Posts Tagged ‘ Parlimen ’

Aku dan Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Kebangsaan 2012

 

 

 

 

 

ps: biar gambar menceritakan segalanya…

Advertisements

Aku dan Tandas Parlimen

Mungkin agak menjijikkan entry aku kali ini..terpulang pada persepsi pembaca tapi ada sesuatu yang ingin aku ketengah..

Selama aku duduk di Parlimen ini, aku cukup teruja melihat sistem paip di sini..lihat pada gambar di atas..setakat aku hidup, masuk mana-mana tandas, aku tidak pernah jumpa sistem seperti ini yang boleh aku anggap mesra pengguna..

Lihat pada besi paip itu, ia boleh diubah kedudukan mengikut kesesuaian pengguna bilik termenung ini..boleh tolak ke depan, boleh tarik ke belakang..walaupun nampak tradisional tapi ia lebih baik daripada sistem moden yang lain, yang hanya mengundang kesukaran kepada pengguna..

Sebelum ini, rakan aku di Kosmo! pernah membawa isu mengenai tandas di beberapa pusat membeli-belah di Kuala Lumpur yang tidak menyediakan paip air sehingga menyukarkan pengguna terutama beragama Islam untuk menyempurnakan hadas… rakan aku, aku kira berjaya memperoleh pahala apabila salah sebuah kompleks membeli-belah yang didedahkan kelemahan itu akhirnya menukar sistem paipnya..tahniah buat sahabat aku, Shamsul Fitri Majid…

Aku rasa, entry ini sedikit sebanyak mungkin boleh dijadikan rujukan..siapa tahu..

Aku dan Grand Finale Hulu Selangor

Parlimen Hulu Selangor P094

P. Kamalanathan (BN) : 24997

Zaid Ibrahim (PKR) : 23,272

Majoriti: 1,725

—————————————————————————————–

Maka sudah terang lagi bersuluh, Mr. PRO, Kamalanathan berhak menjadi wakil kepada 64,000 pengundi Hulu Selangor di Parlimen selepas memperoleh majoriti lebih daripada Datuk Zaid Ibrahim..tahniah.jangan lupa janji-janji anda..ia perlu ditunaikan..akan datang, pilihan raya umum bakal tiba, tersilap langkap, celaka padah..

Buat Datuk Zaid, tahniah juga kerana mempunyai semangat melawan dalam pilihan raya yang disangka permainan mudah oleh sesetengah pihak..handal juga mengekang daripada majoriti menjadi lebih besar selepas berdepan dengan serangan bertubi-tubi…aku hormat kau sebagai pejuang..

Maka dengan keputusan itu, maka tamatlah sudah tempoh aku berkampung di Kuala Kubu Baru selama seminggu bersama member-member yang lain..Zul Bakar, Arshad, Sidek, Saiful, Asron, Izham, Bang Mail, Bob, Sopi dan Faie..meskipun aku menganggap pilihan raya kecil kali ini agak membosankan berbanding dengan Manek Urai, banyak benda baru aku belajar selain mengenal kawasan Hulu Selangor dengan lebih dekat..

Selamat tinggal Hulu Selangor..ketemu lagi kita…

Aku dan Ibrahim Ali

Semalam, ramai menjangkakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bakal mencuri tumpuan sidang Dewan Rakyat dengan pendedahan yang ingin dibuat berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim..malah aku sendiri dipertanggungjawabkan untuk fokus terhadap perkara tersebut..

Alih-alih, tindakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan bangun untuk berhujah sebelum Ibrahim berkaitan dengan kenyataan Anwar mengenai penglibatan Apco Worldwide, ejen Yahudi, dalan urusan kerajaan, mula mengundang kekecohan dewan..

Bayangkan, punyalah haru, ahli-ahli parlimen berjaya dengan sukses menukar atmosfera bangunan berprofil tinggi itu menjadi seperti Zoo..pekik-memekik, jerit-menjerit, tikam lidah berlaku menjadi tatapan tetamu yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi…sampai jantan betina pun terkeluar, heboh sampai jadi isu..

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), R.Sivarasa (PKR-Subang), Datuk Idris Harun (BN-Tangga Batu), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), antara watak-watak utama dalam drama itu..

Rumusan aku..kebudak-budakan..

Berbalik kepada Ibrahim, kekecohan yang berlaku berlarutan sehingga sejam 10 minit mencuri masa keemasan untuk menjadi hero of the day..pada hemah aku, Ibrahim sendiri tidak menjangkakan hujah Abdul Rahman pula menjadi tumpuan berbanding dengan apa yang ingin disampaikan olehnya..jika Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berjaya memenuhi slot muka depan akhbar ketika membuat pendedahan mengenai Anwar, mengapa dia tidak boleh berbuat perkara yang sama..

Biarpun pada mula Ibrahim berjaya mencelah untuk mendapat kebenaran Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee meneruskan ucapannya tapi Ibrahim hilang sabar apabila campur tangan oleh Dr. Mohd. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) menyuruhnya duduk…

HOOOOOOOIIIIIIIII.….Ibrahim menjerit….dengan menghempas kertas ke meja di hadapannya…..Itu klimaks babak-babak ala zoo negara semalam…

Limelight Ibrahim berjaya dicuri dengan sepenuhnya..sampai butiran ucapannya tidak diendahkan biarpun mempunyai nilai berita…mungkin, Ibrahim pulang semalam dengan seribu satu kekecewaan atas apa yang berlaku..membaca akhbar hari ini pun, pasti beliau merasa tawar hati melihat cerita Anwar diberi masa seminggu untuk menjelaskan dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada slogan 1Israel pula dipaparkan lebih besar daripada pendedahan yang dibuat..

Simpati aku pada Ibrahim..mungkin semalam bukan hari dia..mungkin ada hikmahnya..siapa tahu..tunggu saja sehingga sidang tamat nanti..

Aku, Parlimen Hari ke-3 dan Zahrain Hashim

Masuk hari ke-3 aku di sini..hari ini aku one man show saja..sama macam brother Harian Metro…hehehe..rasa boleh deliver..

Semalam, heboh Dewan Rakyat dengan pendedahan eksklusif oleh Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Hashim mengenai punca beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dalam ucapannya, beliau turut menghentam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai angan-angan merampas Putrajaya pada 16 September 08 untuk mengambil alih kerajaan..

Hari ini, beliau berucap lagi..nada yang sama turut diulang..sampai ada yang perasan..mula bertambang berang..muka naik perang..rasa macam nak bagi penerajang..

Biarpun ada nilai berita untuk ditulis, aku secara jujur mula naik bosan..lihat perangai kebudak-budakan ahli dewan yang terdiri daripada ahli Parlimen ini..bermula dari hari kedua sehingga kini, pantang saja ada yang tak kena, habis semua nak mencelah..nak tunjuk petah..kononnya atas dasar berhujah..

Secara peribadi, aku bersependapat dengan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud..semua ini hanya membuang masa..dewan rakyat juga dipergunakan, disalah guna..mentang-mentang tempat itu kebal..banyak perkara lain yang harus diperbincangkan..diperdebatkan..diputuskan..cukuplah dengan sekali pendedahan, walhal orang di luar sendiri dah tau perangai sorang-sorang ahli politik, tak payah diulang-ulang tayang..

Dewan yang sepatutnya digunakan untuk memutuskan perkara yang penting, dah jadi medan untuk orang menyalak tak tentu hala..sekali-sekala, boleh, tak salah..sebab, baru meriah..tapi bila dah kerap, semua cakap-cakap dah jadi busuk macam getah sekerap..

Bilalah nak sudah…

Aku dan Parlimen

Masuk hari kedua aku berada di Parlimen..menghadiri sidang Dewan Rakyat…satu lagi pengalaman baru untuk aku…tak tahu lagi aku sama ada akan berterusan ditugaskan di sini..

Selama ini, aku hanya berpeluang untuk membuat liputan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang jauh lebih kecil kapasiti dari segi ahli dan bidang kuasa..Parlimen, di mana terletaknya Dewan Negara dan Dewan Rakyat, kuasa yang jauh lebih besar seperti termaktub dalam Perlembagaan…

Mungkin aku dapat lihat sendiri dengan mata kepala jasad drama yang selama ini aku hanya dengar melalui cakap-cakap orang..bahkan, semalam, aku dapat lihat beberapa babak-babak drama yang aku kira memalukan berlaku di hadapan mata aku sendiri..

Lihat saja babak-babak itu..

Aku dan Warna Bumi Malaysia Pagi Ini 2

Aku malas nak bercakap-cakap..rasa semakin menyampah pun ada..mujur ada agamad..kalau tak dah lama kena makan sumpah puak-puak nih..mari bersama Cabuk untuk melihat agenda suratk khabar arinih..

Aku suka gambar nih..aku tabalkan..pix of the day

kredit untuk naim aziz (photographer Utusan)

kredit untuk naim aziz (photographer Utusan)

1) Kadar tol 5 lebuh raya naik

Hujan saja yang turun..bunga pula kembang cantik, kemudian luruh..yang satu nih naik saja manjang..

Kadar tol di lima lebuh raya akan mengalami kenaikan antara lima hingga 34 peratus mulai 1 Mac ini.

Lebuh raya terlibat ialah Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

2) PM: Kaji semula kenaikan tol

Kerunsingan Pak Lah diungkap melalui kata-katanya…“Walaupun dipertimbangkan dari segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah,”

3) KECOH

Haru-biru..huru-hara..kacau-bilau..caci-maki..tolak-menolak..

Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

4) Karpal diberi masa 24 jam kemuka bukti

Aku sendiri pun tak tahu macam mana si peguam hebat nih boleh main lepas cakap sampai begitu sekali

Pemuda UMNO memberi tempoh 24 jam kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk mengemukakan bukti bahawa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru bagi mengugutnya.

5) Kes abai kucing ditentukan 2 April

Apa kejadah la dia nih..makhluk kesayangan Junjungan Besar pun kau buat gini.

Selepas empat tahun perbicaraan, kes pemilik dan pembiak kucing yang didakwa atas empat tuduhan mengabaikan empat ekor kucing sehingga menyebabkan kesengsaraan terhadap haiwan itu akan diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 2 April depan.