Archive for the ‘ Idea ’ Category

Aku dan Tiada Klue

kkb000010759

Dua hari lalu genap tujuh bulan kematian Nurul Anira  Che Rosik, 17 yang menjadi mangsa rogol dan bunuh sebelum  mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel kira-kira 500  meter dari rumahnya di Kampung Chegar Bedil.
Namun, kes tersebut masih menjadi misteri bagi keluarga  mangsa apabila polis gagal mengesan suspek sebenar setelah  melakukan siasatan menyeluruh sekaligus menimbulkan tan da-tanya ibunya, Rosnini Abdul Rahman, 44.
Rosnini yang tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya berharap agar polis dapat menjelaskan perkembangan siasatan  kes tersebut setelah beberapa kali perkara sama diajukannya  sebelum ini tetapi hampa.
“Ada juga cakap-cakap masyarakat keliling yang saya dengar  seperti tidak cukup barang kes, air mani suspek yang diambil  sedikit dan tidak ada saksi.
“Tapi saya letak keyakinan tinggi pada polis untuk siasat kes  ini kerana hati saya tidak tenteram selagi pembunuh Nurul tidak  dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya ketika ditemui di ru mahnya di sini semalam.
Malah menurut Rosnini, beberapa penduduk kampung ada  memberitahunya mengenai kehilangan tiba-tiba buruh warga  Indonesia bernama Yan yang bekerja di ladang getah di  kampung itu sebaik mayat anaknya dijumpai.
Sambil menahan sebak, Rosnini memberitahu keluarganya  masih diselubungi kesedihan dengan kematian Nurul Anira  yang diharap menjadi harapan keluarga kerana kecemerla nganya dalam pelajaran.
Lebih menyedihkan, beliau sempat membeli lima buah buku  rujukan SPM yang diminta Nurul Anira yang kesemuanya  berjumlah RM250 sebagai hadiah dua hari sebelum kejadian  tetapi tidak sempat digunakan anaknya.
“SPM hanya beberapa hari lagi, jika tidak pasti dia sibuk  membuat persiapan,” ujarnya.
Dalam kejadian 5 April lalu, mayat mangsa ditemui dalam  keadaan separuh bogel dengan tangannya diikat menggunakan  akar pokok dan kain tudung dan terdapat beberapa kesan calar  turut diliputi daun buluh dan ranting.
Sepanjang siasatan polis menahan reman dua lelaki iaitu  seorang tukang rumah yang mempunyai hubungan keluarga  dengan mangsa dan seorang penoreh getah, tetapi kedua-dua  lelaki berusia 30-an itu dibebaskan kemudian. (kredit to Samsul Bahari Mohamad)


manlukeman: Aku selalu dengar polis kata, kita masih tiada klue..teruskan usahakan anda, ramai yang berharap

Advertisements

Aku dan Kempen

Terbaca paparan muka depan sebuah akhbar arus perdana mengenai Kempen Budi Bahasa ahli Parlimen..

Sejauhmana berbudi bahasa ini dapat dipraktikkan sepenuhnya di dewan mulia itu nanti, pasti ada yang ramai menunggu..atau ada yang sudah menjangka apa yang akan berlaku..atau ada yang tidak mahu mengambil tahu langsung mengenai perkara tersebut..

Aku cuba membayangkan sebuah sidang dewan yang akan dipenuhi dengan percakapan yang penuh berbudi bahasa.sopan santun seperti ada ketimuran..lenggok seperti orang berpantun atau bercengkerama di bawah bulan purnama di bawah sinaran lampun minyak tanah..

Kalau seperti yang biasa dipertontonkan, aksi ahli-ahli parlimen di dewan itu ada pelbagai ragam..pelbagai tatabahasa..pelbagai intonasi perkataan..pelbagai bau dan rasa..boleh dikatakan tidak menepati piawaian kempen yang akan diadakan..adakah mereka ini bersedia menyahut kempen yang ingin dibuat ini..

Kesabaran adalah merupakan kekuatan kepada perkara yang disebut diatas..tanpa benteng kebal ini, rasanya boleh menyebabkan sesuatu yang baik bertukar menjadi buruk..yang diam boleh jadi bising…yang sopan santun boleh jadi celupar..yang toleransi boleh jadi hasad..yang sabar boleh jadi amarah..

Kita tidak akan menjadi celupar, naik minyak, hilang sabar jika bercakap dengan diri sendiri atau seorang..kalau tak percaya, cuba bercakap depan cermin..apa mungkin anda akan bergaduh dengan wajah anda sendiri..porak peranda ini hanya berlaku apabila wujudnya interkasi dua mulut atau lebih..makin menjadi apabila kelantangan diselang-seli dengan kelancangan satu pihak dalam menghabur kata-katanya…ditambah pula apabila pihak yang mendengar percakapan itu memang tidak penyabar, hilang sabar atau mencabar kesabarannya..jadi, SIAPA YANG TIDAK BERBUDI BAHASA dalam hal ini..

manlukeman: aku akui benda ini..bukannya mudah..

Aku dan Kitab Barat

Satu ketika aku seronok cukup menontot sitkom bertajuk 8 Simple Rules for Dating My Teenage Daughter..melihat ketegasan seorang bapa yang menjaga dua anak perempuannya yang meniti usia remaja..dan satu yang cukup ditakuti oleh bapa penyayang ini adalah..anaknya terlibat dalam seks sebelum berkahwin..

Kalau diikutkan, banyak filem-filem barat, drama-drama barat yang berkisar mengenai kehidupan keluarga ada memutarkan dialog, babak mahupun jalan cerita yang sama mengenai ketakutan yang disebut tadi..bagaimana hal ini boleh berlaku..walhal, kononnya ada yang lebih tau mengatakan kehidupan di barat lebih bebas, sosial dan terbuka..sampai ada juga yang menggunakan Kitab Barat ini sebahagian daripada amalan hidup dalam masyarakat negara ini..

Melihat pembaca-pembaca kitab barat di kalangan masyarakat negara ini, hairan juga aku bagaimana mereka mentelaahnya..mungkin ada fasal-fasal yang mereka tidak belek termasuk bab seperti di atas ini..lebih menghairankan, mereka terlebih dahulu sudah membaca Kitab Dunia dan Akhirat terlebih dahulu sebelum mengenali kitab tadi..

Pernah tak pengikut-pengikut kitab barat terfikir, di sana pun, orang yang bermasalah seperti tiga trio ini, Paris, Britney dan Lindsey cukup juga dibenci masyarakat..selain dicemuh, dicela ditambah dengan berpotensi disumbat ke dalam sel besi..ia sama juga seperti di sini..cuma, mereka-mereka ini cukup ‘laku’ dalam menjual akhbar dan majalah..mintak simpang aku daripada menulis dengan rasmi mengenai umat-umat ini..

Aku dan Rokok

anak sapa la ni

anak sapa la ni

Baca semua paper hari ni keluar la berita yang berbunyi ‘Harga minimum rokok RM6 sekotak’..tujuannya sebagai satu usaha kerajaan mengawal gejala merokok terutama di kalangan remaja..sambil berjalan menuju pejabat tadi juga aku terdengar di HotFm mengenai larangan merokok di kaki lima dikuatkuasakan..

Apa yang baik, untuk tujuan baik, kebaikan sama, aku adalah orang pertama yang menyokong..biarpun aku sendri merokok tapi aku tetap sokong usaha-usaha yang boleh mengurang penghisap tegar ‘barang; merbahaya ini…

Tapi aku bukan nak cerita pasal benda ni..kebetulan semalam ketika aku baru saja pulang daripada kerja..berjalan la kaki menuju ke kereta yang aku letak jauh..aku terlihat sekumpulan pelajar..macam mana aku tau pelajar..sebab budak-budak ni pakai uniform sekolah..aku nampak pemandangan ‘biasa’ yang mungkin mengundang muak orang tengok..pelajar-pelajar ini memegang rokok..dah tentu menghisapnya..bukan sorang tapi hampir keseluruhan pelajar yang aku jumpa memegang rokok setiap satu..

Satu yang terlintas dalam kepala aku..budak-budak sekolah sekarang memang kaya..mungkin mengalahkan orang berkerja makan gaji..yang duk ‘lari bajet’ tiap-tiap bulan..mau tidaknya, sudah mampu untuk menghisap rokok sendiri tanpa perlu berkongsi seperti zaman-zaman ‘jahiliyah’ aku dulu..aku pun naik kaget melihat kumpulan itu yang kebetulan aku sendiri pun sedang memegang rokok..

Aku harap la dengan adanya usaha kerajaan ini dapat la membantu membanteras gejala advance budak zaman sekarang yang terlalu open air dalam hal rokok ni..satu ketika larangan penjualan rokok batang pun dah dikuatkuasakan menemui kegagalan dek akibat pekedai berdegil menjualnya secara terangan-terangan mahupun senyap-senyap..meskipun aku satu ketika pernah menjadi seperti budak advance ni tapi aku tidak mahu juga anak bangsa ini terus rosak..bukan apa, aku sekarang ni dah beringat, tapi budak-budak advance ni langsung tak beringat.

Di mana permintaan, di situ ada penawaran..asas ekonomi mudah yang boleh dikaitkan dengan benda ni..

Advertisements