Posts Tagged ‘ Solat ’

Aku dan Solat

zazali1

Sumber (Stadium Astro)

Cabuk: Dalam banyak hal, Allah sudah tunjukkan sesuatu melalui profesion aku sekarang. Waima yang baik,buruk,positif,negatif,putih dan hitam.

Kami sudah tempuh, mampu hadap, selagi kudrat ada dan keizinan Allah. Alhamdulillah, syukur

Barang siapa yang tak faham apa maksud ayat sebelum ini, sila mengaji lagi.

Aku dan Khusyuk

Tanpa aku merujuk istilah khusyuk dalam kamus dewan, perkataan ini melalui pemahaman aku membawa maksud

Tekun, tumpu, fokus,tidak menyimpang,satu..ibarat macam wanita-wanita yang terpotong jari akibat terpegun dengan kekacakan Nabi Yusoff a.s..itulah khusyuk..

awal bulan ini, aku sempat menonton Al-Khuliyah, terbitan TV3 yang membincangkan permasalahan mengenai bagaimana mahu khusyuk dalam solat…panel yang dijemput membicarakan mengenai perkara ini, seorang Kiyai daripada Indonesia, Kiyai Abdullah (maaf, nama penuh aku lupa)..

Ada butiran dan huraian daripada Pak Kiyai Abdullah ni yang cukup menarik perhatian aku…sampai penonton di studio ketika itu yang terdiri daripada makcik-makcik sebak mengalir air mata mendengar ceramahnya..beliau menolak pendekatan seperti baca dengan kaut, tutup mata, tutup telinga dengan kapas, menangis atau yang lain-lain dalam memastikan kita khusyuk dalam solat..katanya cukup seperti yang termaktub di dalam kitab..seperti Sunnah..cantik kiasan yang diberikan olehnya dalam merungkaikan permasalahan umat Islam yang bermasalah untuk khusyuk dalam solat..

Pak Kiyai mengaitkan khusyuknya solat seseorang umat itu dengan MARAH…seperti yang cuba aku tanyakan dalam entry aku sebelum ini..tanya beliau..cuba bayangkan anda sedang marah..lebih-lebih lagi kemarahan yang meluap-luap..pasti anda tidak memikirkan perkara lain sehingga menyebabkan kemarahan anda itu boleh dianggap keterlaluan seperti berlaku tindakan seperti memaki hamun, cacian, menangis atau mungkin sampai peringkat yang lebih teruk lagi..bertindak lebih agresif..biarpun dipujuk sekalipum, pasti anda akan terus berasa marah…

Langsung Pak Kiyai menambah..mengapa ketika bersolat, anda tidak begitu ????????? kenapa tidak mampu memusatkan rasa rendah diri kepada Tuhan dalam menjalankan ibadah itu..khusyuk sepenuhnya..ketika marah, mampu pula anda tidak memikirkan perkara lain tetapi dalam beribadat, ada saja yang tak kena mula bermain dalam fikiran..hutang keliling pinggang, nak jumpa marka, baju tak sidai lagi, makan malam tak masak, macam-macam lagi..

Terpegun aku dengar kiasan Pak Kiyai Abdullah..kali pertama aku mendengar pendekatan yang diambil oleh seorang tokoh agama dalam menghuraikan permasalahan mengenai kesempurnaan dalam melakukan ibadat…

Aku rasa semua begitu..termasuk aku yang cabuk dan dangkal nih..bersetuju bukan ?? kita bila nak marah, memang dah tak fikir benda lain..fikir nak luahkan kemarahan sehabis-habis dan tanpa sedar, perkara lebih buruk akan berlaku hasil daripada kemarahan itu..andai kata kemarahan itu dapat dielak atau dikawal, pasti lebih besar hikmahnya..sama seperti apabila kita khusyuk dalam solat, maka berlipat kali ganda pahala yang diperolehi..

Aku mengaku, satu ketika aku pun begitu..tapi, hasil benih yang aku tanam sendiri dalam jiwa dan minda, aku seorang yang BERAGAMA, maka, syukur semakin kurang aku khusyuk dalam meluahkan kemarahan aku..sebaliknya melalui kemarahan yang ada, aku tumpukan sepenuhnya dalam mengingatkan Tuhan yang Satu..tapi aku masih daif lagi bab ni..aku cukup takut kalau ‘watak’ aku yang satu lagi muncul ketika marah, lain pula jadinya..masa tu, aku rasa, orang tua, pak imam, bilal, pengetua, guru besar, ketua kampung, bos, semua nampak lebih kecil daripada aku yang sedia kecil..eee..mintak simpang perangai buruk yang pernah aku buat dulu…