Posts Tagged ‘ Manohara ’

Aku dan Manohara Diburu

Setinggi tahniah kepada rakan sejawat kerana berjaya memecah tembok ‘monopoli’ aku dalam hal-hal berita berkaitan dengan Manohara Odelia Pinot..tahniah juga sebab berjaya menghubungi responden yang bertanggungjawab untuk melunaskan tuntutan susulan yang diarahkan..

Sebenarnya bukan monopoli tapi bekerjasama berkongsi tugas..sebelum ini ada orang lain yang pernah mengambil alih tugasan ini tapi dikesan gagal untuk menyempurnakannya..mungkin kurang bernasib baik..tapi sekurang-kurangnya biar semua tahun bukan mudah untuk menjalankan amanah ini..

Manohara diburu..itu tajuk beritanya..nampaknya gaya, Tengku Temenggong Kelantan sangat serius dalam hal ini untuk membersihkan imej beliau yang sudah tercalar dek dakwaan fitnah yang dibuat oleh isterinya itu dan Daisy Fajarina (ibu Mano)..selepas peruntukan undang-undang di negara ini menyebelahi Tengku Muhammad Fakhry, kini baginda bersedia untuk ke Indonesia..

Umum pasti sedar, Tengku Temenggong Kelantan termasuk pasukan peguam yang dilantik tidak mahu dicop sebagai tidak bijak apabila mengetahui perintah undang-undang negara ini tidak ‘valid’ di Indonesia, jadi mengejar Manohara sehingga ke lubang cacing, itu matlamat hakiki..sebenarnya, cadangan untuk meneruskan prosiding undang-undang sivil di Indonesia sudah lama diketahui..bukan RM6 juta itu yang dikejar tapi imej yang bersih dituntut oleh Tengku Muhammad Fakhry..

Di sebalik kemelut rumah tangga yang masih tidak berkesudahan, masih juga ada orang yang bertanya kepada aku, adakah benar Manohara didera…jujurnya, aku sendiri tidak tahu..namun, hasil maklumat yang diperolehi berkaitan dengan Tengku Temenggong Kelantan dan Daisy, dua watak utama ini daripada sumber yang boleh dipercayai, ada sesuatu yang menarik aku temui..

sekadar gambaran…

Keturunan raja..siapa yang tidak kenal..kalau nak bercerita pasal raja, anak raja, kerabat raja, tak kisah mana punya keturunan, sah macam-macam cerita yang terkeluar..satu saja ayatnya yang pasti sama..’mereka anak raja, kerabat raja, keturunan raja, boleh buat apa-apa saja’..

Beberapa warga Indonesia, yang bijak pandai sampai kepada yang pandai bertukang termasuk yang mempunyai akses rapat dengan keluarga ini, satu nada saja kenyataan yang dikeluarkan apabila aku mengajak berbicara mengenai kes ini..lebih-lebih lagi membabitkan Daisy..aku sendiri agak terkejut dengan pendedahan itu..

Jadi, dalam ini, siapa yang lebih bijak,licik, bijak mengguna peluang dan mengambil kesempatan, pasti akan mencapai apa yang diingini..bagi aku, masih belum ada rumusan tepat, lengkap, penamat dalam kes ini..aku bukan manusia yang hanya bergantung kepada cakap-cakap saja..fakta, bukti, taakulan, itu mainan aku..

kita lihat babak seterusnya..

Advertisements

Aku, Manohara dan Misi

Seantero negara pasti sudah membaca berita ini di dada akhbar…bukan sesuatu yang luar biasa..cuma ia peristiwa yang dirasakan perlu dilaporkan saja…

Kosmo!

Dan seperti biasa, bak kata mulut-mulut orang, sejarah pasti akan berulang..setiap kali ada berita seperti ini, bukan saja tajuk utama yang perlu digarap malah perlu ditambah dengan ‘make up’ dan aksesori bagi memastikan kelainan berbanding persembahan yang lain…maka secara automatik, aku menjadi watak utama..tidak mengapa, ia bukan sesuatu yang perlu disungut, dirungut..

Namun, ada sesuatu penambahan yang cukup drastik kali ini..aku sendiri agak kaget, terkejut menerima panggilan dari ibu pejabat.menyampaikan sesuatu yang tersasar dari jangkaan aku..mendengung jauh aku cuba untuk mengingati semula butiran percakapan aku dengan bos aku…

Satu misi perlu aku laksanakan..angan-angan aku yang pernah aku kongsikan bersama seorang rakan aku di sini rupa-rupanya menjadi milik orang lain..aku kira macam satu dugaan pada aku..sebab, kenapa aku dipilih untuk menjayakan misi ini…kenapa tugasan ini diberikan kepada aku..aku tidak mahu memikirkan apa agenda sebenar penugasan itu diberikan kepada aku..kata seorang rakan merangkap bos aku sendiri, orang itu mahu menguji..biarlah Cabuk..alahai..susah apa nak fikir..jelas sekali..kau ASET…bukan LIABILITI….hheerrmm..

Aku cuba untuk lakukan sesuatu dengan kudrat yang ada..aku mahu lihat hasilnya nanti..

Aku dan Juak-Juak Istana

Semalam, aku cover kes Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara Odelio Pinot..

tiada yang luar biasa bila bercerita pasal ke sini..selain asyik aku kena cover..

tapi yang luar biasa dari biasa..secara tiba-tiba ruang Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kelmarin penuh dengan umat-umat manusia yang aku sendiri pada mulanya tidak tahu mana datang..apa status pun aku tak tahu..

namun, selepas seketika, aku baru dapat menghidu dari mana datang puak-puak ini..juak-juak istana..atau dalam panggilan mudah, para pengampu, pembodek dan pengipas istana…salah seorang yang cukup aku kenal, antara nama besar dalam UMNO Kota Bharu…maaf..andai marah dengar gelaran yang aku bagi..

Hampir aku putus angin bila nampak kelibat juak-juak ini…aku tau kerja aku jadi lebih susah dengan kehadiran mereka..kemunculan umat-umat ini hanya sebab Tengku Temenggong hadir memberi keterangan melalui afidavit bertulis…

Aku fikir, apa sebab kehadiran tuan-tuan juak ini..jadi saksi, jauh sekali…nak beri sokongan, bukan Tengku Temenggong nak kalah pun dalam kes..jadi pengawal, tengku ada pengawal sendiri..jadi drebar kereta, tengku boleh drive kereta sendiri…

Kenapalah fiel begini cukup suka dibuat oleh orang-orang begini..hairan sungguhla aku..

Jadi, aku kira kehadiran mereka tidak lain hanya untuk menunjukkan diri akan kewujudan mereka pada hari itu..agaknya, tengku perasan mereka di situ..ibarat nak beri tengku rasa ‘kipas’ yang masing-masing bawa..mungkin ada yang sampai peringkat boleh transform kipas jadi ‘aircond’….walhal, dah berapa kali pun sebut ke sini di sini, takdak pun muncul tunjuk muka…

Tragis juga semalam, aku kira sebabkan ramai orang di sana, jadi sukar untuk jurugambar aku untuk buat kerja..terpaksa berasak-asak…aku jangka melalui kes-kes sebelum ini, jadi kebiasaan saksi akan keluar bersama-sama plaintif atau defendan, jadi lebih mudah untuk ambil gambar bersama..seperti jangkaan aku, jurugambar sampai terlepas nak ambil gambar saksi kes ini, Tengku Azwani Tengku Iskandar..kena pulok memo dengan bos KL..tak pasal..

Alahai juak-juak istana..berhentilah perangai tak senonoh ni..

Aku dan Manohara Lagi

Kes panas ini masih berterusan sehingga kini…kemelut rumah tangga yang dinanti-nantikan oleh seantero manusia apakah akan jadi pada penghujungnya…kedua-duanya masih mahu terus menang..tidak pula mahu memilih untuk mengalah..langsung, penyelesaiannya entah ke mana..

Manohara Odelia Pinot dan ibunya, Daisy Fajarina, disaman RM105 juta oleh Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra atas dakwaan memfitnah dan mengaibkannya..saman ini adalah susulan saman yang pertama yang dibuat oleh putera Sultan Kelantan ini di Mahkamah Syariah Kota Bharu Kelantan berjumlah RM972,750..

Jika dulu, media melaporkan secara meluas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Daisy dan Manohara..bermula dengan dakwaan didera sehingga kontroversi Manohara melarikan diri pulang ke Indonesia dari Singapura..

Sekarang, langkah demi langkah Fakhry pula keluar dari kepompong Diraja mengambil tindakan..tidak dengan kenyataan rasmi daripada mulutnya sebaliknya dengan tindakan lebih bijak..menggunakan sistem undang-undang..

Nah..Daisy dan Manohara pula masih membisu..mungkin dek pernyataan saman yang keras yang dilhat seperti mahu mematikan langkah kedua beranak ini..babak seterusnya bakal terhidang..

Orang mula menghakimi kes ini..belum lagi keputusan ditentukan..ini tabiat manusia ciptaan Tuhan..usah ralat..nikmat pancaindera Tuhan, mulut, selagi tidak ditarik, selagi itu ia akan terus berfungsi mengikut nafsu pemiliknya.

Jujurnya, aku tidak bangga menjadi sebahagian daripada cerita ini..biarpun ‘nama’ aku ada di sana..aku sendiri malu menulis perkara ini yang boleh aku sifatkan ceteknya manusia berfikir dalam mengambil tindakan..Fakhry dengan cermat memilih undang-undang, Manohara dengan agresif memilih media..tapi, masing-masing ada kepentingan sendiri..kita siapa nak tahu benda tuh..

Tahu di mana silapnya..awalan tercetusnya epik ini..tuduh menuduh berlaku..jari dituding tanpa sedar lima jari yang lain terkena batang hidung sendiri..lihat, bukan penyelesaian yang dicari..jika ada, tiada siapa pula yang ketahui..cuma melihat anjing menyalak bukit, singa mengasah kuku di gua..

Lihat..yang pasti makhluk bergelar manusia akan mula menimbang tara, siapa yang bersalah, siapa pula sebaliknya..betul bukan..tak usah tipu lah kalau bukan itu yang terlintas dalam kepala otak kau..

penting pencarian kesalahan siapa dalam hal ini..penting sangat ke benda tuh..lebih penting kamu memikirkan kesalahan siapa sehingga lupa untuk menyelesaikan masalah pokok..

Cabuk kira engkau yang begitu, B.O.D.O.H..lebih tepat lagi..I.S.L.A.M bukan paksi pemikiran kau..

Aku dan Basuh Media

Semalam..beberapa kawan aku yang terdiri daripada pengamal media dipanggil oleh Persatuan Kerabat Diraja Kelantan..bunyi macam nak diadakan sidang media..mungkin menjelaskan mengenai isu Manohara Odelio Pinot, model Indonesia yang didakwa didera dan dilarikan oleh kerabat Kelantan..

Aku sendiri terima SMS itu..Setiausaha Sulit Sultan Kelantan juga dikatakan turut hadir..agak bersemangat aku nak datang majlis ini..jadi aku sendiri mahu dengar penjelasan daripada pihak mereka untuk menjernihkan isu ini..

Sebabnya..aku antara yang terlibat menulis berita ini..dua berita aku tulis..

ne_01_1

1) Tengku Fakhry-Manohara tampil mesra – Muka depan Kosmo!

 

untitled

2) Terdesak hendak jumpa Manohara – page 6 Kosmo!

Tapi..bos aku pula nak pergi..walaupun aku sendiri sudah tawar diri..

Agak terkejut ada perkara sebaliknya berlaku..mengikut rakan sebumbung, bukan sidang media dibuat sebaliknya sesi membasuh media berlaku..katanya, Utusan dan Kosmo! teruk dihentam kerana menyiarkan berita yang tidak benar dan tanpa merujuk pihak Istana…agak teruk juga gang media ‘disekolah’..siap ada Mufti keluarkan ayat-ayat dan hadis menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh media..

Dalam majlis itu, tiada sebarang berita yang boleh ditulis hasil daripada cakap-cakap mereka..dengar saja.. penjelasan yang agak keras diberikan oleh mereka..ok..aku yang hanya mendengar daripada mulut kawan-kawan aku, aku terima..maaf, aku tidak boleh menulis di sini penjelasan itu..aku cuma pegang janji dengan pihak persatuan kerabat itu..

Cuma, penjelasan ini agak lewat..mungkin menyimpan marah, sampai kemuncak, jadilah begini..

PM baru kita, Datuk Seri Najib pernah memberi penjelasan mengenai isu Altantuya selepas turut dikaitkan..termasuk Datin Seri Rosmah..

Yang penting di sini, kita tampil beri penjelasan..selepas itu, orang nak kata tak betul ke..terpulang..jangan hanya mendiamkan diri..orang kita ini bijak menghukum bila kita senyap saja..

Apa-apa pun, kepada gang yang lain, aku mohon maaf andai kata ada yang menyalahkan aku sebagai personal dan Kosmo! umumnya kerana menjadi punca korang semua teruk dimarah..

Dalam penulisan aku, susah aku nak menuding jari kepada orang yang dikatakan salah oleh sesuatu pihak..aku cuma membuat penulisan yang balance..selagi tiada bukti, aku tidak mahu katakan benar apa yang didakwa oleh kelurga Manohara..

Nak khabar di sini..kalau klik link di atas..penulisan pertama, apa yang aku tulis..adakah aku menulis sesuatu yang memburukkan kerabat..penulisan kedua, perkara yang sama aku ulang..aku cuma tekan hasrat keluarga Manohara untuk berjumpa dengannya..cuma last option, tindakan yang mahu diambil oleh keluarga ini dilihat keras..tapi still, tiada juga yang memburukkan kerabat..

Mungkin marah mengenai story background..yang mengulang dakwaan ibu Manohara, Daisy Fajarina yang berkata macam-macam..itu adalah style berita ditulis..aku rasa ramai orang maklum mengenai perkara ini..

Inilah yang orang kurang nampak..yang baik susah nak kelihatan..sekali jahat, itu yang dijaja..hairan aku, kenapa ramai sangat yang bersikap sebegini..

Jujur, aku tidak mudah percaya apa ang orang kata..selagi tidak lihat dengan mata kepala aku sendiri..Iman Syafie yang nasihat begini pada aku..melalui kitab la..

Yang aku pasti, Daisy dan Dewi (kakanya) hanya mahu berjumpa dengan Manohara..itu saja yang aku mampu baca..yang lain, lantak, aku tak amik pusing..

Berani kerana Benar..Takut kerana Salah…

Advertisements