Posts Tagged ‘ media ’

Aku dan Jurugambar Utusan Kena Pukul

 photo 3

Ahli keluarga wanita dihukum gantung belasah jurugambar Utusan

 

KOTA BHARU – Seorang jurugambar Utusan Malaysia cedera dipukul dua lelaki dipercayai ahli keluarga seorang wanita yang dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira 10.45 pagi ini, jurugambar terbabit sedang mengambil gambar tertuduh namun dua suspek berkenaan bertindak menyerangnya.

Kamera mangsa turut pecah dihempas oleh salah seorang suspek.

Terdahulu seorang tukang jahit wanita dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 54.72 gram, tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Zaruna Yusof, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, Zaruna didakwa mengedar heroin seberat 54.72 gram di tempat letak kereta Stadium Sultan Muhammad IV, Jalan Bayam, di sini pada pukul 1.35 petang , 21 Januari 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

 

photo 4

 

iwan

Kenyataan media Kemudi mengenai insiden jurugambar Utusan Malaysia dipukul.

Kemudi merasa amat kesal dengan insiden  jurugambar Utusan Malaysia, Irwan Majid dipukul sehingga mencederakannya dan merosakkan kamera yang digunakannya untuk menjalankan tugas.

Sebagai pengamal media, jurugambar terbabit hanya menjalankan tugas hariannya dan pihak tertentu terutama keluarga yang dituduh tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Masyarakat seharusnya memahami tugas yang terpaksa dijalankan oleh wartawan dan jurugambar.

Kemudi berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan yg terperinci mengenai kejadian ini agar ia dijadikan pengajaran dan peristiwa seperti ini tidak berulang lagi.

Pada masa yang sama, Kemudi berharap pengamal media menjaga keselamatan diri semasa menjalankan tugas terutama di kawasan yang berisiko.

Azran fitri rahim
Presiden Kemudi

 

Cabuk:   Kuat aku rasa orang-orang di luar sana cukup seronok apabila berlaku kejadian seperti ini. Dek kerana fikiran kolot dan skeptikal yang sudah tertanam dalam kepala otak masing-masing bahawa orang media lebih-lebih lagi Utusan Malaysia adalah tali barut kerajaan..maka layak sangat dipukul..

Mudah sangat kalian jatuh hukum, lebih daripada Hakim di mahkamah, lebih daripada mufti yang buat fatwa, lebih daripada sang penguasa merencana undang-undang..

Aku tak rasa perlu untuk menegakkan kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh..tak perlu pula aku menegakkan benang yang didakwa sudah basah…

Ada otak, ada akal, ada ilmu, maka nilai sendiri

Kami hanya menjalankan tugas..kami hormat kalian, maka kamu perlu hormat kami..

Advertisements

Aku dan Memanipulasi Gambar

 

Look at these 3 pictures, the one on the left is said to be from Aljazeera, the one on the right from FOX News, and the one in the middle is the original found online… but regardless, this is a good example of how the same picture could be seen in 3 different ways, the media are experts at manipulating how we see things… use your critical thinking before believing everything you see in the news (kredit untuk Gland Ab Liang) – (juga untuk Irwan Ismail)

 

Cabuk: sesama kita renungkan…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku dan Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA)

 

Mereka ini (ada juga yang tiada dalam gambar), semuanya adalah rakan-rakan seperjuangan aku..biarpun satu ketika, kaki aku hampir meninggalkan bidang ini (media) tapi aku tidak lupa setiap detik bekerja dengan umat-umat hebat ini…terbaik dalam lapangan, terhebat dalam kelas yang tersendiri..

Julung-julung kali, Persatuan Jurufoto Media Malaysia atau Malaysian Press Photographers Association (MPPA) ditubuhkan secara rasmi untuk memberi ‘payung’ kepada profesion yang bergelar jurgambar atau jurufoto dalam industri media tanahair..tahniah kepada MPPA yang bertungkus lumus memastikan agenda mereka berjaya..

Aku dan Nazudeen Mahmud

Nama ini mungkin tidak cukup popular untuk sesiapa seantero Malaysia..tapi ia cukup dekat dengan gang-gang media atau orang kebanyakan yang cukup menyenangi tingkah lakunya..

Jurugambar (Press Photographer) Kumpulan Utusan (M) Berhad ini meninggal dunia kira-kira 12.45 tengahari tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arwah dikatakan secara tiba-tiba sesak nafas di pejabat sebelum dikejarkan ke HUKM..aku sendiri cukup terkejut bila sampai pejabat tengok ramai orang keluar dari pejabat..ku sangka ada yang nak buat riot sebab gaji tak naik-naik lagi..rupanya ada kematian berlaku..

Seingat aku, arwah baru saja berjanji untuk mendapatkan PSP yang murah untuk aku..itu kalau tak silap, Sabtu lalu..arwah yang cukup terkenal bercakap dalam telor Perak yang pekat, selalu bikin aku ketawa bila bersama dia..

Dan..aku cukup hormat dia sebagai Press Photographer dengan pelbagai karya gambar yang cukup bermutu..lebih-lebih cukup handal dalam shoot gambar sukan..dan cukup merendah diri tanpa perlu bercakap bodoh seperti sesetengah photographer yang lain sampai orang boleh sakit hati..

Malah, arwah cukup berani apabila sampai tugasan mencabar yang perlu melibatkan memetik kamera dalam keadaan yang tersembunyi…satu ketika, aku bersama dia di Klang untuk tugasan meninjau aktiviti penjualan DVD dan VCD haram..arwah cukup berani sampai petik kamera depan kedai haram tersebut tanpa dikesan..geleng kepala aku..

secara kebetulan, untuk tugasan khas terbaru, kumpulan aku memerlukan Press Photographer seperti dia..baru semalam aku sebut nama dia dalam meeting..hari ini dia meninggalkan aku pula..

AL-Fatihah untuk Nazudeen Mahmud…

PS: aku terharu lihat ramai orang datang melawat jenazah dia tadi..orang baik bukan..tak tahulah aku kalau ada photograher yang mulut celupar, masa dia mati nanti macam mana lah..arwah biasanya kalau ada sesiapa kacau kawan dia, sah dia gasak cukup-cukup..sayang kawan arwah ni..aku nampak Bazuki bersama Press Photographer yang lain tadi di HUKM…ramai..

Aku, Press Photographer dan Wedding Photographer

Akhirnya…aku ada alasan tepat untuk menulis entry dengan tajuk di atas…

Ya..mungkin nampak seperti kebudak-budakan isu pertembungan idea jurugambar media dan jurugambar kahwin yang masing-masing hebat dalam ‘padang sendiri’ menjadi hangat awal bulan ini..

Ekoran komen tangan yang berbunyi celupar si Wedding Photographer yang cukup gah dalam industri kahwin mawin ini, mengatakan sesuatu yang cukup sensitif..

Aku hanya mengetahui perkara hanya selepas mendapat jemputan (invitation) daripada seorang rakan di FB…jujur, aku agak terkejut..

I Hate SaifulNang …. Saiful Nang..insan Tuhan yang cukup berbakat ini cukup terkenal..aku sendiri secara jujur meminati hasil tangannya..kebijaksanaan dalam mengembang namanya yang Melayu Islam hingga ke arena antarabangsa..sampai di situ saja aku tau..

Kelangsungan daripada itu, aku turut terbaca di blog Fauzi mengenai benda yang sama..aku kira cantik huraian sahabat aku ini..

Mungkin ada benar kata Tun M..Melayu mudah lupa…pepatah Melayu juga ada menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya..

Aku tak rasa Saiful cukup bijak dalam menangani situasi dengan memberi komen yang berbunyi ” ramai press photohgrapher sebenarnya tak pandai ambil gambar pun ” (ada panjang lagi, lu orang baca sendiri) apabila diajukan soalan mengenai teknik shoot speedlite direct oleh seseorang yang mungkin peminat atau pelajar dia…

Andai kata kalau soalan itu diajukan kepada Cabuk yang tak pernah belajar secara khusus dalam fotografi (takdak sijil, takdak diploma, takdak ijazah, tak pergi kelas foto pun) namun hasil ajaran rakan-rakan press photographer selama aku bekerja dalam bidang ini, aku rasa dapat jawab dengan baik tanpa menyinggung mana-mana pihak..

Ya..secara jujur juga, aku agak terusik dengan isu ini..sebab, kau usik kawan-kawan aku..merujuk kepada press photographer, mereka adalah sahabat aku..lagipun, dah lama aku perhatikan benda ini sejak profesion jurugambar kahwin @ mahu menjadi jurugambar @ tiba-tiba nak beli kamera meletup sehingga secara mendadak beberapa tahun lalu dan sejak kebelakangan ini..

Hal ini sesuatu yang baik, aku tak sanggah tapi cuma attitud yang tidak berapa bijak sesetengah photographer yang boleh aku gelar amatur ini..anda semua mungkin hebat dalam padang anda, tapi tidak beerti anda terhebat sebagai jurugambar keseluruhannya sehingga boleh mendabik dada..

Salahkah kau terus merendah diri dengan sifat mahmudah..iku resmi padi, makin berisi, makin tunduk..fikir-fikirkan satu perkara..Press Photographer boleh jadi Wedding Photographer…ini sudah terbukti..cuma adakah Wedding Photographer sanggup masuk dunia press untuk jadi Press Photographer…

Secara kebetulan, sesuatu yang hampir sama berlaku pada aku..dalam satu majlis hari jadi member aku, seseorang yang aku kira baru terjun dalam dunia fotografi menegur aku cara-cara mengendali kamera.ketika itu aku sedang memegang sambil membelek kamera milik seorang kawan…aku tak marah, terkejut dan tidak pula aku melatah..aku hanya biarkan dia bercakap..tak mengapa, biarpun dia kahwin dengan member aku, tak bermakna dia kenal aku..apa-apa pun, terima kasih atas tunjuk ajar kau..

Sedikit nasihat dari aku yang bodoh pasal kamera kepada gang yang baru nak naik pegang kamera..belajar terus belajar..dunia ini luas untuk dirakam dengan pelbagai pengalaman..yang penting, jangan hangat tahi ayam sampai jadi Mat Jenin..

Penghargaan Buat Media Kelantan

Dengan kemasukan entry ini, menandakan tamat riwayat perjalanan kerja aku di bumi yang dikenali dengan jolokan nama Cik Siti Wan Kembang, Kelantan..bermula Ogos 07 berakhir 18 Dis 09…kini, aku sudah berada di Kuala Lumpur..

Biarpun satu ketika aku berat hati untuk melangsungkan kerjaya aku di sini namun rupa-rupanya ada hikmah di sebaliknya…hampir tiga tahun aku di sini, banyak pengalaman baru yang aku perolehi…lebih-lebih lagi yang bermanfaat dalam memantapkan asam garam dalam penulisan..

Dunia politik, bencana alam, jenayah dan macam-macam lagi…semua menarik apabila aku berkelana di tempat orang ini..

Namun, apa yang lebih aku pelajari, semangat kerjasama oleh pengamal media di sini..gang media Kelantan…..boleh aku katakan untuk kali pertama aku bekerja di STATE, gang-gang di sini adalah yang terbaik..

Tabik hormat aku kepada semua team wartawan, jurugambar, tidak kira media cetak atau elektronik..aku tak mampu nak sebut nama semua orang di sini..pengalaman dengan anda semua sukar dinilai dengan wang…asam garam cukup mengiurkan..pahit manis yang cukup menghiburkan…

Terima kasih semua..bersama anda adalah peluang berharga yang Tuhan kurniakan kepada aku..jika ada sumur di ladang, memang sah aku nak mandi, kalau ada umur yang panjang, kita pasti ke temu lagi…

ps: eh, den tak pakai AKU pada awalan tajuk entry la..hehehehee…

Aku, Sekembali dari Manek Urai

Pas berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai – N41 apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah memenangi majoriti 65 undi menewaskan lawannya dari Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat..

Tahniah kepada Abe Uji..berbaktilah kepada masyarakat seperti yang diharapkan..sebab itu anda dipilih..untuk Aziz, tahniah kerana kerja keras anda berjaya menjadikan majoriti Pas kurang daripada sebelum ini..

Seronok juga dapat beraksi di Manek Urai..banyak pengalaman yang aku dapat..berguna jug buat aku..paling best, aku dapat’ merempit’ sekitar kampung mencari tempat asignment..kredit untuk Wak Rosni yang meminjam motosikal Yamaha SS110..prestasi yang terbukti..

Seronok juga dapat berkumpul dengan gang-gang media..lebih-lebih dari dari KL..dah hampir 2 tahun aku tak jumpa gang-gang nih..macam-macam cerita dan perangai dikongsi…

Aku malas nak cerita panjang..layan gambar saja..

09072009195

 

14072009206

 

14072009208

 

BNM000133340

 

KLT000020564

 

media

 

gang

 

 

lata rek