Posts Tagged ‘ Hulu Selangor ’

Aku dan Grand Finale Hulu Selangor

Parlimen Hulu Selangor P094

P. Kamalanathan (BN) : 24997

Zaid Ibrahim (PKR) : 23,272

Majoriti: 1,725

—————————————————————————————–

Maka sudah terang lagi bersuluh, Mr. PRO, Kamalanathan berhak menjadi wakil kepada 64,000 pengundi Hulu Selangor di Parlimen selepas memperoleh majoriti lebih daripada Datuk Zaid Ibrahim..tahniah.jangan lupa janji-janji anda..ia perlu ditunaikan..akan datang, pilihan raya umum bakal tiba, tersilap langkap, celaka padah..

Buat Datuk Zaid, tahniah juga kerana mempunyai semangat melawan dalam pilihan raya yang disangka permainan mudah oleh sesetengah pihak..handal juga mengekang daripada majoriti menjadi lebih besar selepas berdepan dengan serangan bertubi-tubi…aku hormat kau sebagai pejuang..

Maka dengan keputusan itu, maka tamatlah sudah tempoh aku berkampung di Kuala Kubu Baru selama seminggu bersama member-member yang lain..Zul Bakar, Arshad, Sidek, Saiful, Asron, Izham, Bang Mail, Bob, Sopi dan Faie..meskipun aku menganggap pilihan raya kecil kali ini agak membosankan berbanding dengan Manek Urai, banyak benda baru aku belajar selain mengenal kawasan Hulu Selangor dengan lebih dekat..

Selamat tinggal Hulu Selangor..ketemu lagi kita…

Advertisements

Aku, P.Kamalanathan dan 1Malaysia

Aku kira ini antara yang boleh bikin aku geli hati sepanjang hari..

Nama Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, mencerminkan konsep 1Malaysia

Kamal (Melayu), Alan (Cina), Nathan (India)…nampak majmuk..tiga kaum terbesar di Malaysia…

Walaupun tak berguling-guling aku gelak tapi ia cukup geli hati…kira hebat juga kepada siapa-siapa yang boleh keluar dengan idea begini..segenius Tuan Muda..

Aku dan Hulu Selangor

(kredit gambar untuk Mohd. Najib Mohd Noor)

Mahu atau tidak, aku perlu gagahkan kaki untuk ke daerah ini, Hulu Selangor sekali lagi..tempat ini meninggalkan satu memori yang cukup aku ingati sampai hujung nyawa dan dikongsi bersama anak cucu aku..

Nah..pilihan raya kecil Hulu Selangor bakal berlangsung..ekoran kematian membabitkan penyandang kerusi tersebut, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad akibat menghidap sakit kanser..

(Aku pernah tulis kisah ini di blog lama Cubical of Dream)

Mengimbas detik itu, 4 tahun lalu, krisis air yang kronik melanda Selangor..merata tempat…di kediaman, pengguna merungut air berbau, berwarna kekuning-kuningan dan badan mula rasa gatal apabila mengguna sumber air yang ada..timbul pelbagai spekulasi mengenai punca masalah tersebut..ada yang kata berpunca daripada ternakan babi yang besar di pedalaman daerah Selangor..

Selepas seketika, aku ditugaskan oleh seorang bos untuk menyiasat punca kejadian sebenar krisis air ini selepas dia mendapat maklumat daripada sumber..dan ketika itu hala tuju aku ke Hulu Selangor…hanya itu saja aku tau..lokasi sebenarnya tempat yang ingin aku pergi itu sebaliknya perlu dicari dengan menggunakan akal fikiran sendiri, tanpa sedikit pun clue…

“Cari tempat pelupusan sampah..tengok ada ‘leche’ ke tak..air busuk dia masuk ke dalam sumber air terdekat tak..contoh sungai..kalau ada, ambil gambar, ambil sampel, temu ramah penduduk..” arahan pendek bos aku..

Bagi aku yang tidak biasa dengan kawasan ini, memang sukar untuk mencari kawasan tersebut..jenuh juga nak cari tempat ini..habis semua orang aku tanya termasuk budak-budak Orang Asli yang kemudian diupah dengan sedikit wang kerana kesudian membantu aku..

2 tempat berjaya aku temui..di Kundang dan Bukit Beruntung..kawasan pelupusan sampah yang boleh dikategori bersaiz besar yang menempatkan sampah sekitar Lembah Klang selain Bukit Tagar dan Ayer Hitam…di Kundang, saiz agak besar sehingga ada 2 pintu masuk untuk ke tempat ini..

Sukar untuk aku gambarkan persekitaran tempat pelupusan sampah di Kundang ini..kalau diajak untuk datang ke sini hanya untuk meninjau, belum pasti ada yang mahu datang..sahabat aku, jurugambar, Mohd. Najib Mohd Noor cukup puas merakam gambar di sini berbanding di Bukit Beruntung kerana cukup ketara kesan ‘leche’ dan pengaliran air hitam sampah ke dalam sungai…

Kerja-kerja aku sedikit terganggu dengan kedatangan beberapa pekerja termasuk pegawai daripada Alam Flora yang bertanyakan mengenai tindakan aku berada di situ..”Kami student, dari Fakulti Seni Bina Tanah, UITM..datang sini nak buat tugasan,” jawab aku selamba..

Selepas selesai kerja di sana, aku perlu pulang untuk menyiapkan berita mengenai penemuan ini..biarpun agak berlainan dengan penulisan awal aku ketika berita ini disiarkan, namun aku berpuas hati kerana ketika itu, aku masih lagi budak mentah dan berjaya menghasilkan berita seperti itu…

Selepas pendedahan yang dibuat itu, tempat pelupusan sampah itu ditutup termasuk yang lain ekoran masalah yang timbul…ia disahkan melalu tinjauan yang aku buat semula selepas pengumuman yang dibuat oleh kerajaan negeri..

Aku terfikir, apa yang jadi pada tempa itu sekarang…kali ini, kedatangan aku ke tempat yang sama dengan tujuan lain..pilihan raya kecil kedua aku selepas Manek Urai..berbeza dengan sebelum ini, aku tidak berkampung di Hulu Selangor..jika ada keperluan saja, aku akan turun..faham-faham saja, akhbar tunjangan aku bukan wadah politik..

Hulu Selangor..tunggu kedatangan aku..