Posts Tagged ‘ mati ’

Aku dan Alda Risma

Aku agak tertarik dengan nama ini hanya selepas mendengar cerita bos kanan di tempat aku kerja..sedikit sejarah mengenai Alda Risma..penyanyi dari negara seberang, Indonesia ini popular dengan lagu Aku Tak Biasa pada tahun 1998..kemudian ditemui mati dalam keadaan tragik dengan terdapat kesan suntikan jarum di tangan di sebuah hotel di Indonesia pada Disember 2006..

Apa yang menarik minat aku adalah bos menyampaikan sesuatu yang agak bingung difikirkan..lihat link bog klubbkidd.com dan ada kisah penyanyi ini ditulis..aku cuba untuk memahami keseluruhan entry penulis ini ditambah dengan sedikit penjelasan daripada bos..tapi aku masih kabur..

Lagu di atas dikatakan dirakamkan oleh Alda sendiri..mengikut bos aku hasil bacaannya di internet, ia dirakamkan oleh Alda selepas kematiannya tragiknya pada Disember 2006..kalau melalui pembacaan aku di blog di atas, lagu ini dirakam sebelum kematian penyanyi tersebut..ada dua cerita yang berbeza..apa yang sama adalah lagu itu mula ke udara pada tahun 2008..

Dalam 2 versi yang berbeza, ia sudah cukup mengundang mistik kepada kita..sebab apa, andai kata ia dirakamkan selepas kematian Alda, siapa pula yang menyanyikan lagu  itu..dalam hal yang lain, jika lagu itu dirakam sebelum kematian penyanyi tersebut, mendengar dan membaca bait-bait lirik lagu itu sekali lagi mengundang rasa pelik dan sedikit seram..ada sesuatu di situ..

Malam sepi ku sendiri

duduk sepi di atas pohon

Ku biarkan rambut ku terurai

Tanpa kaki kelelawar

anjing dan bulan purnama

ku menanti kasih ku

yang belum mati

Kapan mati kekasih ku

ku menanti kau di sini

Ayo mati bunuh diri

Agar kita jumpa lagi

seperti dulu

Mana mungkin ku kembali

Hidup lagi seperti dulu

Kecuali engkau mati

Mohon mengerti

Sehingga saat aku siapkan entry ini, aku sendiri masih tidak faham apa sebenar di sebalik lagu itu dan Alda..namun perlu diakui elemen seram itu ada..terpulang kepada semua untuk menilai..

Aku dan Tembak Mati

klt000018272

Kawan..

Semalam, seawal pagi pukul 7.30 Polis Kelantan tembak mati 4 penjenayah dalam sebuah kereta Proton Waja dalam kejadian berbalas tembakan setelah penjenayah melakukan rompakan di sebuah rumah di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, Kelantan.

Kawan..

Suasana aman damai kampung ini gempar dengan kejadian berbalas tembakan antara polis dengan penjenayah..termasuk aku yang terkejut bila si Ishak TV3 menjerit dari luar rumah memanggil aku sambil memberitahu, ada 4 orang kena tembak..

Kawan..

2 dari 4 enjenayah ini pakai pistol jenis Revolver .38..jumpa lagi 2 laras senjata Air-Raifel bersama peluru, beberapa parang panjang, batang kayu panjang dalam bonet kereta mereka. siap ada pakai tangkal ayat al-Quran pada tali pinggang..kata polis, 2 penjenayah ini tembak 5 das dulu pada polis..sebelum tu ha, ini penjenayah sudah pukul kepala tuan rumah yang diorang rompak.

kkb000012474

Kawan..

2 penjenayah ini orang Melayu..sorang umur 35 tahun, sorang umur 17 tahun…2 lagi orang Indonesia..semua suspek itu sudah lama diburu oleh pihak polis sebab dipercayai telah melakukan berpuluh rompakan di beberapa negeri sejak lebih dua tahun lalu.  suspek yang berusia 35 tahun itu mempunyai 21 rekod jenayah lampau dan dianggap penjenayah paling berbahaya.

Kawan..

Ini kes tak mahu jadi perhatian ka..ini kes tak mahu jadi bising-bising ka..tak nak ke kau jadi Hero untuk keluarga penjenayah ni..ala..macam tak biasa buat..sama apa..ini penjenayah pun kena tembak..kau boleh cakap salah polis sebab suka-suka tembak ini penjenayah..tak mahu bikin itu macam ka..kasi berjuang la sikit..baru orang tau kau hebat..

Kawan..

mau tolong ke tak nak..tak kan sebab kena tembak orang Melayu, orang Indon yang kena tembak, kau nak cakap lain..tak kan kau nak kata, biasa la..orang Melayu memang jahat..jangan itu macam la kawan..kau sendiri kata, semua perlu ada keadilan..sama rata, sama rasa..

kkb000012481

Kawan..

Ini peluang apa..boleh kasi hantam polis..kerajaan..tak nak ambil kesempatan ke..berniaga mesti mau untung, rugi mana boleh..

Kawan..

Semalam tv aku ada dengar la..kalau tak silap, dekat 80 orang penjenayah mati kena tembak..sorila, gua lupa itu statistik start bila..itu pembaca berita pun ada cakap, 40 polis pun mati sudah kena tembak dalam operasi jenayah..

Kawan..

Apa macam..?????