Posts Tagged ‘ rasuah ’

Aku dan Petikan Kenyataan Yang Menarik

* Akibat ‘tangan-tangan yang kotor pegawai Kastam, RM108 bilion hasil negara lesap. – Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.

* Berpolitik di atas lumpur jerlus, amat berbahaya. – Tun Dr. Mahathir Mohamad.

* Poco-poco tarian murahan. Macamlah kalau kita haramkan tarian itu kepada orang Islam, ia menjejaskan ekonomi negara. – Siti Jarum (kolum di Mingguan Malaysia)

* Lebih merumitkan masalah kesesakan di Kuala Lumpur apabila ada birokrat diserang idea. Idea-idea birokrat di kerusi empuk belih banyak kelakar daripada seriusnya. – Ku Seman Ku Hussain.

* Saya mampu berdikari dan belajar sendiri biarpun ketiadaan Datuk Misbun Sidek. – Datuk Lee Chong Wei.

* Seorang ketua misalnya ada yang sering kali melihat kejayaan adalah hasil usahanya sendiri sedangkan yang turut bertungkus lumus dan mencambah idea bernas adalah anak-anak. pada waktu yang sama, si ketua sebenarnya ketandusan idea. – Lokman Othman.

Advertisements

Aku dan Jenaka

BERDASARKAN kepada laporan akhbar hari ini (23 April 2009) berhubung kes Mohammad Fairus Khairuddin, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin mengesahkan bahawa siasatan kes tersebut telah dikemukakan ke Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SRPM. Setelah meneliti kes tersebut dengan mendalam dan setelah mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam hasil siasatan itu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM telah memutuskan keterangan yang diperolehi tidak mempunyai asas untuk pendakwaan. Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan kepadanya. – kenyataan media SPRM

 

manlukeman: Semalam, aku tengok berita TV3 pasal kes ini..boleh dikategori terkejut juga aku dengar, tengok..rasa macam jenaka..lawak..

ape kes la benda nih..rasa macam diperbodohkan..saat-saat orang berharap si Fairus ini salah, begini pula jadi ya..

atau pun..

orang akan tabik hormat pada SPRM, sebab menjalankan siasatan yang penuh telus..tak kira melibatkan sesiapa..kerajaan atau pembangkang..aku pun bangga..

dengar ayat TV3 semalam pun rasa macam nak tergelak..si Fairus mudah melatah..sebab letak jawatan terlalu awal..hairan aku..andai la kata hari tuh Fairus tak letak jawatan, pasti lain jadi hala tuju penulisan, paparan berita..aku berani potong jari..

sekarang apa pula nak jadi..tak kira ini permainan sesiapa, aku rasa betul-betul jenaka..memang korang menyusahkan rakyat..rasa rakyat jadi bodoh..hauk la politik Malaysia nih…memang char parang la..

alo kawan..mau jilat ludah sendiri kaahhh..

Aku dan SPRM

sbh000008377

Langgar etika dan disiplin parti, bukan kes jenayah..

antara butiran kenyataan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengenai laporan yang dibuat terhadap beberapa pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan disiplin dan melanggar etika baru-baru ini termasuk Naib Presiden yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam…

lama juga serebrum cabuk aku ni mendengung memikirkan kenyataan ini..ke aku ni sengaja nak cari pasal, nak cari salah orang saja..

Mengikut kefahaman yang mudah, beberapa ahli UMNO yang dikenakan tindakan baru-baru ini masing-masing terlibat adalah POLITIK WANG..menambahkan kefahaman lagi, POLITIK WANG adalah sama dengan RASUAH..

kalau mengikut kefahaman melalui kenyataan lanjut dari Ahmad Said, RASUAH adalah kes jenayah..

Mungkin..mungkin..mungkin..yang berbeza di sini adalah KES ini berlaku dalam UMNO…yakni PARTI..bukan di luar membabitkan kerajaan PUSAT atau kerajaan NEGERI..

dalam pemahaman mengenai RASUAH seperti mana yang pernah dimaklumkan oleh seorang PENGARAH SPR duli (sebelum bertukar menjadi SPRM), sama ada pemberi, penerima, pendorong atau suku sakatnya, semua boleh disabitkan kesalahan..yakni didakwa..

umum sendiri maklum, ada juga ahli UMNO yang didakwa di mahkmah yakni di luar bidang kuasa PARTI..sebaliknya tiada tindakan dikenakan oleh pihak dalaman PARTI..di sini pun timbul hairan..melalui borak-borak orang yang lebih senior dari CABUK, katanya tiada laporan yang dibuat..katanya dalam kiasan yang mudah, polis tak siasat kalau tiada laporan dibuat..

Sementelah itu juga terkeluar kenyataan daripada Datuk Seri Hishamudin suruh siasat semua ahli, semua orang..

Weiii laaa..susah aku nak jadi cerdik macam ni..lamo dok piki, tok gak mari-mari idea nih..apo la yang tak kono dengan palo den ni..nak kato tak belajar tinggi, fakulti den dulu ado la lif..naik tanggo lotih..tinggi bangunan tuh..poning la gini..

Aku dan Meja Berganjak

kurang ada ‘mood’ aku nak update entry kat blog cabuk nih..mungkin sebab tak sempat, terlalu banyak stori perlu di ‘sub’ kan..3 hari aku keje sorang..jadi aku bos, aku kuli..tak terkejar nak ngadap blog nih..cuma mampu approve komen saja..

ada bahan ringan yang aku nak masukkan..pasal member-member media aku yang rajin sangat buat hal pelik-pelik..

makan002

kita orang semua ada cover kes mahkamah melibatkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang didakwa meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1,000..bila kes dah sebut, ingat Orang Kena Tahan (OKT) nih terus keluar, tapi dia duduk dalam..

Lama pulak..tak muncul-muncul dari pintu mahkamah..sampai perut masing-masing dah mula bunyi..dek sebab lapar, tak makan, tak minum lagi..kantin jauh..nak tinggalkan, takut kang terlepas gambar..

Jadi member aku, Fathil dapat idea alihkan kerusi meja dari kantin mahkamah sampai ke luar..biar nampak kelibat polis nh keluar..hampir-hampir nak blok pintu..gila la punye keje..nasib baik tak kena marah, tak pun kena halau..

makan

tengokla masing-masing makan..melantak betul-betul..depan pintu saja..memang taiko la budak-budak nih