Posts Tagged ‘ Malaysia ’

Aku dan Gang Ultras Bola Sepak

allultras

 

Esok, 1 Mac 2014 adalah pertemuan pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya dengan Filipina dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa..ia merupakan persiapan pemanas badan menjelang pertemuan menentang Yemen dalam aksi Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 yang akan berlangsung di Dubai 5 Mac nanti..

Secara peribadi, aku berharap skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akan menang esok dengan menampilkan aksi yang menyakinkan..sedikit sebanyak ia suntikan semangat menentang pasukan yang lebih hebat, Yemen nanti..

Apa-apa pun, selain isu Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang baru saja kelmarin turun berlatih bersama rakan sepasukan yang lain, ada sesuatu yang menarik pandangan mata  menjelang pertemuan esok..ia berlegar di ruang garis masa Facebook dan Twitter..gang ultras yang galak meniupkan semangat untuk memenuhi Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor, memberi sokongan kepada pasukan negara dengan membawa misi serampang dua mata..masing-masing mula menaikkan poster dan imej yang sarat dengan kata-kata sinis..

Mereka mahukan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad meletakkan jawatan…menarik..kita lihat nanti apa kesudahannya..

 

sabah selngor Swak ganu johor KL klate melaka N9 N9 jangs Perak perlis

Advertisements

Aku dan Hafizh Syahrin

hafiz

 

 

 

Dalam banyak2 video yang jadi viral dalam minggu ini, (Perempuan tudung pegang anjing, perempuan didakwa isteri Mat Yo maki pengawal, India sama India bergaduh pasal cara tangkap anjing, pelancaran iPhone 5S, 5C) aku pilih video Hafizh Syahrin..anak muda ini naik podium di tempat pertama di Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Repsol, Sepanyol..pelumba MotoGP Petronas Raceline Malaysia…

Apa yang dia buat..ada tanya lagi..dah jadi viral, sure heboh sana sini..tak tahu, tengok sendiri video aku tepek..

Kenapa aku pilih, kenapa aku suka…Suka hati aku la sebab apa..blog aku..

Aku dan Kabinet Persekutuan 2013 (Pasca PRU-13)

kabinet

 

 

Perdana Menteri : Datuk Seri Najib Tun Razak, 60, (UMNO – Pekan)
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin, 66, (UMNO – Pagoh)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom, 52, (UMNO-Jerai)
Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar, 48, Bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad.
Senator Datuk Seri Idris Jala, 54, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)
Tan Sri Joseph Kurup, 69, (PBRS- Pensiangan), Ahli politik
Datuk Seri Shahidan Kassim, 62, (UMNO – Arau), Bekas Menteri Besar Perlis
Nancy Shukri, 52, (PBB – Batang Sadong), Bekas Pengerusi Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia
Datuk Joseph Entulu Belaun, 59, (PRS – Selangau), Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, 65, Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia

Menteri Kewangan 1: Datuk Seri Najib Tun Razak, 60, (UMNO – Pekan)

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, 61, (UMNO – Tambun), Ahli ekonomi

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I : Tan Sri Muhyiddin Yassin, 66, (UMNO – Pagoh)

Menteri Pengajian Tinggi & Pelajaran II: Datuk Seri Idris Jusoh, 58, (UMNO – Besut)

Menteri Pertahanan : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 52, (UMNO – Sembrong), Peguam

Pemangku Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 52, (UMNO – Sembrong), Peguam

Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, 60, (UMNO – Bagan Datoh), Bekas Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN)

Menteri Kerja Raya: Datuk Fadillah Yusof, 51, (PBB – Petra Jaya), Peguam

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed, 63, (UMNO – Jeli), Ahli ekonomi

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman, 60, (UMNO – Kimanis),

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: Datuk Hasan Malek, 70, (UMNO – Kuala Pilah),

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, 55, (UMNO – Kemaman), Ahli akademik

Menteri Sumber Manusia: Datuk Richard Riot Jaem, 62, (SUPP – Serian), Pengerusi Lembaga Lada Malaysia

Menteri Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Shafie Apdal, 56, (UMNO – Semporna), Ahli ekonomi

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan, 48, (UMNO – Kota Belud), Ahli korporat

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaludin, 37, (UMNO – Rembau), Pengamal media

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, 68, (MIC – Segamat), Pakar kulit

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 63, (UMNO – Putrajaya), Ahli perniagaan

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi : Datuk Seri Douglas Uggah Embas, 58, (PBB – Betong), Ahli ekonomi

Menteri Tenaga, Teknlogi Hijau dan Air : Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, 60, (PBS – Kota Marudu), Ahli akademik

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 53, (UMNO – Bera), Peguam

Menteri Pelancongan: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, 59, (UMNO – Padang Rengas), Peguam

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr. Ewon Ebin, 59, (UPKO – Ranau), Peguam

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk Seri G. Palanivel, 64, (MIC – Cameron Highland), Pengamal media

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Rohani Abdul Karim, 58, (PBB – Batang Lupar), Ahli ekonomi pertanian

Aku dan Pasca PRU-13

Dah lebih 48 jam tamatnya pertarungan hebat dalam Pilihan Raya Umum ke-13..itu pun masih ada lagi yang heboh nak bercakap macam-macam..yang bijak,nampak tersusun segala fakta..yang kurang cerdik,bercakap mengalahkan yang bijak..asal boleh saja terima akal langsung diangkat jadi fakta..

Keputusan kali ini adalah Barisan Nasional hanya berjaya menubuhkan kerajaan melalui majoriti mudah,tidak mendapat dua pertiga malahan keputusan yang dicapai oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih buruk daripada keputusan PRU-12 pada tahun 2008.ketika itu BN diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi..selain itu BN juga kehilangan beberapa kerusi parlimen yang dimenangi sebelum ini seperti Batu Pahat dan beberapa lagi di Sarawak.

Bonus dalam kegagalan ini adalah BN berjaya merampas semula Kedah yang sebelum ini dikuasai oleh pakatan pembangkang.

Pakatan rakyat pula dilihat lebih berjaya dengan penambahan 7 kerusi parlimen selain berjaya menambah beberapa buah kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri tertentu seperti Selangor,Terengganu dan Negeri Sembilan.

Kalau dulu pada 2008 dikatakan tsunami politik, kali ini pula dikatakan tsunami politik kaum Cina..mula dah heboh orang bercakap sana sini..yang nak menegak benang yang basah pun ada,yang buta fakta pun ada,yang tukang angguk saja pun tak terkecuali..

Bukan nak kata aku ini bijak dalam politik tapi aku bercakap atas perkara yang aku tau saja..janganlah ada pula nak menafikan apa yang sedang berlaku di sekeliling..bagi sesetengah orang mungkin nampak kabur tapi lama kelamaan ia akan menjadi semakin jelas..

Apa yang Utusan Malaysia dan Kosmo papar pada muka surat hadapan itu ada kebenarannya..mungkin nampak macam perkauman tapi itu hakikatnya..hairan aku..pada yang mungkin tak tahu,surat khabar cina dah lama main sentimen perkauman sejak tarikh pembubaran parlimen dan tarikh PRU-13 belum dimuktamadkan.maknanya apa ayat aku sebelum ini.selepas saja pilihan raya 2008,akhbar cina dah mula main sentimen perkauman..memandangkan kita tak baca surat khabar cina dan tak faham,jadi takda siapa yang sedar,nak ambil tahu..baru Utusan dan Kosmo jentik,dah mula menyalak macam anjing kelaparan..itu yang dikatakan cukup matang..boleh marah,tak salah tapi biar pada tempatnya.buatlah analisis bermacam-macam untuk menafikannya tetapi jelas itu adalah hakikatnya..

Aku bercakap dalam bahasa yang mudah untuk tutup pasca PRU-13 ini..Kerajaan perpaduan melibatkan UMNO dan PAS boleh bentuk untuk kukuhkan semula kuasa orang Melayu.cukup-cukuplah bergaduh,takda kesudahannya..masing-masing kena sedar yang masing-masing pun bukan maksum..jangan nak tuding jari dosa orang nanti terpalit diri sendiri balik..pandangan aku yang penting perlembagaan penjajah perlu diubah..sistem Malaysia dah teruk sangat..semangat perpaduan dah mula hancur..keharmonian zaman sekarang sudah mula tergugat..tak salah kalau boleh semeja dan bertoleransi dengan kaum lain asalkan penghormatan itu ada..jangan sampai kaduk naik junjung..

Tahun 1999 orang baru nak celik mata pasal buruk kerajaan walhal benda dah lama jadi kanser..tahun 1999 dan 2004 undi mula Melayu pecah.orang tak sedar taktik persempadan semula kawasan pengundi akhirnya makan tuan..cina mula tunjuk taring taring even Tun Dr. Mahathir yang hebat dan ditakuti cina, pun terpaksa turut kehendak kaum minoriti itu..2008 yang cina asalnya menurut mula muak termasuk Melayu pun sama hasilkan tsunami..dan 2013 paten yg sama diulang..

Lebih buruk lagi lepas 2008 sehingga menjelang PRU-13 ramai pulak yang bijak pandai bercakap pasal politik tiba-tiba muncul.konon ambil berat pasal negara..inilah perangai yang cukup aku pelik.yang baru kerja kerajaan,baru tau buruk sikit,dah mula tunjuk pandai.yang tak habis belajar,terikut sangat,mengaji kat internet berlagak pulak berpidato macam ahli politik..yang diberi peluang untuk menulis politik,terlalu ekstrim dan menyokong membabi buta..hanya disogok dengan propaganda,mula melalak sampai hilang pedoman..hanya disumbat gula-gula,mula hilang pahit kepayahan..setakat menyarung segak kot belum tentu anda bijak..setakat berkopiah berserban belum tentu anda ulamak..jangan taksub dengan sebelah pihak kalau tak tahu hujung pangkal..jangan fikir diri sendiri pejuang kalau belum ketemu erti perjuangan sebenar..mata tak pernah pedih kena gas pemedih mata,simpan lah sembang hebat.kalau tak rasa perit duduk di bawah,merasa susah,jangan lantang berjuang demi rakyat..bukan nak takbur,aku bersyukur kerana Tuhan beri peluang untuk dedahkan diri aku kepada politik sejak umur masih lagi hijau..pilihan raya umum 1990 itu permulaan..aku mula belajar politik dari akar umbi sehingga ke atasan..mudah cakap,aku lebih suka memerhati daripada cenderung kepada mana-mana parti.aku mengaku pernah jadi jentera dua parti yang berbeza ketika umur masih setahun jagung tapi itu adalah pengalaman berharga yang aku kutip..berkawan baik dengan mana-mana orang,tak kira UMNO,PAS,PKR,MCA,DAP termasuk Sabah Sarawak cukup mematangkan aku dalam politik..dan aku tak pernah berhenti belajar sehingga sekarang..

Pada hal,sistem yang rosak termasuk orang dalam sistem sendiri..buatlah apa-apa pun sampai kiamat takdalah berubah.ingat kalau tukar kerajaan boleh berubah sekelip mata, pada hal orang dalam sistem politik berlingkar dalam bulatan yang sama.biarlah tegak dengan sistem sendiri..Islam itu biar sebati, bukan semata-mata percakapan ataupun perbuatan..semangat kenegaraan biar jitu bukan jadi sumpah-sumpah atau talam dua muka..tak salah bangga dengan bangsa sebab ia juga jati diri..

Yang diberi amanah, pikul galas beban dengan baik dan saksama..jangan alpa tenggelam dek ringgit dan kuasa..yang berjuang,terus berjuang kerana ia tidak pernah berakhir selagi sangkalala belum berbunyi..jangan mengejar dunia,rakus mata dan gelojoh nafsu sehingga membelakang makna perjuangan..

Aku dan Tali No. 6 (Cerut Carut PRU-13)

Terima kasih kepada Mynewshub kerana berkongsi sesuatu yang aku rasa bermakna untuk dijadikan renungan bersama ketika ini.

Kewujudan filem pendek berjudul Tali No. 6 ini bertepatan dengan mood ketika ini, Pilihan Raya Umum ke-13 negara kita yang dianggap sebagai ibu kepada segala pilihan raya.

Pertembungan ideologi politik, taburan janji dan butiran manifesto menjadi senjata utama. Tak lupa juga disuburkan dengan menyerang peribadi untuk meraih undi dan political mileage.

Garapan Khir Rahman yang boleh aku anggap bijak, ringkas dan mudah difahami oleh semua..lakonan bersahaja Pekin, Sofi Jikkan dan Danny Zilong menjadikan filem pendek dalam durasi 21 minit ini mampu memberi ‘kempen’ baharu kepada masyarakat yang masih buta mengenai padang politik.

Watak  adik Najmi Nafis, pada permulaan filem ini mungkin dianggap hanya sebagai penghias namun impaknya mula terkesan di penghujung.

Bagi yang tidak memahami mengenai kenapa tajuk itu dipilih, maka sah belum cukup matang lagi dengan apa yang berlaku di sekeliling.

Jadi lebih elok kalau aku nasihatkan, berhenti bercerita mengenai politik.

Untuk diri aku, babak-babak dan dialog yang cukup buat aku terkesan adalah, ” Dalam nak menyelesaikan masalah, sama sesakali jangan buat satu lagi masalah. Nak menyelesaikan masalah, biar dari dalam.”
Secara sendiri, bait-bait ayat itu menyedarkan aku dan dalam pada yang sama kepada pelayar blog Cabuk, mungkin manfaat boleh diserap bersama..
” Dalam nak menyelesaikan masalah, sama sesakali jangan buat satu lagi masalah. Nak menyelesaikan masalah, biar dari dalam.”

Aku dan Tugasan Baru

Assalammualaikum…

Lama sudah dibiarkan cabuk ini bersawang..mahu menulis cuma tidak berkesempatan..banyak yang mahu dikongsi, diulas, tapi masa yang terbatas..

Sedang mengusahakan tugasan baru yang diamanahkan..selepas tamat projek sebelum ini, beralih pula kepada yang lain..dalam dimensi yang sama cuma olahan, pendekatan dan padang yang berbeza..

Kali pertama diberi peluang untuk membuat analisis secara rasmi..diterbit untuk tatapan semua..bakal dinilai oleh orang-orang hebat dalam lapangan itu..

Buah tangan itu akan dapat dilihat sejurus selepas Parlimen dibubarkan..paluan kompang Pilihan Raya Umum ke-13 mula berdendang dengan rasmi..

Adakah ia Radar atau Perspektif atau Majoriti..

Aku dan Merdeka 52

UMICL000594208

Tanggal 31 Ogos 1957..Tanah Melayu @ Persekutuan Tanah Melayu dibebaskan daripada pentadbiran British..kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kita merdeka daripada penjajah..

maka..laungan keramat itu dilaungkan di Stadium Merdeka ketika itu..Merdeka..Merdeka..Merdeka..

Bagi Bapa Kemerdekaan dan pejuang-pejuang negara yang bermati-matian, perjuangan itu sesuatu yang bukan mudah untuk diperolehi, maka, ia perlu dihargai..

Tanah Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia…Merdekakah engkau…

Bila tanya, merdeka..ya..aku merdeka..Malaysia merdeka..bila tanya Merdeka, nanti kau lepak mana..Bila tanya Merdeka, kau nak pergi konsert mana..Bila tanya Merdeka, kau nak dajal jantan atau awek mana….

Aku..masih lagi berjuang untuk Merdeka..aku tunggu saat itu..aku percaya, kekuatan itu pada aku…Tuhan, izin aku melunaskan keazaman aku..yaaa…itu yang aku perlukan..

Hahahahahahaa..(gelak Tan Sri P. Ramlee dalam Musang Berjanggut..Payung dah ku simpan, perahu pun sudah ku sedia, hanya menunggu bah tiba)…