Posts Tagged ‘ pilihan raya kecil ’

Aku dan Mesej Teluk Intan

 teluk-intan-nomination
Malaysia Gazette/Mesej Teluk Intan/Terjemahan dari akhbar China Press
WALAUPUN Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pernah menyatakan bahawa Dyana Sofya Mohd. Daud. berada dalam keadaan cemas, namun kebanyakan orang tetap berpendapat dia berpeluang besar untuk menang terutamanya kerana mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat.
 Apa yang di luar jangkaan ialah lelaki matang berumur 53 tahun dari Gerakan akhirnya menewaskan calon jelita berumur 27 tahun dari DAP dengan majoriti 238 undi.
 Selepas berita kekalahan tersebar, lebih seribu orang penyokong yang berada di bilik gerakan DAP menitiskan air mata, ramai penyokong di luar Teluk Intan turut sebak. Ada yang berkali-kali tanya, “betul ke?”
 Punca kekalahan Dyana ada tiga, pertama ialah tahap penerimaan politik masyarakat majmuk belum matang terutamanya di kawasan seperti Teluk Intan yang merupakan campuran bandar dengan luar bandar.
 DAP dengan berani menghantar calon Melayu, namun tahap penerimaan di kalangan pengundi Melayu adalah tidak baik.
 Faktor kedua ialah sebahagian kecil pengundi Cina dan sebahagian besar pengundi India telah kembali kepada Barisan Nasional (BN). Keadaan ini menghakis sokongan yang diterima DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 Faktor ketiga, imej perpaduan DAP dalam PRU-13 telah hilang. Sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lagi, sudah tersebar mengenai konflik dalaman DAP.
 Isteri kepada mendiang Siah Leong Peng mendedahkan ada orang yang mendesak jawatan sebelum kematian wakil rakyat itu.
 Tambahan pula, isu keahlian ibu Dyana dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menunjukkan Dyana kekurangan integriti ketika mengurus isu ini.
 Kejayaan Datuk Mah Siew Keong juga ada tida faktor. Pertama sekali, PRK berlainan dengan PRU kerana PRK tidak boleh mengubah apa-apa.
  Jika Siew Keong menang pula, seorang menteri dari Teluk Intan akan diwujudkan dan bakal membawa pembangunan ke situ.
 Faktor kedua, disebabkan DAP menghantar wakil keturunan Melayu, ia menyebabkan UMNO amat menitik berat pertarungan ini.
 Jentera Teluk Intan diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri dan beliau sanggup menjelajah jauh ke perkampungan Orang Asli yang hanya mempunyai 200 undi.
 Mengukuhkan undi Melayu dan menarik undi India, UMNO menjadi penyumbang kepada kejayaan di Teluk Intan.
 Faktor ketiga, Siew Keong ‘menyerang’ isu tempatan dan jarang menyentuh isu nasional. Isu seperti lebuh raya, kemudahan pengkebumian, tambak sungai dan pendidikan Cina telah dibangkitkan. Beliau mendapat sokongan pemimpin pertubuhan Cina.
 Kempen orang Teluk Intan mengundi orang Teluk Intan juga berjaya menarik sebahagian undi Cina.
 Keputusan PRK Teluk Intan membawa tiga mesej penting. Pertama, undi Cina bukan deposit untuk DAP. Mereka wajar mendengar suara pengundi sebelum menetapkan calon.
 Kedua, sebahagian pengundi Cina mula mempertimbangkan semula BN. Mereka berpendapat emosi tinggi sebelum ini sudah berlalu, kini ialah masa untuk menilai pendekatan politilk yang baharu.
 Ketiga, walaupun penyokong pembangkang berjerit-jerit dalam alam maya, namun ‘kesunyian majoriti’ telah menjadi kekuatan dalam dunia realiti.
 Mereka mungkin berdiam diri dan tidak meluahkan perasaan di Internet, namun bersenyap tidak bermakna mereka tidak berpendirian. Mereka menggunakan undi untuk sampaikan mesej kepada Pakatan Rakyat.
Cabuk: Mentah lagi nak bikin analisis.baca pandai.jenuh berfikir

Aku, P.Kamalanathan dan 1Malaysia

Aku kira ini antara yang boleh bikin aku geli hati sepanjang hari..

Nama Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, mencerminkan konsep 1Malaysia

Kamal (Melayu), Alan (Cina), Nathan (India)…nampak majmuk..tiga kaum terbesar di Malaysia…

Walaupun tak berguling-guling aku gelak tapi ia cukup geli hati…kira hebat juga kepada siapa-siapa yang boleh keluar dengan idea begini..segenius Tuan Muda..

Aku dan Manek Urai II

08072009191

(Aku di pusat media a.k.a Pusat Operasi Barisan Nasional)

Selepas aku diasak bertubi-tubi oleh wanfai paradoks, maka terpaksa aku curi masa untuk update blog…gila weii buat pilihan raya kecil nih..amik ko Cabuk, baru ko rasa..

Takdak cerita sebenarnya nak dikhabarkan tetapi kalau nak nak menulis pasti ada isinya…

Masuk hari ke-3 aku bertugas di  Manek Urai…agak keletihan terkejar sana-sini..tapi kan, simpati aku dengan peluh yang mengalir, tak beri peluang langsung ‘hasil’ aku untuk dipakai..lantak lah, biarkan..

Seronok sebenarnya dapat cover event besar macam nih..sebab ramai gang-gang lama dapat jumpa balik…terutamanya yang datang dari HQ untuk bertugas di sini..jadinya, ramai ‘clan’ KL yang datang berkampung di sini..

Cumanya, aku dan rakan-rakan media di Kelantan agak ‘terguris’ hati, kecewa, ada juga rasa nak penyepak dengan segelintir ‘clan’ KL ini..macam tak pernah nak buat liputan..semua benda nak buat, semua benda cepat..

Hari pertama ketik penamaan calon, dah ada ‘clan’ yang buat onar sehingga menimbulkan kemarahan manusia seperti aku..sikap tak profesional, tak bekerjasama, tak sehati sejiwa jelas ditunjukkan..

contohnya, kalau nak buat sidang media, jangan main pakai jolok..kalau boleh, tunggu la kawan-kawan..jangan nak menggelupur tak tentu pasal..bukankah semua kerja macam kita nih boleh disempurnakan dengan cantik, cun, dan baik..sekali kau buat, orang tak kisah..tapi bila diulang, wanfai pun boleh jadi marah…

apa-apa pun, ia hanya sekadar cerita picisan saja..kepada clan yang lain, memang marvelous…mudah cara..senang cerita..aku pun suka..

panjang lagi ‘hari’ kita nih…jangan nak kejar sangat, takut nanti ada yang tak terkejar..ingat..masuk kandang kambing, kita mengembek, masuk kandang rimau, mengaum..

Selamat bertugas kawan-kawan..

Aku dan Manek Urai

05072009185

 

Pusat operasi ‘aku’ di sana..

 

05072009186

Tempat tidur aku merangkap tempat kerja..

Mula sudah cabuk beroperasi di Manek Urai..entah..aku sendiri tak tahu apa nak buat kat sini..

Cabuk teringat Mama..rindu Dania..aduh..

 

Aku dan Drama

Aduh..rasa nak bergaduh aku try connect internet…dari ruang tamu membawa ke dalam bilik..keluar balik..nak mencari signal..

aku beriya-riya sangat nak masuk entry nih..mungkin ada sebab..rasa macam kurang senang..rasa macam tak best..

Banyak drama meleret-leret sekarang..sampai naik muak nak tengok..nak dengar pun malas..jalan cerita tak menarik..skrip pun lemah..alahai..letih la..

1) Drama bertajuk – Aku suka-suka bertanding, suka-suka letak jawatan

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan mahu letak jawatan..alasannya, kecewa tidak dapat berkhidmat pada rakyat sejak dipilih kerana dirinya masih terkurung dalam tahanan ISA sejak 13 Disember lalu..Manoharan yang bertanding atas tiket DAP menang di kawasan tersebut dengan majoriti 7,184..

Ini drama apa..dah banyak sangat..tak habis-habis..naik jelak pula aku..bukan sebab kau geng pembangkang tapi perangai yang tak semenggah nih..masa kau bertanding, pernah tak kau berfikir seperti sekarang..

Senang-senang nak letak jawatan..ni dah mempermainkan harapan pengundi yang memangkah pada pilihan raya lepas..lepas jawatan, lepas tuh siapa pula nak naik..membazir duit la nak buat pilihan raya kecil..budak kecil pun boleh fikir benda nih..

 

2) Drama bertajuk – Aku ada kuasa, Apa saja boleh buat

Konsert Akademi Fantasia yang lepas, Tiara buat kejutan dengan menggunakan kuasa Pengetuanya dengan membawa masuk semula pelajar yang sudah tersingkir, Aisha dan Claudia..drama bermula selepas pengumuman dibuat oleh AC Mizal..aduh..ini lagi satu..langsung melompatlah orang kampung tengok satu lagi kezutan dalan AF…nanti belakang tabir AF pula bila jawab soalan media, kita tak tahu Tiara nak buat macam itu..

aku bukan minat sangat AF ni, cuma saja-saja tengok sebab orang rumah dah tarik muncung bila aku tukar chanel..kenapa skrip drama AF ini macam dah boleh baca..

Aku nak mahu berfikir secara relevan kenapa tindakan itu dibuat..apa yang istimewanya Aisha dan Claudia dilayan sedemikian..tidak pula Aril yang tersingkir pada minggu lalu yang kononnya dianggap sebagai bintang baru AF..kenapa baru minggu itu afmasuk itu dibuat..atau sebenarnya Tiara tidak boleh terima penyingkiran dua pelajar sekaligus..tapi pun ia bukan kali pertama..

Inikah tranformasi yang mahu ditonjolkan dalam AF7 kali ini..Pengetua ada kuasa untuk tentukan keputusan..yelah, seperti ada satu minggu, tenaga pengajar boleh membalas kritikan pedas pengkritik kepada pelajar..alahai cabuk..

Kalau begini nak mencari penghibur, aku tak nampak lah jalan ye..

 

Bosan bukan drama sekarang..letih saja..rugi bayar bil elektrik…