Posts Tagged ‘ PRU 13 ’

Aku dan Pasca PRU-13

Dah lebih 48 jam tamatnya pertarungan hebat dalam Pilihan Raya Umum ke-13..itu pun masih ada lagi yang heboh nak bercakap macam-macam..yang bijak,nampak tersusun segala fakta..yang kurang cerdik,bercakap mengalahkan yang bijak..asal boleh saja terima akal langsung diangkat jadi fakta..

Keputusan kali ini adalah Barisan Nasional hanya berjaya menubuhkan kerajaan melalui majoriti mudah,tidak mendapat dua pertiga malahan keputusan yang dicapai oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih buruk daripada keputusan PRU-12 pada tahun 2008.ketika itu BN diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi..selain itu BN juga kehilangan beberapa kerusi parlimen yang dimenangi sebelum ini seperti Batu Pahat dan beberapa lagi di Sarawak.

Bonus dalam kegagalan ini adalah BN berjaya merampas semula Kedah yang sebelum ini dikuasai oleh pakatan pembangkang.

Pakatan rakyat pula dilihat lebih berjaya dengan penambahan 7 kerusi parlimen selain berjaya menambah beberapa buah kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri tertentu seperti Selangor,Terengganu dan Negeri Sembilan.

Kalau dulu pada 2008 dikatakan tsunami politik, kali ini pula dikatakan tsunami politik kaum Cina..mula dah heboh orang bercakap sana sini..yang nak menegak benang yang basah pun ada,yang buta fakta pun ada,yang tukang angguk saja pun tak terkecuali..

Bukan nak kata aku ini bijak dalam politik tapi aku bercakap atas perkara yang aku tau saja..janganlah ada pula nak menafikan apa yang sedang berlaku di sekeliling..bagi sesetengah orang mungkin nampak kabur tapi lama kelamaan ia akan menjadi semakin jelas..

Apa yang Utusan Malaysia dan Kosmo papar pada muka surat hadapan itu ada kebenarannya..mungkin nampak macam perkauman tapi itu hakikatnya..hairan aku..pada yang mungkin tak tahu,surat khabar cina dah lama main sentimen perkauman sejak tarikh pembubaran parlimen dan tarikh PRU-13 belum dimuktamadkan.maknanya apa ayat aku sebelum ini.selepas saja pilihan raya 2008,akhbar cina dah mula main sentimen perkauman..memandangkan kita tak baca surat khabar cina dan tak faham,jadi takda siapa yang sedar,nak ambil tahu..baru Utusan dan Kosmo jentik,dah mula menyalak macam anjing kelaparan..itu yang dikatakan cukup matang..boleh marah,tak salah tapi biar pada tempatnya.buatlah analisis bermacam-macam untuk menafikannya tetapi jelas itu adalah hakikatnya..

Aku bercakap dalam bahasa yang mudah untuk tutup pasca PRU-13 ini..Kerajaan perpaduan melibatkan UMNO dan PAS boleh bentuk untuk kukuhkan semula kuasa orang Melayu.cukup-cukuplah bergaduh,takda kesudahannya..masing-masing kena sedar yang masing-masing pun bukan maksum..jangan nak tuding jari dosa orang nanti terpalit diri sendiri balik..pandangan aku yang penting perlembagaan penjajah perlu diubah..sistem Malaysia dah teruk sangat..semangat perpaduan dah mula hancur..keharmonian zaman sekarang sudah mula tergugat..tak salah kalau boleh semeja dan bertoleransi dengan kaum lain asalkan penghormatan itu ada..jangan sampai kaduk naik junjung..

Tahun 1999 orang baru nak celik mata pasal buruk kerajaan walhal benda dah lama jadi kanser..tahun 1999 dan 2004 undi mula Melayu pecah.orang tak sedar taktik persempadan semula kawasan pengundi akhirnya makan tuan..cina mula tunjuk taring taring even Tun Dr. Mahathir yang hebat dan ditakuti cina, pun terpaksa turut kehendak kaum minoriti itu..2008 yang cina asalnya menurut mula muak termasuk Melayu pun sama hasilkan tsunami..dan 2013 paten yg sama diulang..

Lebih buruk lagi lepas 2008 sehingga menjelang PRU-13 ramai pulak yang bijak pandai bercakap pasal politik tiba-tiba muncul.konon ambil berat pasal negara..inilah perangai yang cukup aku pelik.yang baru kerja kerajaan,baru tau buruk sikit,dah mula tunjuk pandai.yang tak habis belajar,terikut sangat,mengaji kat internet berlagak pulak berpidato macam ahli politik..yang diberi peluang untuk menulis politik,terlalu ekstrim dan menyokong membabi buta..hanya disogok dengan propaganda,mula melalak sampai hilang pedoman..hanya disumbat gula-gula,mula hilang pahit kepayahan..setakat menyarung segak kot belum tentu anda bijak..setakat berkopiah berserban belum tentu anda ulamak..jangan taksub dengan sebelah pihak kalau tak tahu hujung pangkal..jangan fikir diri sendiri pejuang kalau belum ketemu erti perjuangan sebenar..mata tak pernah pedih kena gas pemedih mata,simpan lah sembang hebat.kalau tak rasa perit duduk di bawah,merasa susah,jangan lantang berjuang demi rakyat..bukan nak takbur,aku bersyukur kerana Tuhan beri peluang untuk dedahkan diri aku kepada politik sejak umur masih lagi hijau..pilihan raya umum 1990 itu permulaan..aku mula belajar politik dari akar umbi sehingga ke atasan..mudah cakap,aku lebih suka memerhati daripada cenderung kepada mana-mana parti.aku mengaku pernah jadi jentera dua parti yang berbeza ketika umur masih setahun jagung tapi itu adalah pengalaman berharga yang aku kutip..berkawan baik dengan mana-mana orang,tak kira UMNO,PAS,PKR,MCA,DAP termasuk Sabah Sarawak cukup mematangkan aku dalam politik..dan aku tak pernah berhenti belajar sehingga sekarang..

Pada hal,sistem yang rosak termasuk orang dalam sistem sendiri..buatlah apa-apa pun sampai kiamat takdalah berubah.ingat kalau tukar kerajaan boleh berubah sekelip mata, pada hal orang dalam sistem politik berlingkar dalam bulatan yang sama.biarlah tegak dengan sistem sendiri..Islam itu biar sebati, bukan semata-mata percakapan ataupun perbuatan..semangat kenegaraan biar jitu bukan jadi sumpah-sumpah atau talam dua muka..tak salah bangga dengan bangsa sebab ia juga jati diri..

Yang diberi amanah, pikul galas beban dengan baik dan saksama..jangan alpa tenggelam dek ringgit dan kuasa..yang berjuang,terus berjuang kerana ia tidak pernah berakhir selagi sangkalala belum berbunyi..jangan mengejar dunia,rakus mata dan gelojoh nafsu sehingga membelakang makna perjuangan..

Advertisements

Aku dan Tali No. 6 (Cerut Carut PRU-13)

Terima kasih kepada Mynewshub kerana berkongsi sesuatu yang aku rasa bermakna untuk dijadikan renungan bersama ketika ini.

Kewujudan filem pendek berjudul Tali No. 6 ini bertepatan dengan mood ketika ini, Pilihan Raya Umum ke-13 negara kita yang dianggap sebagai ibu kepada segala pilihan raya.

Pertembungan ideologi politik, taburan janji dan butiran manifesto menjadi senjata utama. Tak lupa juga disuburkan dengan menyerang peribadi untuk meraih undi dan political mileage.

Garapan Khir Rahman yang boleh aku anggap bijak, ringkas dan mudah difahami oleh semua..lakonan bersahaja Pekin, Sofi Jikkan dan Danny Zilong menjadikan filem pendek dalam durasi 21 minit ini mampu memberi ‘kempen’ baharu kepada masyarakat yang masih buta mengenai padang politik.

Watak  adik Najmi Nafis, pada permulaan filem ini mungkin dianggap hanya sebagai penghias namun impaknya mula terkesan di penghujung.

Bagi yang tidak memahami mengenai kenapa tajuk itu dipilih, maka sah belum cukup matang lagi dengan apa yang berlaku di sekeliling.

Jadi lebih elok kalau aku nasihatkan, berhenti bercerita mengenai politik.

Untuk diri aku, babak-babak dan dialog yang cukup buat aku terkesan adalah, ” Dalam nak menyelesaikan masalah, sama sesakali jangan buat satu lagi masalah. Nak menyelesaikan masalah, biar dari dalam.”
Secara sendiri, bait-bait ayat itu menyedarkan aku dan dalam pada yang sama kepada pelayar blog Cabuk, mungkin manfaat boleh diserap bersama..
” Dalam nak menyelesaikan masalah, sama sesakali jangan buat satu lagi masalah. Nak menyelesaikan masalah, biar dari dalam.”

Aku dan Tugasan Baru

Assalammualaikum…

Lama sudah dibiarkan cabuk ini bersawang..mahu menulis cuma tidak berkesempatan..banyak yang mahu dikongsi, diulas, tapi masa yang terbatas..

Sedang mengusahakan tugasan baru yang diamanahkan..selepas tamat projek sebelum ini, beralih pula kepada yang lain..dalam dimensi yang sama cuma olahan, pendekatan dan padang yang berbeza..

Kali pertama diberi peluang untuk membuat analisis secara rasmi..diterbit untuk tatapan semua..bakal dinilai oleh orang-orang hebat dalam lapangan itu..

Buah tangan itu akan dapat dilihat sejurus selepas Parlimen dibubarkan..paluan kompang Pilihan Raya Umum ke-13 mula berdendang dengan rasmi..

Adakah ia Radar atau Perspektif atau Majoriti..

Aku dan PRU 13: Kita Semua pikul beban

A. Kadir Jasin – PRU: Kita semua pikul beban

 

Artikel di bawah merupakan tampalan yang aku dapat dari blog di atas..menarik..buat mereka yang belum celik mata..

 

SAYA tertarik dengan ulasan pembahas ZMS dalam tampalan lalu (Dr Mahathir: Umno Belum Giat Berusaha) yang, antara lain, berbunyi:

“1.Saya rasa Najib terlalu obsess dengan akronim-akronim, mungkin untuk menunjukkan kelainnya dengan PM-PM yang lalu dari segi stail pengurusannya.

2.Belum sempat orang ramai dapat memahami dan menghayati sesuatu akronim yang sedia ada, beliau akan keluar dengan satu yang baru. Ada kalanya kita pun naik letih dibuatnya.”

Saya rasa, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, bukan saja perlu mempertahankan akronim ciptaan beliau, tetapi beliau juga terpaksa mempertahankan dasar, projek dan pencapaian BN dulu dan sekarang. Itu belum diambil kira beban sampingan dalam pelbagai bentuk.

Ibarat kata, Presiden Mubarak, Abdul Aziz Abdul Rahman (Datuk Seri), pemimpin Umno kenalah juga singkir imej kaca mata hitam, kereta cermin gelap dan berbaju linen.

Ikhlas cakap, saya meluat sungguh dengan gelagat macam itu. Saya pernah melihat seorang (bukan besar mana pun) Setiausaha Politik kepada seorang Menteri Umno turun kereta bercermin hitam legam, pakai baju linen keras terpacak, telefon bimbit di telinga dan berjalan lurus tidak pandang kiri atau kanan walhal dia ku pusat beli-belah.

Adakah perlu Setiausaha Politik pakai kereta cermin hitam dengan papan tanda “Setiausaha Politik”?

Tapi ada Setpol yang low profile dan tak berlagak, apatah lagi sombong.

Beban Perdana Menteri jauh lebih berat daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Kerja Ketua Pembangkang, nombor satu bangkang dan nombor dua tabur janji akan reformasikan negara bila berjaya ke Putrajaya.

Janji Putrajaya dan ubah segala-galanya adalah mantera beliau sambil cari perlindungan daripada apa saja tuduhan dan beban, termasuk 16 tahun dalam Umno/BN, di sebalik tabir konspirasi.

Apa saja yang membebankan beliau atau tidak positif kepada beliau adalah konspirasi. Kalau Mohd Najib seronok dengan akronim, Anwar bijak dengan label – kronisme, nepotisme, reformasi, konspirasi dan macam-macam lagi.

Soalnya, adakah serangan kedua beliau ke atas Putrajaya semudah itu? Generasi pasca-pemecatan (1998) mungkin tidak tahu Anwar lama dan sebenarnya. Mereka hanya kenal Anwar baru – Anwar “mangsa” konspirasi dan penyelamat generasi.

Tetapi generasi-generasi pra-pemecatan lebih kenal dengan beliau daripada zaman PBMUM kepada Abim, Yayasan Anda, Pemuda Umno dan pakaian berjenama dari Paris dan Milan.

Lim Kit Siang pun tidak begitu susah. Boleh bercita-cita tinggi dan bercakap besar asalkan berjaya pertahankan Pulau Pinang untuk 30 tahun akan datang macam Gerakan pertahankan Pulau Pinang. Yang lain itu bonus.

Yang mungkin rugi besar adalah Pas. Tersepit di antara liberalisme PKR dan sekularisme DAP, Pas mungkin hilang jati diri sebagai parti berlandaskan Islam.

Apakah akan jadi kepada Pas – adakah ia kekal memperjuangkan cita-cita, aspirasi dan idealisme Islamnya atau bertolak ansur antara liberalisme PKR dan sekularisme DAP demi kuasa politik?

Adalah boleh dan patut bagi Pas terus menjadi biola ketiga – the third fiddle – dalam Pakatan Rakyat dengan mengikut rentak irama PKR dan DAP, sedangkan semua orang tahu majoriti pengundi Melayu yang memangkah PKR dan DAP adalah ahli dan penyokong Pas?

Keputusan pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak jelas menunjukkan yang momentum pilihan raya umum 2008 masih berterusan. Walaupun BN dan Pakatan Rakyat menang sama banyak kerusi dalam PRK, tetapi di peringkat Parlimen, PR mendahului 4:2.

Pilihan raya Sarawak jelas menunjukkan sokongan orang Cina kepada PR melalui DAP terus pekat. Sawarak dan Sabah yang menyelamatkan BN dalam PRU 2008, mungkin tidak seselamat dulu lagi. Dalam PRU itu, Sarawak dan Sabah menyumbangkan 54 daripada 140 kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi BN.

Tetapi, cabaran persekitaran baru ini bukan terhadap parti-parti politik sahaja. Ia turut mencabar kematangan dan daya pemikiran pemilih dan pengundi. Ungkapan Inggeris ada berkata, siapa yang kita pilih, itulah kerajaan yang kita dapat. Wallahualam.