Posts Tagged ‘ indonesia ’

Aku dan Kembara

mqdefault

Wow…memang sesuatu..(terima kasih Hafiz Johari atas perkongsian)

Aku dan Pantaskah Syurga Untuk Ku (Tegar)

tegar

 

 

Mengapa begitu berat
jalankan segala perintah Mu
Begitu banyak rintangan
tuk mengarahkan wajah
bersujud kepadamu Tuhan
wooo ooo

Indahnya dunia ini
membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
hoooo

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya’,lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman MU
Tuhan tolonglah hambamu uuhuu
Tuhan

 

NOTA: Tegar (Tegar Septian), berumur 11 tahun, penyanyi cilik Indonesia..antara bakat yang lahir dari YouTube seperti nama-nama besar yang lain..berasal dari jalanan..di sini kita ada penghibur jalanan, di sana dikenali sebagai pengamen..single pertama, Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang, meletup dan menjadi fenomena di sana dan merata..

 

 

Sempat juga berkongsi video ini bersama emak..katanya, suara budak kecil ini santai, tak perlu terjerit-jerit…

Kagum dengan bakat si cilik ini, anugerah Tuhan yang digilap menjadi permata bersinar…

Sesuatu yang ada pada anak kecil ini..jakun aku tiap-tiap cari video dia…

Aku dan Mohon Bantuan

RT001529164

Aku terbaca sesuatu di Utusan Malaysia

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengalu-alukan sebarang bantuan segera daripada Malaysia dan negara lain dalam usaha membantu mangsa bencana gempa bumi di Sumatera Barat.

lama juga dok fikir..apa benar ayat itu dituturkan oleh mulut presiden ini..

alahai..wujud juga orang-orang seperti ini dalam REALITI..aku sangka hanya dalam kepala aku saja..atau seperti aku sendiri yang alami..

Pak Presiden, aku tumpang simpati..seperti mana aku pernah tumpang simpati pada pak tua bangka nak mampus, mak tua tak sedar diri, wanita hodoh terlajak kata..kasihan..

Aku dan Lagu

Seventeen – Selalu Mengalah

jelaskan padaku isi hatimu
seberapa besar kau yakin padaku
untuk tetap bisa bertahan denganku
menjaga cinta ini

pertengkaran yang terjadi
seperti semua salahku

mengapa selalu aku yang mengalah
tak pernah kah kau berpikir
sedikit tentang hatiku

mengapa ku yang harus selalu mengalah
pantaskah hatiku
masih bisa bersamamu

 

cabuk: aku pernah melihat lirik lagu ini di blog kawan blogger, Feizura @ lebih mesra aku panggil Nani..lebih lima tahun aku kenal dia..aku memang tau dia cukup halus, sentimental..mudah tersentuh..silap-silap dia marah bila aku tulis entry nih…hahahahaaa..

Mungkin ada sesuatu yang menimpa dia..langsung menjadi lebih ‘jiwa’ apabila ada sesuatu yang boleh dikaitkan dengan peristiwa yang dialami..

Lagu yang dipopularkan oleh kumpulan dari Indonesia, Seventeen..sedap didengar…

Aku pulak..mula-mula tak berapa nak tau sangat lagu nih..walhal dah banyak kali keluar di radio..kebetulan lepas aku baca blog nani, aku jadi alert..

berfikir dalam melihat lirik lagu ini, aku mengandaikan jika lelaki dalam situasi itu, makna ye, aku simpulkan laki itu lembik..kalau wanita, ia mungkin biasa..sebab wanita memang halus..

Ya..kadang-kadang laki itu lembut..tapi nak percaya sangat ke wanita bila kata laki ini lembut..melainkan kau berada dalam konflik antara dua jantina..

Aku pun kadang-kadang ‘jiwa’ dan suka bermain dengan lirik lagu..entah..memandangkan aku tidak pandai mencipta lagu dan lirik, jadi lebih senang menjiwa dengan benda dah sedia ada..

cuma..mungkin aku tak ‘sejiwa’ ini sekarang..sebabnya..aku lebih realistik sekarang..malas nak main lirik, bercakap lebih mudah..terus terang..senang nak bagi faham..

Jadi apa yang aku nak simpulkan di sini..aku dah merepek..tak tahu nak tulis lagi..cuma nak update blog saja..heheheheeee

Aku dan Basuh Media

Semalam..beberapa kawan aku yang terdiri daripada pengamal media dipanggil oleh Persatuan Kerabat Diraja Kelantan..bunyi macam nak diadakan sidang media..mungkin menjelaskan mengenai isu Manohara Odelio Pinot, model Indonesia yang didakwa didera dan dilarikan oleh kerabat Kelantan..

Aku sendiri terima SMS itu..Setiausaha Sulit Sultan Kelantan juga dikatakan turut hadir..agak bersemangat aku nak datang majlis ini..jadi aku sendiri mahu dengar penjelasan daripada pihak mereka untuk menjernihkan isu ini..

Sebabnya..aku antara yang terlibat menulis berita ini..dua berita aku tulis..

ne_01_1

1) Tengku Fakhry-Manohara tampil mesra – Muka depan Kosmo!

 

untitled

2) Terdesak hendak jumpa Manohara – page 6 Kosmo!

Tapi..bos aku pula nak pergi..walaupun aku sendiri sudah tawar diri..

Agak terkejut ada perkara sebaliknya berlaku..mengikut rakan sebumbung, bukan sidang media dibuat sebaliknya sesi membasuh media berlaku..katanya, Utusan dan Kosmo! teruk dihentam kerana menyiarkan berita yang tidak benar dan tanpa merujuk pihak Istana…agak teruk juga gang media ‘disekolah’..siap ada Mufti keluarkan ayat-ayat dan hadis menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh media..

Dalam majlis itu, tiada sebarang berita yang boleh ditulis hasil daripada cakap-cakap mereka..dengar saja.. penjelasan yang agak keras diberikan oleh mereka..ok..aku yang hanya mendengar daripada mulut kawan-kawan aku, aku terima..maaf, aku tidak boleh menulis di sini penjelasan itu..aku cuma pegang janji dengan pihak persatuan kerabat itu..

Cuma, penjelasan ini agak lewat..mungkin menyimpan marah, sampai kemuncak, jadilah begini..

PM baru kita, Datuk Seri Najib pernah memberi penjelasan mengenai isu Altantuya selepas turut dikaitkan..termasuk Datin Seri Rosmah..

Yang penting di sini, kita tampil beri penjelasan..selepas itu, orang nak kata tak betul ke..terpulang..jangan hanya mendiamkan diri..orang kita ini bijak menghukum bila kita senyap saja..

Apa-apa pun, kepada gang yang lain, aku mohon maaf andai kata ada yang menyalahkan aku sebagai personal dan Kosmo! umumnya kerana menjadi punca korang semua teruk dimarah..

Dalam penulisan aku, susah aku nak menuding jari kepada orang yang dikatakan salah oleh sesuatu pihak..aku cuma membuat penulisan yang balance..selagi tiada bukti, aku tidak mahu katakan benar apa yang didakwa oleh kelurga Manohara..

Nak khabar di sini..kalau klik link di atas..penulisan pertama, apa yang aku tulis..adakah aku menulis sesuatu yang memburukkan kerabat..penulisan kedua, perkara yang sama aku ulang..aku cuma tekan hasrat keluarga Manohara untuk berjumpa dengannya..cuma last option, tindakan yang mahu diambil oleh keluarga ini dilihat keras..tapi still, tiada juga yang memburukkan kerabat..

Mungkin marah mengenai story background..yang mengulang dakwaan ibu Manohara, Daisy Fajarina yang berkata macam-macam..itu adalah style berita ditulis..aku rasa ramai orang maklum mengenai perkara ini..

Inilah yang orang kurang nampak..yang baik susah nak kelihatan..sekali jahat, itu yang dijaja..hairan aku, kenapa ramai sangat yang bersikap sebegini..

Jujur, aku tidak mudah percaya apa ang orang kata..selagi tidak lihat dengan mata kepala aku sendiri..Iman Syafie yang nasihat begini pada aku..melalui kitab la..

Yang aku pasti, Daisy dan Dewi (kakanya) hanya mahu berjumpa dengan Manohara..itu saja yang aku mampu baca..yang lain, lantak, aku tak amik pusing..

Berani kerana Benar..Takut kerana Salah…

Aku dan Blog di Indonesia

id

Malam tadi, aku susah nak tidur..ingat lepas tengok game Liverpool Vs Man City yang agak membosankan, aku boleh terlelap (jangan mare ye Wanfai)..langsung gatal aku nak surf, guna broadband si Hafiz yang entah macam mane boleh ada dalam beg laptop aku..

Godek punye godek, belek punye belek banyak-banyak blog, aku terjumpa sesuatu yang menarik..di sebuah blog milik mazidul akma sidek..http://mazidulakmal.blogspot.com….kenal tak..tak kenal, lu fikir la sendiri..lalu, aku terbaca satu entry yang menarik..

Entry yang menceritakan sebuah blog kurang ajar…http://id-top.blogspot.com/…terkejut jugak aku baca blog nih..kemain handal..kemain outspoken…habis semua pasal Malaysia dia hentam..gila-gila punye hentam lak tuh..bersemangat disulam dengan penuh emosi ayat-ayat dia..

—————————————————————————————————————-

Malingsia Tidak Beretika
Sampaikan ke semua tenaga kerja Indonesia terutama yang bekerja di MALINGSIA agar :
1. Tidak memberikan resep makanan Asli Indonesia ke Orang orang MALINGSIA.
2.Jangan menyumbangkan tarian atau apapun yang berbau budaya asli Indonesia pada orang MALINGSIA.
3. Jangan bermain musik Tradisional Indonesia Pada Orang MALINGSIA.
Kita semua telah tau bahwa Negara satu itu adalah NEGARA TAK BERETIKA, NEGARA PLAGIAT MURNI Negara tanpa kreativitas, tak mau dan tak mampu menciptakan karya, Jadi mulai saat ini sebaiknya kita berhati hati menyajikan sesuatu yang asli budaya Indonesia pada negara MALINGSIA dan mari sejak sekarang sebut negara itu dengan sebutan MALINGSIA bukan MALAYSIA, Berapa banyak budaya Indonesia direbut? Masih tegakah budaya kita di Maling?

———————————————————————————————————————–

Ayat di atas nih mukadimah blog ni..sedikit la aku ‘paste’ kat sini..selebihnya, baca sendiri..

ada satu comment yang menarik perhatian aku ketika membaca entry yang dimasukkan oleh Mazidul..datang ye dari salah seorang student yang menuntut di Indonesia..

Izyan Nadirah berkata… saya adalah salah seorang penuntut di Indonesia. blog tersebut sememangnya mewakili sebahagian besar dari mereka. mereka mmg anti malaysia. sampai lecturer pun ada yang terang2an sewaktu kuliah menghina malaysia, mengatakan lagu ‘negaraku’ adalah ciplak daripada lagu2 peminta sedekah di negara mereka. di sana juga sering diadakan demonstrasi ‘ganyang malaysia’ sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan layanan kita kepada pekerja mereka di malaysia. memang tak sedar diuntung. walaubagaimanapun, memang tak semua macam tu. tapi saya sebagai penuntut di sana, amat merasakan kebencian segelintir rakyat mereka terhadap negara kita.

hampir semua entry dalam blog tuh menibai Malaysia yang dipanggil olehnya Malingsia..segala penjuru aspek diperkatakan..sosial, ekonomi, undang-undang, agama dan tak lupa juga politik..clam-clan blogger di sana yang sama kepala dengan blogger ni nampak macam ramai..nampak benar macam berdendam kesumat orang di sana dengan negara ini..negara yang menjadi destinasi pilihan wajib rakyat di sana untuk berhijrah mencari rezeki yang halal..ada juga yang haram..

Hairan aku..atas sebab musabab apa kebencian yang meluap itu dizahirkan dengan sebegitu rupa..terkedu aku baca..walhal, kita sebenarnya serumpun, tapi kenapa perkara ini berlaku..aaii..cukup la dalam negara dah teruk, nusantara pun nak ikut sama..seram bulu tengkuk aku fikir benda nih..