Posts Tagged ‘ badminton ’

Aku dan Sindiran Pedas Taufik Hidayat

 

Membaca kenyataan yang keluar dari mulut Taufik Hidayat, pemain badminton Indonesia mengenai pencapaian Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton negara dan pemegang tampuk kedudukan pertama badminton dunia, memang sesuatu yang boleh dijangka..cuma, ia kedengaran cukup membingitkan serta mengundang rasa pedas…

Maaf..kepada fanatik badminton Malaysia, hakikat yang benar ini perlu ditelan..

Kata Taufik, Dia sangat pantas apabila bermain dalam kejohanan Siri Super tetapi saya tidak tahu mengapa dia tidak pernah berjaya dalam kejohanan utama dunia seperti Kejohanan Dunia, saya harap dia akan dapat memenangi gelaran besar ini suatu hari nanti.

“Saya rasa daripada segi fizikal atau latihan, Chong Wei sudah cukup bagus dan sempurna. Mungkin kelemahan utamanya adalah mental, dia kena memperkuatkan mental jika mahu menjadi juara,” ujar Taufik.

Untuk rekod, seperti jaguh China, Lin Dan, Taufik juga sudah memiliki koleksi kejuaraan utama dalam kariernya. Dia memenangi pingat emas Sukan Olimpik di Athens 2004 dan muncul juara dunia di Aneheim, Amerika Syarikat pada 2005.

Chong Wei, 29, yang sudah memenangi hampir semua kejuaraan Siri Super merupakan juara All England 2010. Paling hampir dia dengan gelaran Olimpik adalah muncul naib juara di Beijing 2008 apabila kalah kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir.

Malah, Taufik dan Lin Dan juga sudah mempunyai gelaran berprestij Piala Thomas dalam karier mereka, selain memenangi pingat emas Sukan Asia. Chong Wei tidak pernah merasai nikmat menjuarai Piala Thomas atau Sukan Asia.

Mujur, percaturan Lin Dan dengan menarik diri ketika aksi suku akhir tidak mengena..silap-silap hari Terbuka Malaysia milik jaguh-jaguh dari tembok besar..

Jangan katakan aku tak bangga anak Malaysia menjadi juara..kejayaan itu tetap perlu diraikan, dihargai dan dikenang…cuma hakikat di atas perlu dilihat, diteliti, diperhalusi..mungkin, sampai masa nanti, Malaysia tidak perlu hantar wakil ke kejohanan besar sebaliknya hanya menumpukan saja kepada kejohanan siri super saja..ini lebih mudah bukan..

Bukan tidak pernah berlaku, satu ketika, bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek pernah digelar jaguh kampung kerana hanya menang ketika beraksi di gelanggang tempatan..

Renung-renungkan…

Advertisements

Aku, Badminton dan Punca

Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku main badminton..kalau tak silap, sejak balik Kuala Lumpur, ada join kawan-kawan panas badan main badminton..bila masanya, aku sendiri dah lupa..itupun ada dua tiga kali…belum lagi nak cerita pasal futsal..sedih juga bila fikir karier aku dalam sukan nih…haih..

Dua minggu berturut-turut, dua minggu yang lalu, aku kembali memegang raket dan memukul bulu tangkis..secara mengejut, dijemput pula untuk bermain dalam perlawanan persahabatan antara jabatan di syarikat aku yang baik hati ini..

Perlawanan pertama, seperti tertera pada keratan akhbar di atas, bertemu dengan Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) yang terdiri daripada bekas pekerja termasuk beberapa orang muda yang diserap memasuki pasukan mereka..jadi, aku bukan menentang orang veteran sebaliknya ada juga di kalangan umur sebaya dengan aku..

Perlawanan kedua pula, seperti juga tertera pada keratan akhar di atas, menentang Jabatan Pengeluaran..

Nak jadi cerita, dalam kedua-dua perlawanan itu, aku secara mengejut menjadi pemain yang diharap untuk mendapat mata kemenangan..geleng kepala sekejap..ketika menentang KVUM, aku perlu bermain secara perseorangan selepas menang dalam acara beregu..bermain secara perseorangan memang satu benda yang cukup aku tak gemar..bukan sebab faktor saiz fizikal aku kecil tapi memang bukan kepandaian aku bermain dalam acara itu..

Dalam perlawanan kedua pula, dek kerana kelewatan aku sampai, aku diarah untuk bermain dalam beregu campuran berganding dengan seorang staf wanita..ini pun satu benda yang aku tak gemar atas sebab yang sama..

Akhirnya, dalam kedua-dua perlawanan itu aku tewas termasuk pasukan aku secara keseluruhan..Lebih malang lagi, ketika bermain perseorangan, aku tak sempat nak habiskan perlawanan sebab masalah kecederaan..selain itu, akibat terlalu lama tidak bersukan, habis seluruh badan aku dirasakan seperti lumpuh dibuat-buat..nak bergerak pun, aku rasa ketat saja..hanya selepas dua hari rehat di rumah, otot-otot badan kembali seperti biasa..

Dan, yang paling sadis lagi, aku menganggap diri ini menjadi punca kepada kekalahan pasukan dalam kedua-dua perlawanan persahabatan itu..malu jugak sebab dua kali nama ditulis dalam surat khabar secara terang-terangan…alahai nasib badan..beriya bos aku edit story tuh..

apa-apa pun, maaf la bos..den jadi punco…

Aku, Badminton dan Bola Sepak Sukan Asia 2010

Marah betul bila dapat tau pasal pasukan bola sepak negara kalah 0-3 dengan China…marahnya sebab aku tak tengok game tu semalam..camno la den boleh tolopeh nengok bondo nih…aku manjang terlepas je benda-benda macam nih..haih….

Naik heran eden, handa pengadil nih..tigo kad merah dio keluar kat pemain mesia..dah macam ko hadap game pialo dunio lak..kok iyo pemain mesia hebat bona buat fault sampai kad merah nak kono keluar..apo kono kau, Ben Williams (Australia)…

Marah betul aku bila dapat tau lagi skuad berpasukan badminton negara kalah dengan pasukan Thailand di suku akhir, 2-3…bukan nak kato Siam nih tak hebat tapi dalam skuad kito, ado pemain yang berado pado ranking pertamo dunio..siap bergelar datuk laie..heran la den..

Lobih mengherankan laie, si Hafiz Hashim yang heboh dikatakan macam nyoyo, prestasi terumbang ambing, buleh pulak monang somalam..yang diharap tak monang, yang lain pulak curi tumpuan..

Harap la Tan Boong Heong yang membawa Jalur Gemilang ketika majlis pembukaan rasmi Sukan Asia 2010 ini bersama pasangannya, Koo Kien Keat buleh toruih kang rontak komonangan dalam acaro borogu nanti..

Marah den nih jang..marah sangat…

Aku dan Badminton

thomas92a

Aku masih ingat lagi tanggal 17 Mei 1992..12.36 pagi..Piala Thomas kembali dalam genggaman Malaysia setelah 25 tahun menunggu sejak 1967..aku tengok sendiri kat TV final mase tuh sekali dengan ayah..memang gila punye panik..tengok Rashid nak dapat mata pertama untuk Malaysia, punya susah nak jinakkan Ardy Wiranata..

Selepas saat ini, ramai budak jinjing raket ke hulu ke hilir..nak jadi pemain badminton..siapa idolanya, semua keluarga Sidek..Razif Hj. Sidek, Jalani Hj. Sidek, Rashid Hj. Sidek..jadi satu macam fenomena..

Termasuk aku yang ketika itu masih berumur 10 tahun..terus ligat nak main badminton..lupa sekejap main bola sepak..bersama-sama gang BJ Union (https://manlukeman.wordpress.com/2009/02/15/aku-dan-bj-union/#comments)..ada gak gang lain main sekali..rata-ratanya lebih tua dari aku, lebih tinggi saiz dari aku..zaid, arin, am, zali, JJ, ayie, si galah (aku xigt nama dia, cuma nama samaran je)..

Pagi, Petang, Malam..aku bermain di gelanggan buatan sendiri atas jalan tar di Jalan Cempaka 1, Taman Desa Raya, Hulu Langat, Selangor..memandangkan saiz aku kecil berbanding lain, lambat sikit aku nak jadi teror macam yang lain..single, double, semua aku try nak jadi pandai.

Aku ingat lagi friendly pertama aku dengan budak Kampung Padang, Pangsun (berdekatan dengan Sungai Congkak)..berakhir dengan kemenangan mudah 5-0..aku penyumbang mata dalam double..kalau tak silap dengan Ed..

Ketika aku menuntut di Darjah 6, aku terpilih mewakili sekolah untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Sekolah St. Paul, Seremban..kalah dengan 4-1..aku main double dengan awaluddin, teruk kena main..ha..masa ni baru benda baru aku nampak yang lain daripada yang lain..cara orang bermain..tambah ilmu sebab selama ni hanya main dengan gang se-taman  je..

Masa mula bekerja di tempat sekarang, aku juga ada bermain badminton..gang yang biasa main, Shahren (kini bertugas di SSM), Bob, Mus..yang lain semua bos-bos aku..LO, Luqman Haziq, Abu Hakim, Wan Hasnan..bayangkan, kuasa badminton nih buat aku jadi ringan mulut dan  boleh baik dengan bos-bos aku..hahahahhaa..

Memandang aku agak kurang kompetitif dalam permainan ini, aku hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada bola sepak..lebih-lebih lagi mengingat dua kekalahan yang cukup pedih dalam sejarah aku bermain badminton..pertama, dengan sparing partner belasahan Muhammad Hafiz Hashim di BAM, Mahathir (apa ntah nama penuh dia) di Kejohanan Tertutup Selangor..yang kedua, dengan sorang mamat cina ketika belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)..terus rasa macam taubat tak nak main badminton lagi..

Ada juga kenangan manis..bukan berdiri atas podium terima medal..tau apa..aku dapat bermain dan train sekali seorang junior di UTM..jadi Johan Perseorangan budak ni dalam Sukan Antara Kolej..Sha nama panggilan dia..hahahahaha..klaka siot ingat balik benda nih…

Sekarang bersama gang-gang Media Kelantan (mediakelantan.wordpress.com), kegilaan bermain kembali semula..selain futsal pada setiap malam Selasa, masing-masing bersemangat nak main badminton malam Jumaat di MSN, Telipot..termasuk gang yang veteran, wak, sasuki..umur dah lebih 40 tahun, rajin nak hayun raket….aku main double saja..tak mau aku main single..

Cuma, kali ini aku hanya untuk mengeluarkan peluh..berdoa terus sihat dengan pembabitan aktif dalam sukan..

Aku dan Jangkaan

Ada beberapa peristiwa yang penting berlaku sejak dua tiga hari ini…ada seorang sahabat basah mulut memperkatakan sesuatu pada aku dengan menggunakan satu perkataan yang aku kira agak sinis..

Aku dah jangka semua itu..

Pertama

Pilihan raya itu berakhir dengan begitu rupa..sahabat aku dengan selamba berkata..aku dah jangka itu akan berlaku..skrip yang sama, watak yang sama, lakon layar yang serupa..engkau pun bukan bodoh tak boleh nampak arahnya ke situ..kata sahabat itu pada aku..

Kedua

Datuk Lee Chong Wei tewas dalam perlawanan itu..berbunyi yang serupa juga sahabat aku ini..bukankah sudah aku katakan, memang begitu yang aku jangkakan..biarpun panas di pagi hari, pasti hujan di petang hari, tak pun malam pun boleh hujan..bukan niat nak merendahkan semangat tapi dah memang begitu peel ye orang sukan negara kita..kecuali yang seorang dua..nampak konsisten..

Ketiga

Yang ini memang tersangatla aku jangkakan…israel itba-tiba hentikan serangan, isytiharkan gencatan senjata..memang dasara Yahudi, suka cari pasal, suka buat sesuka hati..buat macam mana pun orang dah menyampah..kalau benda macam ni pun kau tak boleh baca, jangan hidup di muka bumi Tuhan ini..jenis makhluk yang cari hal tak kena tempat, nak puas hati nafsu syaitan sendiri, buat benda nak bagi orang tau, inilah peel yahudi..berzaman benda macam ni berulang, tu pun kau nak jadi dungu..aaii..keras pula bunyi sahabat aku ni bercakap..

 

manlukeman: aku masih lagi dungu mencari jawapan

Advertisements