Posts Tagged ‘ jurugambar ’

Aku dan Jurugambar Utusan Kena Pukul

 photo 3

Ahli keluarga wanita dihukum gantung belasah jurugambar Utusan

 

KOTA BHARU – Seorang jurugambar Utusan Malaysia cedera dipukul dua lelaki dipercayai ahli keluarga seorang wanita yang dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira 10.45 pagi ini, jurugambar terbabit sedang mengambil gambar tertuduh namun dua suspek berkenaan bertindak menyerangnya.

Kamera mangsa turut pecah dihempas oleh salah seorang suspek.

Terdahulu seorang tukang jahit wanita dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 54.72 gram, tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Zaruna Yusof, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, Zaruna didakwa mengedar heroin seberat 54.72 gram di tempat letak kereta Stadium Sultan Muhammad IV, Jalan Bayam, di sini pada pukul 1.35 petang , 21 Januari 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

 

photo 4

 

iwan

Kenyataan media Kemudi mengenai insiden jurugambar Utusan Malaysia dipukul.

Kemudi merasa amat kesal dengan insiden  jurugambar Utusan Malaysia, Irwan Majid dipukul sehingga mencederakannya dan merosakkan kamera yang digunakannya untuk menjalankan tugas.

Sebagai pengamal media, jurugambar terbabit hanya menjalankan tugas hariannya dan pihak tertentu terutama keluarga yang dituduh tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Masyarakat seharusnya memahami tugas yang terpaksa dijalankan oleh wartawan dan jurugambar.

Kemudi berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan yg terperinci mengenai kejadian ini agar ia dijadikan pengajaran dan peristiwa seperti ini tidak berulang lagi.

Pada masa yang sama, Kemudi berharap pengamal media menjaga keselamatan diri semasa menjalankan tugas terutama di kawasan yang berisiko.

Azran fitri rahim
Presiden Kemudi

 

Cabuk:   Kuat aku rasa orang-orang di luar sana cukup seronok apabila berlaku kejadian seperti ini. Dek kerana fikiran kolot dan skeptikal yang sudah tertanam dalam kepala otak masing-masing bahawa orang media lebih-lebih lagi Utusan Malaysia adalah tali barut kerajaan..maka layak sangat dipukul..

Mudah sangat kalian jatuh hukum, lebih daripada Hakim di mahkamah, lebih daripada mufti yang buat fatwa, lebih daripada sang penguasa merencana undang-undang..

Aku tak rasa perlu untuk menegakkan kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh..tak perlu pula aku menegakkan benang yang didakwa sudah basah…

Ada otak, ada akal, ada ilmu, maka nilai sendiri

Kami hanya menjalankan tugas..kami hormat kalian, maka kamu perlu hormat kami..

Advertisements

Aku dan Jurugambar Tangkap Gambar Anaconda Secara Dekat

 

 

 

Berani! Tangkap Gambar Anaconda Secara Dekat.

Aku dan Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA)

 

Mereka ini (ada juga yang tiada dalam gambar), semuanya adalah rakan-rakan seperjuangan aku..biarpun satu ketika, kaki aku hampir meninggalkan bidang ini (media) tapi aku tidak lupa setiap detik bekerja dengan umat-umat hebat ini…terbaik dalam lapangan, terhebat dalam kelas yang tersendiri..

Julung-julung kali, Persatuan Jurufoto Media Malaysia atau Malaysian Press Photographers Association (MPPA) ditubuhkan secara rasmi untuk memberi ‘payung’ kepada profesion yang bergelar jurgambar atau jurufoto dalam industri media tanahair..tahniah kepada MPPA yang bertungkus lumus memastikan agenda mereka berjaya..