Posts Tagged ‘ penculikan ’

Aku, Ameerah Asha dan Benjy

 

 

 

 

 

 

 

 

Gadis rancang culik diri sendiri – itulah head line muka depan Kosmo! hari ini…Ameerah Asha Azizan, berusia 17 tahun, merancang penculikan dirinya sendiri dan menuntut wang tebusan sebanyak RM50,000 daripada keluarganya..perancangan licik itu dilakukan bersama teman lelakinya, warga Nigeria yang merupakan seorang penganggur..alahai..

Tak pasal-pasal kene tahan dan disiasat dibwah Seksyen 684 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut..orang yang diugut tidak lain tidak bukan, ibu bapa sendiri..pada hal, kedua-dua orang tuanya menyangka Ameerah hilang dan melarikan diri..

Ini bukan kes yang pertama..malah ada yang mirip modus operandinya seperti kes ini..apa sangat kemaruk dengan warga asing nih..hairan aku..gadis kita pun mudah sangat nak percaya pada orang..pihak berkuasa perlu lebih kerap pantau kelibat gang-gang gelap ini..memang mereka sangat licik..

Cabuk kata: Dunia, dunia..

 

 

 

Pelakon, Beny atau Khaeryll Benjamin Ibrahim, bernasib baik apabila dikenakan hukuman denda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret selepas disabitkan bersalah atas satu tuduhan memiliki syabu seberat 0.24 gram di kediamannya pada Mac tahun lalu.

Memang Tuhan sayang pada umat dia..beri peluang kedua untuk berubah..

Tapi..bagi aku, yang paling menarik adalah mengenai berat badan Benjy yang bertambah meskipun berdepan dengan situasi tertekan apabila didakwa untuk kes yang berat..

Kata ibunya, Azean Irdawaty: Dia bukan berisi kerana sihat tetapi disebabkan ubat steroid yang diberikan kepadanya kerana penyakit asma..

Cabuk kata: WOW…

Advertisements

Aku dan Budak 3 Tahun Naik Bas

Budak 3 tahun naik bas..menggeletar tubuh aku bila dengar Timbalan ketua Polis Daerah Cheras, Supt. Abd. Rahim Hamzah Othman memaklumkan mengenai perkara itu..macam cerita filem pulak bila fikir-fikir balik..ada filem yang entah apa tajuknya mengisahkan seorang bayi yang merangkak sekeliling kota lari daripada penculik yang menculiknya sampai ke tapak pembinaan..

Ini bukan cobaan, ini betul-betul..Mohd. Amin Rozi, 3, masih lagi menyusu dengan botol, berani meninggalkan atukya, Hashim Ali, yang tertidur selepas mencuci kereta di Flat Seri Sabah untuk menaiki bas sebelum dijumpai oleh seorang pekerja hotel, Nurasyikin Ruji..

Mujurlah Amin ditemui oleh Nurasyikin yang sangat prihatin dengan kewujudan seorang kanak-kanak kecil tanpa kelibat penjaganya..kalau tidak, alamatnya, padah menanti kanak-kanak itu yang berkemungkinan menjadi mangsa penculikan seterusnya..

Rasa lega bila dapat tahu masih ada lagi warga negara kita yang sangat celik mata menilai sesuatu yang boleh mendatangkan curiga pada pandangan mata..meskipun difahamkan Amin menaiki bas secara kebetulan bersama-sama remaja yang lain, sereberum penumpang termasuk pemandu bas sepatutnya boleh menganalisa situasi itu dengan lebih teliti..sayangnya, ia tidak berlaku..dan hidayah itu turun kepada Nurasyikin sahaja..

Dalam hal ini, nyata kecuaian berlaku di pihak Hashim..apakan daya, kudrat tua warga veteran itu terhad..sampai masa, ia pasti terhad..tambah pula sikap hiperaktif Amin yang tidak mengenali erti takut..namun, ia bukan satu kesalahan yang boleh dituding jari begitu saja..kita mungkin boleh menutur sesuka hati menyalahkan orang namun cerita di sebaliknya, siapa yang tahu..

Untuk Nurasyikin, sekalung penghargaan dan tahniah kerana menjadi warga yang prihatin malah tidak keterlaluan boleh dikatakan busy body..biarlah kita berpada-pada menjaga tepi kain orang daripada menjadi kera sumbang yang bodoh tidak dapat diajar..

Seketika, sereberum aku teringat pada kedua-dua puteri aku, Dania Qistin dan Damia Qismina..akan tiba mereka berdua pada usia itu dan keletah-keletah yang tidak disedari boleh menjurus kepada sesuatu yang di luar jangkaan..harap-harap jantung aku tak gugur nak hadap perangai kedua-dua puteri ini..

ps: agak lama aku tak mendapat pujian mengenai story yang aku buat..hari itu, bos aku sangat suka dengan corak penulisan aku dan memujinya..terima kasih bos..

Aku dan Yin

105656759l

Teringat aku kat budak bertuah sorang nih bila aku belek gambar-gambar lama..Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau lebih dikenali sebagai Yin..kisah yang pernah menggemparkan negara satu ketika dulu..selepas itu, baru terturutan kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak seperti Nurin (kes masih dalam siasatan polis) termasuk Sharlinie yang sehingga hari ini masih tidak dapat dikesan..

Sedikit kronologi mengenai Yin..

31 Mac:

2.00 petang – Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin hilang ketika bapanya sedang mencuba pakaian di bilik persalinan di Kompleks Membeli-Belah Sogo, Kuala Lumpur. Ketika itu, ibunya sedang mengawasi adiknya, Mohd. Nazmi, 4.

2 April:

Keluarga membuat laporan polis di Damansara mengenai kehilangan Yin .

6 April:

MCA tawarkan RM2,000 kepada sesiapa yang menemui atau beri maklumat mengenai Yin .

7 April:

*Pencarian oleh ibu bapa dan sanak saudara serta sahabat handai keluarga Yin di sekitar ibu negara terutama Kampung Baru, Keramat dan Ampang.

*Persatuan Pengguna Islam Malaysia tawar ganjaran RM2,000

8 April:

* Bapa Yin sedih kerana banyak panggilan dan SMS palsu diterima sehingga menyukarkan pencarian.

*Jumlah ganjaran meningkat kepada RM15,000. Tambahan RM6,000 daripada seorang usahawan, Sufian Kasim, 40, dari ibu negara manakala Rahimuddin Md. Harun, juga usahawan, dari Port Dickson menjanjikan RM5,000.

* Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan MCA, Datuk Micheal Chong terima panggilan misteri memberitahu mengenai Yin .

9 April:

* Kegembiraan Shamsul Ghazali mengenai khabar penemuan anaknya di Imigresen Putrajaya cuma seketika apabila kanak-kanak itu cuma seiras anak sulungnya itu.

* Pengurusan Kompleks Membeli-Belah Sogo menafikan kelemahan kawalan keselamatannya sehingga menyebabkan Yin hilang.

10 April:

Kehilangan Yin yang masuk hari ke-11 mula dikaitkan dengan sindiket menggunakan kanak-kanak sebagai pengemis.

11 April:

Seorang wanita bernama Yati mendakwa dia mendapat maklumat Yin ada bersama empat lelaki di Tumpat, Kelantan dan akan dibawa ke Myanmar dalam masa terdekat.

12 April:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan polis Kelantan mengedarkan poster Yin ekoran maklumat bahawa kanak-kanak itu ditemui di Tumpat. Polis Malaysia juga akan bekerjasama dengan polis Thailand untuk mengesan Yin .

13 April:

Ibu Yin merayu supaya tidak perlu ditambah ganjaran kerana bimbang anaknya itu akan hanya dipulangkan apabila wang ganjaran semakin banyak.

14 April:

* 2.00 petang – Bapa Yin dihubungi seorang lelaki yang memberitahu mengenai Yin ada di Sentul Pasar, Kuala Lumpur. Ketika itu beliau berada di Ipoh. Beliau mengesahkan kanak-kanak itu sebagai Yin selepas menyuruh lelaki itu meminta Yin menyanyikan sebuah lagi yang anaknya selalu nyanyikan. Beliau kemudian berkejar ke Kuala Lumpur.

* 6 petang – Yin diserahkan oleh lelaki berkenaan kepada bapanya di Balai Polis Dang Wangi.

tragik bukan..paling tragik sekali apabila kemunculan watak Noor Shida Nur Islam dan suaminya, Abdul Rahman Ali Rahman, pasangan Myanmar yang penuh misteri.macam-macam orang sebut pasal pasangan ini..

Paling aku nak gelak apabila ada orang-orang marahkan mak bapak yang tidak mengenang jasa sebab marahkan pasangan Myanmar ini yang dikatakan menggunakan Yin untuk tujuan mengemis..hahahahahaaaa…terpacul ayat-ayat tak menyenangkan daripada mak bapak Yin bila dilatah oleh soalan..kelakar betul aku kenangkan orang-orang yang tak tahu selok belok surat khabar..

Gambar di atas diambil ketika Yin sekeluarga mengunjungi pejabat tempat aku bekerja..secara EKSKLUSIF bersama aku dengan anak buah aku, Norlida Akmar Idros..hehehe..jangan marah ye..memang ligat Yin ni..bagi saja pen, kertas, memang habis dia conteng..

Apa-apa pun aku bersyukur Yin dapat ditemui..harap-harap kes yang lain tuh yang masih tertunda, cepat-cepat lah selesai..Amin..

Advertisements