boleh tahan juga..rasa dah banyak artikel yang ditulis berkaitan perbuatan ini..kalau tak silap kata seorang member, kalau periksa dalam kamus pun dah ada dimasukkan perkataan baharu ini..

Wow..luar biasa…

Masa aku nak cari gambar hiasan tadi di Google, taip saja selfie, mak ai, terkejut apa hasilnya..langsung tak jadi aku nak letak gambar perhiasan..hehehhee..

 

Selfie penyebab kehilangan keyakinan diri – Astro Awani

Jabatan Kesihatan Mental Thailand memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

Budaya selfie ini semakin popular di kalangan pengguna internet, terutama remaja dan kumpulan pelajar, dimana mereka memuat  naik gambar-gambar mereka ke laman media sosial bagi mendapatkan perhatian, kata Timbalan Ketua Pengarah, Panpimol Wipulakorn dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

“Selfie menghasilkan kesan, lebih atau kurang, terhadap kehidupan seharian seseorang, bergantung kepada setiap individu. Memuat naik gambar (di laman media sosial) untuk mendapatkan perhatian dan ‘likes’ daripada teman seusia merupakan sifat normal manusia. Apabila melakukan sesuatu perkara dan kemudian mendapat ganjaran, setiap manusia pasti akan melakukannya lagi,” kata Dr  Panpimol.

“Walaubagaimanapun, ganjaran-ganjaran ini berbeza mengikut tahap kepuasan yang dapat diberikan kepada setiap individu. Sesetengah daripada mereka merasa gembira selepas berkongsi selfie mereka dan mendapatkan beberapa ‘like’, manakala sesetengah mengharapkan ‘like’ yang lebih banyak dimana ini boleh menyebabkan ketagihan untuk mendapatkan lebih banyak ‘like’.

“Sebaliknya, jika mereka merasakan mereka tidak mendapat perhatian secukupnya, mereka akan memuat naik selfie yang baru, namun tetap tiada sambutan. Ini boleh menjejaskan pemikiran mereka. Mereka boleh hilang keyakinan diri dan mempunyai sikap yang negatif terhadap diri sendiri, seperti rasa tidak puas hati dengan diri sendiri atau bentuk badan mereka.

“Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat  mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,” tambah Dr Panpimol.

Thailand mempunyai kira-kira 19 juta pengguna Facebook dan 800,000 pengguna Instagram, menurut satu kajian oleh Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik (ETDA), sebuah organisasi awam.

Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun.

Menurutnya, keyakinan diri adalah penting kerana ia membolehkan seseorang itu merasa berpuas hati, gembira, berupaya menerima kebenaran dan bukan untuk mencari cinta atau perhatian daripada orang ramai.

Mereka yang kehilangan keyakinan akan merasa gementar, teragak-agak dan tidak gembira dengan kehidupan sendiri. Hidup dalam keadaan ini untuk satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi seperti paranoia, cemburu, penumpuan kepada perkara yang remeh serta kemurungan.

“Jika belia warga Thai mula hilang keyakinan, ini bermakna mereka tidak akan mahu untuk mencuba perkara baru dalam kehidupan mereka dan mereka hanya akan mengikut atau meniru orang lain, dan ini akan menyebakan kesukaran bagi mereka untuk memajukan diri sendiri.

“Ini akan memberi kesan terhadap negara pada masa hadapan memandangkan bilangan generasi baru semakin mengecil. Ia akan menghalang kreativiti dan inovasi negara,” kata Dr Panpimol.

Bagi memberhentikan ketagihan selfie, mereka perlu memberi perhatian  kepada orang ramai dan perkara di sekeliling mereka selain meluangkan masa bersama ahli keluarga serta rakan-rakan dengan bersenam, menonton filem atau bercuti.

Dr Panpimol menggesa pengguna internet untuk menerima perbezaan dan pendapat orang lain setaraf dengan mereka, selain berusaha untuk mengurangkan mengambil selfie terlalu kerap.

Tidak kurang di Malaysia, sama ada generasi muda mahupun dewasa turut menjadi ketagih memuat naik gambar selfie mereka.

Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan untuk kongsi Selfie mereka bersama para peminat hampir setiap hari seperti yang dapat dilihat di laman media sosial Instagram, Facebook dan sebagainya.

Aku dan Pengukir Cahaya [ perakam video perlawanan Pahang, Johor DT (JDT) ]

 

Cabuk kenal siapa Pengukir Cahaya …terima kasih atas kejujuran anda…dan bukan mudah Cabuk nak shared sebarang video untuk dipertontonkan bersama..Khalayak luar boleh tonton sendiri video ini dan mohon bersama pertimbangkan..tidak mempunyai niat apa-apa cuma beri peluang kepada diri sendiri dan semua untuk berfikir secara waras serta rasional

 

Aku dan Gadis Jolobu (Waris Feat Hattan)

W.A.R.I.S. feat. Hattan - Gadis Jolobu

 

(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari’an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur

Chorus
(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
“sebagai suatu warisan”

Ulang Chorus

(Dato Hattan)
Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
(Waris)
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
(Dato Hattan)
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
(Waris)
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak,poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
“sebagai suatu warisan”

(lirik oleh 1liriklagu.com)

Aku dan Ahmad Ammar Ahmad Azam

Ahmad-Ammar-Ahmad-Azam

 

 

Allahu Akhbar…Allahu Akhbar..Allahu Akhbar…cabuk ketinggalan mengenai pemergian seorang hamba Allah yang diangkat hebat pada zaman ini..Ahmad Ammar Ahmad Azam, 20, yang meninggal dunia pada 2 November lalu dikebumikan di tanah perkuburan itu yang turut menempatkan orang kenamaan Turki pada 4 November setelah mendapat keizinan Datuk Bandar Istanbul.

Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja di Sungai Besi itu merupakan penuntut tahun dua jurusan Sejarah di Universiti Marmara (Goztepe). Dia juga sedang mendalami ilmu Tafsir dan hampir tamat pengajian.

Rakan sebumbung, Nor Aziran Yunus berkesempatan menceritakan sesuatu dalam berita yang ditulis..tahniah, anda juga antara yang terpilih untuk merakam sejarah dunia Islam ini..

 

KOS221113003C000

 

 

Aku juga diberi tanggungjawab yang sama untuk menggarap sesuatu di sebalik pemergian Ahmad Ammar yang disifatkan satu dalam sejuta..aku cuba memanfaatkan penulisan picisan aku untuk memberi gambaran yang hebat untuk arwah ini..

Sedang sibuk aku mencari maklumat, ini yang aku jumpa..

Fan Page Facebook Tribute Ahmad Ammar Ahmad Azam dan ada satu post yang cukup membuat aku tertarik..

Post itu berkaitan luahan seorang rakan baik arwah, Muhammad Ahmad Zahid, yang menceritakan pengalaman beliau bersama Ahmad Ammar. Pada yang berkesempatan menonton video sepanjang pengebumian insa terpilih ini, anak muda ini bernama Muhammad ini merupakan individu yang bertanggungjawab membaca surah al Ikhlas ketika jenazah Ammar turun ke liang lahad

Antara ayat-ayat yang cukup menyentuh hati dan memberi pengajaran pada aku

“Prnah jg beliau minta pd sy, “nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye” sy pun jwb smbil trsengheh “dah dkat ke? dgn org mna?” Beliau jwb “ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia” ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp “nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la” sy pun jwb “x yah la ckp2 mcm tu”.

“Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga)”.

 

foto-ahmad-ammar-ahmad-azam-2

 

 

al-Fatihah..