Posts Tagged ‘ penunggu ’

Aku, Zikir dan Ayat al-Quran

klt000018633

 

 

“Individu yang dirasuk atau histeria tidak dapat dirawat hanya dengan membacakan zikir atau ayat al-Quran sebagai kaedah utama. Ikhtiar lain perlu disertakan” – pakar terapi minda Aura Syifa’ dari Bandung, Indonesia, Rachmat Setiawan.

———————————————————————————————

Aku sebenarnya agak tertarik dengan kenyataan individu ini seperti yang tertera pada artikel di Kosmo! hasil penulisan Hamzah Abdul Hamid..aku baca sampai habis artikel ini..

Berfikir aku..lama juga..nak dapat tangkap apa disebalik ayat-ayat diatas..apa yang cuba nak disampaikan oleh Rachmat..

Rachmat ini nampak gaya ye (seperti yang ditulis) tergolong dalam pakar ilmu hipnosis, kaedahnya terapi minda..caranya, dia akan membimbing pesakit untuk melawan segala bentuk gangguan makhluk halus atau sebarang sakit yang dihadapi..

Salah seroang rakannya, Noor Azizan Abdul Majid juga ada berkata, bacaan zikir dan ayat-ayat suci tidak dapat diproses oleh seseorang pesakit yang terlalu hanyut dibawa emosi akibat pengaruh ‘entiti’ tersebut.

“Ayat-ayat suci al-Quran bersifat preventif sebelum berlakunya sebarang kecelaruan jiwa yang mungkin disebabkan oleh gangguan entiti,” kata Noor Azizan

Betul apa yang dimaklumkan oleh Rachmat dan Noor Azizan..malah, melalui kaedah zikir dan ayat al-Quran, benda yang sama juga dilakukan..

Sebelum terkena, manusia perlu mendampingi al-Quran..rajin bertasbih, berzikir, bertahmid..mudah kata, macam pendinding diri..

Selepas terkena, benda yang sama juga perlu dilakukan..selain keperluan untuk pendinding diri, ia juga akan bertindak sebagai terapi minda..jiwa jadi lebih tenang, yakin, tabah, sabar, berani..dekat diri dengan agama, ingat Tuhan selalu, takkan jiwa dan minda boleh jadi serabut..melainkan buat cara salah la..

Aku pernah lihat Expose Mistik di Astro..ada satu kes di Kedah kalau tak silap..mangsanya, remaja perempuan yang ‘terkena’..entiti itu melalui  dialog dengan orang yang mengubat gadis ini katanya, sukar untuk menguasai sepenuhnya remaja itu..tau apa sebabnya..remaja ini suka sangat membaca al-Quran..mudah kata, selepas berjaya disembuhkan, orang yang tukang mengubat gadis ini menyuruh dia jangan tinggalkan amalan tersebut..

Bagi sesiapa yang pernah terkena, satu ‘lubang’ akan tertinggal pada jasad..iblis dan syaitan atau makhluk-makhluk lain yang sama jahat akan memasuki lubang yang sama jika mahu melakukan perkara yang jahat..

cara untuk menutup atau menghalang daripada ‘terkena’ semula, Zikir dan al-Quran adalah teman seumur hidup..amalkan…nasihat ini pernah diberikan oleh Ustaz Rashid kepada aku..dulunya dia pegawai agama Penjara Kajang..yang juga salah seorang anak buah Profesor Harun Din dari Darul Syifa’…

Aku tidak berniat untuk mempersoalkan kaedah rawatan pakar di atas..biar dia dengan cara dia..aku tetap hormat dia..tiada salah apa yang dia cubat lakukan..

Cabuk hanya berkongsi idea saja..

Advertisements