Aku dan Masjid Al-Furqan, Narathiwat

KLT000019750

 

Kami memang dahagakan kebebasan tetapi bukan dengan cara keganasan..tidak mungkin kami terlalu bodoh untuk menembak saudara sendiri..belum tentu dengan berbuat demikian, Tuhan akan kurniakan ‘syahid’ kepada si arwah..tidak berbaloi mengurang populasi sendiri yang selama ini berdiri teguh di bawah satu panji agama, Islam..

Ini antara luahan-luahan yang aku dengar apabila aku sampai di Kampung Air Tempayan, Narathiwat, lokasi terletaknya Masjid Al-Furqan, tempat peristiwa berdarah berlaku..siri keganasan terbaru yang berlaku di wilayah bergolak itu..

Aku rasa excited sangat nak datang ke tempat kejadian ini…tempat di mana serangan kejam oleh enam pengganas berbaju hitam dan bertopeng menembak jemaah masjid sehingga mengorbankan 11 orang berlaku ..

 

KLT000019756

Rasa takut hilang sebab aku tidak pernah berpeluang untuk menyeberangi sempadan sehingga sejauh ini..kira-kira 50 kilometer dan sejam perjalanan untuk sampai ke lokasi kejadian. Kaget bila kena tahan dengan askar dan semua dalam kereta aku tak paham sepatah haram apa yang askar tuh cakap..mujur selepas adegan ayam bercakap dengan kucing, aku diberi jalan untuk menuju ke tempat kejadian..

Hiba bila aku tiba di kampung tersebut..kelibat tentera yang ramai buat aku rasa kurang selesa untuk menjalankan kerja..mujur keramahan orang kampung yang ‘taksub’ kepada media Malaysia memudahkan kerja aku..

_MG_9942

 

“Nakau (media) mana nih, tanya orang kampung..dari Malaysia, kami sambut..tolong kami tegakkan kebenaran..bantu kami..buat yang elok-elok, balas mereka kembali..

Bau hanyir darah menusuk hidung..jasad terbujur, terbaring, jadi santapan mata..aku tak lama, terus beredar mencari apa yang boleh menghasilkan berita..

Berderu bila ada saksi yang memberitahu kumpulan penyerang itu selepas menembak dari luar masjid dan kemudian menyambung semula niat jahat mereka dengan menembak jasab yang terbaring dalam masjid..

Hebat juga kumpulan enam orang ini yang dikatakan datang dari arah belukar berdekatan..sebab dapat lepas pos tentera yang ada dalam belukar itu..pelik bukan..itu kata orang kampung..bagaimana persoalan ini dirungkai..

Aku sebenarnya menunggu pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dua mangsa yang terselamat..Tok Siak dan seorang tabligh..nak tau apa butir siasatan itu nanti..pasti terpacul di mulut 2 orang ini, paling kurang menyebut siapa yang menerang mereka..biar berbaju hitam dan bertopeng, banyak lagi ciri-ciri yang boleh dikenal pasti siapa mereka di sebalik wajah syaitan itu..

Aku tidak mengikuti secara mendalam mengenai pergolakan di tiga wilayah ini, Pattani, Yala dan Narathiwat..cuma yang tahu, bermula di Tak Bai, meleret ke Masjid Kerisik dan beberapa siri pembunuhan selepas itu..yang kafir buat, Islam balas..berterusan sehingga ke hari ini..masih tiada penyelesaian..

Aku tidak bangga jika benar orang Islam sendiri yang menembak..aku juga pasti akan mengutuk jika itu perbuatan si kafir iblis..namun apa yang pasti, dalam drama ini, pasti Islam akan terus menjadi mangsa..betul bukan..mereka minoriti, bukan majoriti..ini kebiasaan jika tolak ansur itu hanya berada di dalam tong sampah..

Mujur, di Malaysia tidak sebegini..maka, wajarlah manusia yang beragama, tidak kira sesiapa, perlu bersyukur..janganlah jadi kaduk naik junjung, kacang lupakan kulit..

    • M.A.D
    • June 11th, 2009

    smoga roh2 mereka akan ditempatkan bersama2 org yg soleh dan solehah.. amin..

    • mywanfai
    • June 11th, 2009

    ada picture byline… hebat!

    • pia
    • June 12th, 2009

    mampuslah cepat si kafir lahnattullah…
    jauh sekali cium bau syurga…………..

  1. bgusnye dpt pegi tgk sndiri keadaan umat islam kat situ..

  2. M.A.D: Amin
    wanfai: apa ada pada gmbar
    pia: kafir mane ade bau syurga..hehehee..
    nasa: yup..jadi celik mata

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment