Aku, Pok Me dan Cuit Utusan Malaysia

Image

(Gambar ihsan FB Syahril Kadir)

Beberapa rakan-rakan senior yang aku temui, mengakui bahawa siri berita yang ditulis oleh Kamaruzaman Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pok Me merupakan berita terbaik yang pernah diangkat sebagai Anugerah Kajai..dan aku sendiri bersetuju dengan perkara tersebut..

Menembusi kem Abu Sayyaf di Pulau Sipadan dan bertemu Komander Robot, pastinya bukan calang-calang cabarannya..antara hidup dan mati, itu saja bermain dalam kepala..

Kerap berjumpa dengan dia satu ketika hayatnya namun tidak berpeluang merasa berada di bawah ‘command’ beliau..cuma berpeluang merasai ilmu-ilmu yang disampai melalui anak-anak didikan beliau..sedikit sebanyak ia dapat membantu membentuk pembawakan dalam meneruskan kerjaya dalam bidang ini..

Moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan dicucuri rahmat Allah.. al-fatihah

 

Bacaan menarik ditulis oleh Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan mengenai arwah Pok Me

Pok Me, Stingray dan tuala Good Morning dalam kenangan

Aku dan Gang Ultras Bola Sepak

allultras

 

Esok, 1 Mac 2014 adalah pertemuan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya dengan Filipina dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa..ia merupakan persiapan pemanas badan menjelang pertemuan menentang Yemen dalam aksi Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 yang akan berlangsung di Dubai 5 Mac nanti..

Secara peribadi, aku berharap skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akan menang esok dengan menampilkan aksi yang menyakinkan..sedikit sebanyak ia suntikan semangat menentang pasukan yang lebih hebat, Yemen nanti..

Apa-apa pun, selain isu Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang baru saja kelmarin turun berlatih bersama rakan sepasukan yang lain, ada sesuatu yang menarik pandangan mata  menjelang pertemuan esok..ia berlegar di ruang garis masa Facebook dan Twitter..gang ultras yang galak meniupkan semangat untuk memenuhi Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor, memberi sokongan kepada pasukan negara dengan membawa misi serampang dua mata..masing-masing mula menaikkan poster dan imej yang sarat dengan kata-kata sinis..

Mereka mahukan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad meletakkan jawatan…menarik..kita lihat nanti apa kesudahannya..

 

sabah selngor Swak ganu johor KL klate melaka N9 N9 jangs Perak perlis

Aku dan Selfie

Cabuk: Penangan selfie boleh tahan juga..rasa dah banyak artikel yang ditulis berkaitan perbuatan ini..kalau tak silap kata seorang member, kalau periksa dalam kamus pun dah ada dimasukkan perkataan baharu ini..

Wow..luar biasa…

Masa aku nak cari gambar hiasan tadi di Google, taip saja selfie, mak ai, terkejut apa hasilnya..langsung tak jadi aku nak letak gambar perhiasan..hehehhee..

 

Selfie penyebab kehilangan keyakinan diri – Astro Awani

Jabatan Kesihatan Mental Thailand memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

Budaya selfie ini semakin popular di kalangan pengguna internet, terutama remaja dan kumpulan pelajar, dimana mereka memuat  naik gambar-gambar mereka ke laman media sosial bagi mendapatkan perhatian, kata Timbalan Ketua Pengarah, Panpimol Wipulakorn dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

“Selfie menghasilkan kesan, lebih atau kurang, terhadap kehidupan seharian seseorang, bergantung kepada setiap individu. Memuat naik gambar (di laman media sosial) untuk mendapatkan perhatian dan ‘likes’ daripada teman seusia merupakan sifat normal manusia. Apabila melakukan sesuatu perkara dan kemudian mendapat ganjaran, setiap manusia pasti akan melakukannya lagi,” kata Dr  Panpimol.

“Walaubagaimanapun, ganjaran-ganjaran ini berbeza mengikut tahap kepuasan yang dapat diberikan kepada setiap individu. Sesetengah daripada mereka merasa gembira selepas berkongsi selfie mereka dan mendapatkan beberapa ‘like’, manakala sesetengah mengharapkan ‘like’ yang lebih banyak dimana ini boleh menyebabkan ketagihan untuk mendapatkan lebih banyak ‘like’.

“Sebaliknya, jika mereka merasakan mereka tidak mendapat perhatian secukupnya, mereka akan memuat naik selfie yang baru, namun tetap tiada sambutan. Ini boleh menjejaskan pemikiran mereka. Mereka boleh hilang keyakinan diri dan mempunyai sikap yang negatif terhadap diri sendiri, seperti rasa tidak puas hati dengan diri sendiri atau bentuk badan mereka.

“Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat  mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,” tambah Dr Panpimol.

Thailand mempunyai kira-kira 19 juta pengguna Facebook dan 800,000 pengguna Instagram, menurut satu kajian oleh Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik (ETDA), sebuah organisasi awam.

Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun.

Menurutnya, keyakinan diri adalah penting kerana ia membolehkan seseorang itu merasa berpuas hati, gembira, berupaya menerima kebenaran dan bukan untuk mencari cinta atau perhatian daripada orang ramai.

Mereka yang kehilangan keyakinan akan merasa gementar, teragak-agak dan tidak gembira dengan kehidupan sendiri. Hidup dalam keadaan ini untuk satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi seperti paranoia, cemburu, penumpuan kepada perkara yang remeh serta kemurungan.

“Jika belia warga Thai mula hilang keyakinan, ini bermakna mereka tidak akan mahu untuk mencuba perkara baru dalam kehidupan mereka dan mereka hanya akan mengikut atau meniru orang lain, dan ini akan menyebakan kesukaran bagi mereka untuk memajukan diri sendiri.

“Ini akan memberi kesan terhadap negara pada masa hadapan memandangkan bilangan generasi baru semakin mengecil. Ia akan menghalang kreativiti dan inovasi negara,” kata Dr Panpimol.

Bagi memberhentikan ketagihan selfie, mereka perlu memberi perhatian  kepada orang ramai dan perkara di sekeliling mereka selain meluangkan masa bersama ahli keluarga serta rakan-rakan dengan bersenam, menonton filem atau bercuti.

Dr Panpimol menggesa pengguna internet untuk menerima perbezaan dan pendapat orang lain setaraf dengan mereka, selain berusaha untuk mengurangkan mengambil selfie terlalu kerap.

Tidak kurang di Malaysia, sama ada generasi muda mahupun dewasa turut menjadi ketagih memuat naik gambar selfie mereka.

Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan untuk kongsi Selfie mereka bersama para peminat hampir setiap hari seperti yang dapat dilihat di laman media sosial Instagram, Facebook dan sebagainya.

Aku dan Pengukir Cahaya [ perakam video perlawanan Pahang, Johor DT (JDT) ]

 

Cabuk kenal siapa Pengukir Cahaya …terima kasih atas kejujuran anda…dan bukan mudah Cabuk nak shared sebarang video untuk dipertontonkan bersama..Khalayak luar boleh tonton sendiri video ini dan mohon bersama pertimbangkan..tidak mempunyai niat apa-apa cuma beri peluang kepada diri sendiri dan semua untuk berfikir secara waras serta rasional

 

Aku, Pahang, Johor DT (JDT) dan Pahang

kecoh

 

Kekecohan di luar Stadium Darul Makmur

 

 

kecoh1

Provokasi penyokong berlarutan di Pekan (ini sumber story daripada Bernama dan diterbitkan oleh Kosmo!)

 

ini story version aku pula yang turut dihantar semalam

Penyokong Johor DT ditahan enggan bersurai

KUANTAN – Polis mengesahkan seorang penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT) ditahan di Ibu Pejabat Polis Pekan di sini kerana enggan mematuhi arahan supaya bersurai bagi mengelak kekecohan antara penyokong negeri itu dan Pahang berlarutan malam kelmarin.

Lelaki berumur 24 tahun itu ditahan sehingga semalam dibawah Seksyen 172 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, empat buah bas persiaran yang dinaiki oleh kira-kira 160 orang penyokong Johor DT hadir ke balai polis tersebut untuk membuat laporan mengenai cermin kenderaan mereka yang pecah akibat dibaling objek keras selepas menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Darul Makmur di sini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, selepas selesai membuat laporan, wakil penyokong Johor DT mula bergerak ke bas untuk pulang sebelum melihat beberapa penyokong Pahang yang berkumpul di luar balai.
Ujarnya, kekecohan kecil mula tercetus akibat provokasi kedua-dua penyokong sehingga memaksa polis bertindak untuk mententeramkan keadaan dan mengawal situasi da ripada menjadi lebih buruk.
“Keadaan berjaya dikawal selepas pihak kami berjaya menasihatkan para penyokong Pahang yang berkumpul di hadapan balai supaya bersurai.
“Seorang penyokong Johor DT ditahan kerana enggan bersurai dan menaiki bas selepas diarah berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
 Bagaimanapun katanya, bagi menjamin keselamatan pe nyokong Johor DT yang menaiki empat buah bas tersebut, polis telah mengiringi mereka sehingga ke Rompin.
 Beliau juga menafikan mengenai kejadian seorang penyokong Pahang yang cedera dalam insiden tersebut seperti yang mula tersebar melalui media sosial Facebook dan Twitter.
 Sementara itu, Timbalan Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad pula memberitahu, kekecohan yang tercetus sebaik tamat perlawanan malam kelmarin itu hanya berunsur provokasi dengan kedua penyokong saling membaling objek.
 Namun ujarnya, kecekapan kira-kira 500 anggota polis yang bertugas dapat mengawal keadaan daripada berlarutan menjadi insiden yang tidak diingini
 “Masing-masing hanya membuat provokasi sebelum ada yang bertindak membaling objek keras menyebabkan ada individu yang tercedera.
“Setakat ini tiada tangkapan dibuat namun ada beberapa individu diberi amaran kerana cuba mencetuskan ketegangan,” katanya.

 

kecoh2

 

tak sangka juga sampai macam nih sekali orang kata pada aku..tak mengapa..perkara biasa dan ini bukan pelik dan baharu untuk aku..

 

kecoh3

 

Imej di atas pula sebahagian pandangan cabuk mengenai apa yang dah jadi..malas nak komen panjang, sebabnya bukan perkara baru..perkara yang sama berulang-ulang jadi..pernah berhadapan perkara yang sama pada ketika bertugas di Kelantan..dan melihat perkara yang sama sejak mengikuti zaman perkembangan bola sepak tanah air daripada usia masih mentah lagi..

kepada seorang rakan aku katakan: cerita semalam,sorak terlarang.ulang skrip sama Kelantan dulu.menulis hanya menghidu berita

Cabuk: sebagai pemain bola sepak,saya hanya pandai main dalam padang.berlari,gelecek,sepak bola.cakap pasal bola saya tak pandai

Aku dan Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah

prof

 

sumber berita: (Mynewshub)

 

Cabuk: tak tahu sama ada betul atau tidak nukilan ini dititipkan oleh saintis hebat ini, tapi andai benar, aku benar-benar setuju dan faham apa yang cuba disampaikan oleh doktor ini..dalam ruang yang sempit, ia tertumpu pada bidang perubatan..namun melihat dalam konteks yang lebih besar, ia melangkaui pelbagai aspek harian…

manusia, umat-umat luar sana, sila baca..ia memang sesuatu..

 

prof1

 

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Ada ijazah pun dah tak berguna.
Kerana zaman dah berubah.
Ramai yang mencari doktor di FB.
Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Hanya diperlukan bila nak MC.
Nasihat tak pernah didengar.
Ubatan tak dimakan ikut peraturan.
Malah yang langsung tak makan ubat pun ada.
Takut nanti rosakkan buah pinggang.

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super.
Satu ubat untuk semua jenis penyakit.
Telan satu pil.
Semua penyakit boleh sembuh.
Ada ubat yang boleh merawat sistem badan.
Membetulkan mana2 yang rosak.
Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang.
Sel2 badan boleh ditukar menjadi seperti baru.
Seperti bayi baru dilahirkan.
Semua penyakit boleh hilang dari badan.
Darah tinggi boleh normal.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna.
Sebab ilmu yang aku belajar,
sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang.
Ilmu fisiologi dah tak betul.
Ilmu biokimia pun dah tak betul.
Ilmu farmakologi dah tak betul.
Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang.
Ada garam bukit penawar semua penyakit.
Ada daun2 kering penawar semua penyakit.
Ada jus buah2an penawar semua penyakit.
Ada kopi penawar semua penyakit.
Ada juga mesin boleh buang toksin.
Ada juga air rendam kaki untuk buang racun.
Yang sakit jadi sihat.
Yang tua menjadi muda.
Dah tak payah pergi klinik.
Dah tak payah pergi hospital.
Dah tak payah jumpa doktor.
Minum aje ubat2 ajaib.
Telan aje pil2 kesihatan.
Duduk aje atas kerusi elektrik.
Rendam aje kaki dalam air.
Semua penyakit boleh hilang.
Itulah kehebatan ubat2 sekarang.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif.
Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden.
Ubat2 moden merosakkan buah pinggang.
Ubat2 moden tak boleh merawat kanser.
Ubat2 moden tidak menyembuhkan.
Ubat2 moden sekadar mengawal.
Imunisasi itu ciptaan Israel.
Imunisasi penyebab Autism.
Lebih baik makan ubat2 ajaib.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Asthma boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Aku dah bosan memberi nasihat.
Aku dah bosan memberi penerangan.
Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up.
Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2.
Ubatan diberi sekadar jadi pameran.
Ramai pesakit2 aku yang degil2.
Paras gula naik sebab buatan orang.
Kena stroke sebab gangguan jin.
Berat badan susut sebab ada orang dengki.
Kena kanser pun sebab buatan orang?

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Kerana zaman dah semakin berubah.
Doktor dah semakin tak relevan.
Penyakit boleh digoogle di internet.
Kawan2 penasihat dah ramai di FB.
Ubat2 boleh dibeli difarmasi.
Ubat2 juga boleh dibeli online.
MC pun sekarang boleh dibeli online.

Aku tak faham.
Terutama dengan ubat2 MLM.
Terutama dengan agen2 MLM.
Kenapa mudah sangat percaya,
satu ubat yang boleh menyembuh segalanya.
Dengan modal testimoni beberapa orang,
habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia.
Yang tua dipujuk untuk membelinya.
Yang muda diajak menjadi downlinenya.
Malah doktor juga cuba dikelentongnya.
Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.
Yang boleh membersihkan udara.
Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran.
Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit .
Yang boleh menjadikan awet muda.
Dulu pernah ada tuala wanita.
Yang diperbuat daripada herba2.
Boleh menyerap racun dan mencegah kanser.
Juga boleh letak didahi jika demam.
Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.

Dan ini yang terbaru.
Hablur garam dan gula.
Ada pesakit ajak aku join mereka.
Berminggu2 aku study dan google.
Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?
Biar betul?
Kalaulah betul ubat ini wujud,
doktor dah tak payah kerja susah2.
Tutup sahaja semua klinik dan hospital.
Semua orang akan jadi sihat.
Tiada penyakit didunia ini.

Sebenarnya aku kasihan dengan mereka.
Sama ada yang menjual atau membelinya.
Mereka mudah sangat percaya.
Kepada benda2 karut.
Kesihatan diri diperjudikan.
Wang ringgit sanggup dihabiskan.
Tidakkah mereka tahu,
ubat2 moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan?
Perlu ada clinical trial.
Perlu ada kajian saintifik.
Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup.
Bukan setakat cakap2 sesedap mulut.
Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.

Aku dah bosan menjadi doktor bertauliah.
Aku dah nak bersara.
Aku dah nak balik kampung.
Membuka ladang kangkung.
Selamat tinggal. (Facebook Jafri Malin Abdullah)

 

 

Aku dan Cita rasa

ideas

 

:- Manusia sentiasa memberi respons kepada perubahan harga, anjakan gaji dan kos sara hidup, tetapi dalam sebahagian kes di Malaysia, kenaikan perbelanjaan peribadi banyak berkait dengan gaya hidup dan cita rasa.

:- Cita rasa mempunyai kaitan yang rapat dengan ekonomi dan cita rasa terus berkembang walaupun sumber-sumber terhad, dan pada hari ini sebenarnya lebih banyak wang digunakan untuk memenuhi cita rasa kehidupan berbanding dengan keperluan asas sebenar.

:- Dalam kerancakan perbualan di kedai kopi, pertembungan hujah dalam dunia politik yang penuh seteru dan wacana tidak bertanggungjawab di laman-laman sosial internet, kita mungkin tidak mengendahkan satu perkara iaitu ekonomi dan kebajikan pengguna juga dicorakkan oleh motif keuntungan para peniaga, yang sesetengahnya tamak dan tidak mahu berada dalam kawalan kerajaan.

:- Sebahagian daripada kita juga akhirnya mungkin terlupa satu lagi aspek lain: Kita terlupa untuk bersyukur.

Bacaan lanjut, rujuk link ini (Utusan Malaysia)

 

Cabuk: Aku setuju dengan artikel di atas walaupun ada pakar lain yang akan berhujah di sebaliknya..masing-masing ada idea bagaimana nak tegakkan pendapat dan menjadi tabiat aku untuk menghormati pendirian yang dilontarkan..dan kepada penghujah yang sering lari daripada topik, elok lagi terus tambah ilmu daripada akan dilihat seperti orang dungu…

apa yang penting, penghujung nanti, sama suka atau tidak, rela atau terpaksa, pasrah atau menyerah, kita menuju ke arah yang satu…