Posts Tagged ‘ UMNO ’

Aku dan Tali No. 6 (Cerut Carut PRU-13)

Terima kasih kepada Mynewshub kerana berkongsi sesuatu yang aku rasa bermakna untuk dijadikan renungan bersama ketika ini.

Kewujudan filem pendek berjudul Tali No. 6 ini bertepatan dengan mood ketika ini, Pilihan Raya Umum ke-13 negara kita yang dianggap sebagai ibu kepada segala pilihan raya.

Pertembungan ideologi politik, taburan janji dan butiran manifesto menjadi senjata utama. Tak lupa juga disuburkan dengan menyerang peribadi untuk meraih undi dan political mileage.

Garapan Khir Rahman yang boleh aku anggap bijak, ringkas dan mudah difahami oleh semua..lakonan bersahaja Pekin, Sofi Jikkan dan Danny Zilong menjadikan filem pendek dalam durasi 21 minit ini mampu memberi ‘kempen’ baharu kepada masyarakat yang masih buta mengenai padang politik.

Watak  adik Najmi Nafis, pada permulaan filem ini mungkin dianggap hanya sebagai penghias namun impaknya mula terkesan di penghujung.

Bagi yang tidak memahami mengenai kenapa tajuk itu dipilih, maka sah belum cukup matang lagi dengan apa yang berlaku di sekeliling.

Jadi lebih elok kalau aku nasihatkan, berhenti bercerita mengenai politik.

Untuk diri aku, babak-babak dan dialog yang cukup buat aku terkesan adalah, ” Dalam nak menyelesaikan masalah, sama sesakali jangan buat satu lagi masalah. Nak menyelesaikan masalah, biar dari dalam.”
Secara sendiri, bait-bait ayat itu menyedarkan aku dan dalam pada yang sama kepada pelayar blog Cabuk, mungkin manfaat boleh diserap bersama..
” Dalam nak menyelesaikan masalah, sama sesakali jangan buat satu lagi masalah. Nak menyelesaikan masalah, biar dari dalam.”

Advertisements

Aku dan Gadis Lombok

Mendengar berita mengenai kepulangan gadis tempatan yang berasal Felcra Keruak, Hulu Besut, Terengganu ini, Norzuliyani Alias, 29, yang dikatakan diculik 11 tahun lalu oleh pemuda Lombok, Indonesia, aku panjatkan kesyukuran pada Tuhan..biarpun secara peribadi aku tidak mengenali gadis ini, tapi sayu hati ni beb mengenangkan tak sudah-sudah anak gadis tempatan yang terpedaya dengan ayat manis pemuda dari nusantara Melayu ini..

Seingat aku, selepas pendedahan kali pertama oleh rakan sebumbung, Junhairi Alyssa mengenai seorang gadis lari bersama pemuda Lombok dua tahun lalu, yang aku tak ingat namanya (internet lembab, susah nak surfing), berderet-deret keluarga tampil membuat pengakuan dan aduan mengenai masalah yang sama menimpa mereka…

Aku sempat dengar perbualan Norzuliyani bersama Suhaimi Sulaiman, perantara Berita Awani sejurus kepulangannya..maakk aaaii..nada gadis ini cukup pekat dengan dialek tanah seberang, hilang sudah perkataan seperti dok pahang setarang, makang ikang di pinggang, apa-apa lagi yang ada G di belakang (sebab dia orang Terengganu)…haruslah jadi begitu apabila lama berada di sesuatu tempat yang berlainan dialek..

Dan..masih kesimpulan yang sama boleh dibuat dengan kes-kes sebelum ini..pemuda Lombok cukup hebat mengaburi kehidupan halaman desa mereka yang sebenarnya cukup menyeksakan bagi sesiapa yang tak mampu menghadapinya..

Menurut Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Khairun Aseh, masih terdapat kira-kira 400 gadis tempatan yang dipercayai masih berada dalam ‘pelarian’ di tanah Lombok…walawei…bikin geger nih…

Harap-harap..sekali lagi Tuhan dah beri peluang, beri petunjuk..sama-sama kita menyedarinya, menteladani (ada ke perkataan nih) untuk hemah bersama..

cabuk kata: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..elok mati bersyahadah dalam timbunan batu dari mati kelemasan kekafiran dalam timbunan emas..

Aku dan Sampah

mmm..tiba-tiba jangkaan aku betul lak bila cakap pasal SAMPAH..

Alahai cabuk..apa nak jadi la..

Aku dan Menteri Besar Perak II

Macam mana nak mula cakap pasal benda nih..aku tak berapa nak reti sangat..

Satu keputusan yang pasti mengejutkan ramai pihak..hhaaa..betul punya terkejutah aku rasa..bukan cobaan, ini betul-betul berlaku..keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur..jangan buat main-main beb..antara badan perundangan tertinggi ini..bayangkan keputusan ini menyaingi kuasa sebelum ini..

yang paling nampak positif mengenai perkara ini adalah lepas ni, mungkin akan berkurangan la cakap-cakap orang yang berbunyi mahkamah tak adil, bias, dipengaruhi..

Aku sendiri mula menggunakan kedangkalan fikiran untuk menjangka apa akan berlaku dalam politik Perak selepas ini..takut juga memikirkan apa kesudahannya..

cuma, aku nak kongsi satu petikan daripada peguam yang mewakili Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat, Sulaiman Abdullah…krisis politik Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat  kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka..

Aku bersetuju dengan kenyataan itu..Ketika mula krisis ini, aku menjangka pilihan raya kecil negeri Perak akan berlangsung tetapi ternyata jangkaan aku meleset..mungkin aku dan orang lain yang hebat dalam percaturan politik boleh memberi pelbagai faktor kenapa ia berlaku sedemikian..tak perlu aku tulis di sini..

Aku mula nampak sekali lagi harapan rakyat pasti akan diperjudikan..mungkin sesuatu akan berlaku..tak roti la den nak koba kan..tengoklah nanti..cuma aku harap, tak berlaku lagi benda yang boleh memudaratkan..itu saja..

jadi, Cabuk menunggu babak yang seterusnya..

Aku dan Pemenang Pemilihan UMNO

ne_071

Agak segar mata memandang potrait-potrait di atas..terasa halus hembusan angin menerpa muka..terbau wangi haruman itu..jelas kedengaran percakapan itu..sejuk seketika hati..biarlah perasaan itu bercampur gundah-gulana, serabut pertanyaan, jangan ia terus menjadi punca negatif..

Tahniah kepada yang menang dalam pemilihan kali ini..usaha keras anda berbayar…kepada yang tak berusaha, yang kalah, jangan jadi pula anjing menyalak bukit..ingat pesan orang tua, rapat saf anda…

Aku dan Keputusan

Di sudut kedai kopi, diluar dewan yang hebat itu, dua sahabat sedang rancak berborak…Hakim dan Luqman hangat memperkatakan tentang satu keputusan..namun, Luqman banyak mendengar buah butiran daripada Hakim yang nampak macam seronok bercakap..Luqman hanya banyak diam, sugul..

Hakim: Kau ni kenapa..macam orang kalah judi lak..monyok saja..bukan kau yang bertanding pun..

Luqman: Aku kecewa..sangat kecewa..bengang pun ada..tak sangka nak jadi jugak..walaupun sudah dijangka, tapi kenapa la jadi..entah la..

Hakim: jadi, jadi, jadi..dok ulang benda yang sama..apa hal kau nih..

Luqman: Tak sangka apa yang aku jangka jadi kenyataan..inila yang paling aku pantang..kadang-kadang kita cuba nak elak apa yang kita jangka tu jadi..tapi tetap jadi gak..

Hakim: Macam tengok bola gak..macam MU..nampak macam nak kalah, tiba-tiba boleh jadi menang..kena terima hakikat lah..best man win la brother..

Luqman: Wei…bola tu lain..main adil..ade pengadil..ada key player..ini tak..biar tak nampak secara zahirnya tapi semua orang ble bau..bangkai tu berbau busuk sangat..satu pelusuk kampung boleh pengsan terbau..Aku malu betul bila tengok keputusan tuh.mula-mula kalau tengok paten, nampak macam nak berubah..alih-alih, kononnya sebab setiakawan, keputusan tuh kalau orang tak tau pun takpe…dah boleh jangka..

Hakim: Uiii..kasar ayat kau ni..bersopan sikit..kau kan orang Melayu..

Luqman: orang Melayu memang sopan..dah jadi macam ni, siapa-siapa pun boleh nak melenting.. tak terima..kau nak tengok bangsa kau sendiri musnah disebabkan keputusan yang kita tengok hari nih..aku tak sanggup..yang peliknya lagi, orang lain ada yang jadi pak sanggup..nak gak keputusan yang macam nih..

Hakim: takpa la bro..semua tuh sesiapa pun tak boleh jangka..jangan negatif thinker sangat..bagi peluang..tengok macam mana, manfaat atau tidak keputusan nih..kita perlu jalan ke depan..tegak, bersih..

Luqman: tegak tuh dah tentu..bersih tu, aku tak berani la nak kata..

Hakim: Kau nih, nak kena ke ‘dalam’ ke..jangan cabai sangat mulut..jangan kata kita ngan binatang je ada telinga, kerusi meja, dinding lantai, pinggan cawan pun ada gak..hahahahhaaa..

Luqman: Biar la, aku suka nak bercakap..bukan benda yang tak betul..kenapa perlu takut..kepada yang tak boleh dengar, tutup telinga la wei..jangan malu nak telan ludah sendiri, hakikatnya memang nampak..

Hakim: makin kuat kau ni merepek..jom..siapa nak bayar nih..

Luqman: Kau ni, lagi mau tanya..gang kat dalam tuh dah berkepuk poket, jual saja nama puak-puak tuh..

Hakim: (senyap) sambil geleng kepala..

Aku dan SPRM

sbh000008377

Langgar etika dan disiplin parti, bukan kes jenayah..

antara butiran kenyataan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengenai laporan yang dibuat terhadap beberapa pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan disiplin dan melanggar etika baru-baru ini termasuk Naib Presiden yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam…

lama juga serebrum cabuk aku ni mendengung memikirkan kenyataan ini..ke aku ni sengaja nak cari pasal, nak cari salah orang saja..

Mengikut kefahaman yang mudah, beberapa ahli UMNO yang dikenakan tindakan baru-baru ini masing-masing terlibat adalah POLITIK WANG..menambahkan kefahaman lagi, POLITIK WANG adalah sama dengan RASUAH..

kalau mengikut kefahaman melalui kenyataan lanjut dari Ahmad Said, RASUAH adalah kes jenayah..

Mungkin..mungkin..mungkin..yang berbeza di sini adalah KES ini berlaku dalam UMNO…yakni PARTI..bukan di luar membabitkan kerajaan PUSAT atau kerajaan NEGERI..

dalam pemahaman mengenai RASUAH seperti mana yang pernah dimaklumkan oleh seorang PENGARAH SPR duli (sebelum bertukar menjadi SPRM), sama ada pemberi, penerima, pendorong atau suku sakatnya, semua boleh disabitkan kesalahan..yakni didakwa..

umum sendiri maklum, ada juga ahli UMNO yang didakwa di mahkmah yakni di luar bidang kuasa PARTI..sebaliknya tiada tindakan dikenakan oleh pihak dalaman PARTI..di sini pun timbul hairan..melalui borak-borak orang yang lebih senior dari CABUK, katanya tiada laporan yang dibuat..katanya dalam kiasan yang mudah, polis tak siasat kalau tiada laporan dibuat..

Sementelah itu juga terkeluar kenyataan daripada Datuk Seri Hishamudin suruh siasat semua ahli, semua orang..

Weiii laaa..susah aku nak jadi cerdik macam ni..lamo dok piki, tok gak mari-mari idea nih..apo la yang tak kono dengan palo den ni..nak kato tak belajar tinggi, fakulti den dulu ado la lif..naik tanggo lotih..tinggi bangunan tuh..poning la gini..