Posts Tagged ‘ Perkahwinan ’

Aku dan Ulang Tahun Perkahwinan 13 Julai 2014

wed1

 

Nama dia, Norhayati Kamaruddin ** panggilannya Baby ** dia isteri ku ** dulu tanggal 13 Julai 2007, dia aku nikahi ** sah ** bukan di Nara, Pattani, Yala tapi di Kajang, Selangor ** Aku bahagia punya dia

 

 

wed

 

Dia bersahaja ** Suka dimanja ** kadang-kadang terlebih gila daripada aku sendiri ** dan tembam

 

 

2014-02-23 14.28.19

 

Dia punya darah Cina ** tapi pelik mata aku pula yang sepet ** sekarang suri rumah tangga ** Dia berjaya naikkan berat badan aku termasuk berat dia sendiri

 

 

2014-03-25 12.01.28

 

Dengan dia, syukur dikurnia tiga cahaya mata ** Dania Qistin, Damia Qismina dan Daniyal Qhashaf ** Semua DQ, angkara dan rencana dia ** Ikut sahaja, tak perlu banyak bicara, janji aku suka

 

Hari ini ** Sudah pasti hari Ulang tahun perkahwinan ** Itu pun mahu tanya

** Moga terus menerus bahagia ** Moga sampai hujung nyawa dapat kemas kini blog untuk tarikh ini ** Apa lagi yang dimahukan selain bahagia ** Harus bersyukur dengan apa yang ada ** Bimbang ditarik nanti tak terkata apa-apa ** Panjatkan doa (bukan di sini, ini hanya tulisan saja) aku habis usia bersama dia..

 

Dia ** Isteriku

Aku dan Ulang Tahun

04072009181

 

Memang orang Islam mudah lupa termasuk..hal-hal dunia di Manek Urai ni buat aku lupa…juga terlupa sesuatu tentang dunia..

Kasihan Manek Urai, kau juga aku persalahkan..

Hari ini genap dua tahun aku mengahwini isteri aku, Norhayati Kamaruddin dengan sah..dua tahun lalu aku diijab kabulkan di Masjid (lama) Kompleks Penjara Kajang, Sungai Jelok. dengan dua kali lafaz, aku sah menjadi suami..

Selepas 9 bulan, aku dikurniakan cahaya mata, puteri permata, Dania Qistin, menjadi teman aku seiisi keluarga.

Tak lama ini pula, Insyallah, zuriat kedua bakal dilahirkan…tambah satu lagi ahli keluarga aku..

Rapat syukur (macam TPM nak mulal berucap la) aku kepada Tuhan atas kekuatan yang diberikan untuk aku melayari kehidupan sebagai suami dan ketua keluarga..

Segala asam garam perkahwinan (setakat ini) telah aku tempuh..asam, aku rasa masam..garam, aku rasa masin..biarpun perit, aku syukur diberi peluang untuk merasainya..jika tidak, pasti aku terus bodoh dan bingai dalam menghadapi masalah…

Buat isteri tercinta, yang aku panggil baby..aku cukup sayang padanya..biarpun ada manusia bertopengkan syaitan cuba memisahkan kita, percayalah..aku guna kudrat ‘Tuhan’ untuk menghalang..

 

03072009164

buat Dania, papa sentiasa ada untuk kamu..sebab itu aku dicipta..

Buat adik yang bakal tengok papa, segala yang buruk papa, jangan dicontohi..yang baik, diteladani..

 

09072009561

 

Aku, sayang semua…