Posts Tagged ‘ Kok Lanas ’

Aku dan Jalan Kok Lanas – Kota Bharu

02042009072

 

Hampir dua tahun aku duduk di bumi Cik Siti Wan Kembang ini..banyak juga jalan-jalan di sini aku sudah redah..sama ada bertaraf lebuh raya (orang sini panggil la), jalan bandar, jalan kampung, jalan estate, jalan kebun, bendang sawah pun aku pernah naik..

Kesemua jalan-jalan ini memberi pelbagai pengalaman yang berbeza kepada aku..tapi, aku cukup terkesima dan pasti akan ingat sampai bila-bila tatkala melalui jalan sepanjang 45 kilometer dari Kok Lanas hingga Kota Bharu..atau Kota Bharu ke Kok Lanas..

Kalau diikutkan status jalan ini sebagai jalan persekutuan, sememangnya terlintas dalam kepala pasti tiada masalah..keadaan jalan yang elok..tapi ada rahsia yang tersimpan di sebalik jalan ini yang aku kategorikan cukup mencabar..

Mempunyai dua lane untuk arah yang berasingan, kapasiti trafik di sini cukup tinggi..tak kira masa..jalannya lurus saja..tiada bengkang-bengkok..tapi bayangkan dengan jarak 45 kilometer ini, berapa masa agaknya korang rasa untuk sampai ke destinasi sama ada Kota Bharu atau Kok Lanas..

Kalau di KL, dengan jarak yang sama, aku berani cakap, hanya perlu 15 atau 20 minit saja untuk sampai di dua destinasi ini..berlainan di sini, memakan masa hampir sejam untuk sampai..memang gila..

Terus terang aku kata, kalau masa Ramadhan, sah dah kurang hingga kosong pahala aku bila lalu jalan ini..tau sebab apa..peel manusia di sini ketika memandu melalui jalan ini..aduh..susah la aku nak cakap..aku ingat manusia-manusia ini bukan memandu kereta tapi menolak kereta..kelajuan yang ditetapkan di jalan ini adalah 70 kilometer..rasa dah cukup perlahan bukan..tapi orang sini boleh bawak under speed limit ini..

 

020420090721

Bukan itu saja, dengan beratus-ratus simpang keluar masuk di sepanjang laluan ini, pasti kaki kiri korang tak henti-henti atau perlu standby untuk menekan brek..bahaya beb..bayangkan..tengah-tengah kau bawak dengan speed limit 70 KM, tiba-tiba ada kereta keluar dari simpang dengan slumber saja..bila dah keluar, langsung bawak 40 KM saja..aduh..memang boleh sakit jiwa..

Aku mengaku pernah sumpah seranah bila berdepan dengan situasi ini..mungkin kesabaran menipis..aku cuba nak jadi alah bisa tegal biasa tapi agak sukar..alahai..lutut aku naik sakit bila kaki duk tekan brek saja..

Hairan aku kenapa sikap orang di sini suka memandu demikian..ada lagi nak aku tulis di sini..takpe..cukup sampai di sini saja..