Archive for January, 2010

Aku dan Sultan Johor

SULTAN Iskandar Sultan Ismail, 78, mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru kira-kira pukul 7.10 malam tadi setelah gering akibat serangan sakit jantung.

Baginda yang memerintah negeri Johor selama 19 tahun meninggalkan seorang balu iaitu Sultanah Zanariah, 69, serta dua orang putera dan lapan orang puteri.

 

Ekoran kemangkatan baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail dilantik sebagai Pemangku Raja oleh Jumaah Majlis Diraja Johor.

Cabuk: aku tengah fikir, kenapa rajin nak tulis entry ini…

Aku dan Tanggang Moden

Belum reda kesedihan aku apabila berdepan dengan kematian seorang sahabat semalam, hati aku agak tersentuh membaca satu berita yang aku kira antara paling ‘menakjubkan’ untuk awal tahun ini…

Pastinya, ramai yang sudah terbca mengenai berita ini sejak dari pagi tadi di Kosmo! (Ibu ‘terbang’ dari Sarawak terkilan dihalau anak) dan Utusan Malaysia (Si Tanggang moden dari Sarawak?)…..

Cerita ini bukan sesuatu yang baru atau pelik untuk diperkatakan tetapi menjadi sesuatu yang ‘menakjubkan’ apabila media utama tempatan dapat memaparkan kisah ‘dongeng’ ini untuk tatapan semua pembaca..

Tanpa kita ketahui, apa sebab musabab yang menyebabkan Tumi Wongsoruju, 52, yang terbang jauh dari Sarawak dihalau oleh anaknya meskipun hanya mahu melepaskan rindu saja..

Aku sendiri tak faham, apa yang hina sangat ibu ini sehingga anak perempuan sendiri tidak mahu mengakui darah daging yang mengalir..malah, kebodohan suami pula yang turut yang sama menjadi pendosa dalam hal ini…

Doa aku, untuk ibu satu dunia, anak-anak satu dunia, jangan kisah ini berlarutan, berjangkit menjadi penyakit kronik yang sukar diubati..

Amin..

Aku dan Nazudeen Mahmud

Nama ini mungkin tidak cukup popular untuk sesiapa seantero Malaysia..tapi ia cukup dekat dengan gang-gang media atau orang kebanyakan yang cukup menyenangi tingkah lakunya..

Jurugambar (Press Photographer) Kumpulan Utusan (M) Berhad ini meninggal dunia kira-kira 12.45 tengahari tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arwah dikatakan secara tiba-tiba sesak nafas di pejabat sebelum dikejarkan ke HUKM..aku sendiri cukup terkejut bila sampai pejabat tengok ramai orang keluar dari pejabat..ku sangka ada yang nak buat riot sebab gaji tak naik-naik lagi..rupanya ada kematian berlaku..

Seingat aku, arwah baru saja berjanji untuk mendapatkan PSP yang murah untuk aku..itu kalau tak silap, Sabtu lalu..arwah yang cukup terkenal bercakap dalam telor Perak yang pekat, selalu bikin aku ketawa bila bersama dia..

Dan..aku cukup hormat dia sebagai Press Photographer dengan pelbagai karya gambar yang cukup bermutu..lebih-lebih cukup handal dalam shoot gambar sukan..dan cukup merendah diri tanpa perlu bercakap bodoh seperti sesetengah photographer yang lain sampai orang boleh sakit hati..

Malah, arwah cukup berani apabila sampai tugasan mencabar yang perlu melibatkan memetik kamera dalam keadaan yang tersembunyi…satu ketika, aku bersama dia di Klang untuk tugasan meninjau aktiviti penjualan DVD dan VCD haram..arwah cukup berani sampai petik kamera depan kedai haram tersebut tanpa dikesan..geleng kepala aku..

secara kebetulan, untuk tugasan khas terbaru, kumpulan aku memerlukan Press Photographer seperti dia..baru semalam aku sebut nama dia dalam meeting..hari ini dia meninggalkan aku pula..

AL-Fatihah untuk Nazudeen Mahmud…

PS: aku terharu lihat ramai orang datang melawat jenazah dia tadi..orang baik bukan..tak tahulah aku kalau ada photograher yang mulut celupar, masa dia mati nanti macam mana lah..arwah biasanya kalau ada sesiapa kacau kawan dia, sah dia gasak cukup-cukup..sayang kawan arwah ni..aku nampak Bazuki bersama Press Photographer yang lain tadi di HUKM…ramai..

Aku, Press Photographer dan Wedding Photographer

Akhirnya…aku ada alasan tepat untuk menulis entry dengan tajuk di atas…

Ya..mungkin nampak seperti kebudak-budakan isu pertembungan idea jurugambar media dan jurugambar kahwin yang masing-masing hebat dalam ‘padang sendiri’ menjadi hangat awal bulan ini..

Ekoran komen tangan yang berbunyi celupar si Wedding Photographer yang cukup gah dalam industri kahwin mawin ini, mengatakan sesuatu yang cukup sensitif..

Aku hanya mengetahui perkara hanya selepas mendapat jemputan (invitation) daripada seorang rakan di FB…jujur, aku agak terkejut..

I Hate SaifulNang …. Saiful Nang..insan Tuhan yang cukup berbakat ini cukup terkenal..aku sendiri secara jujur meminati hasil tangannya..kebijaksanaan dalam mengembang namanya yang Melayu Islam hingga ke arena antarabangsa..sampai di situ saja aku tau..

Kelangsungan daripada itu, aku turut terbaca di blog Fauzi mengenai benda yang sama..aku kira cantik huraian sahabat aku ini..

Mungkin ada benar kata Tun M..Melayu mudah lupa…pepatah Melayu juga ada menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya..

Aku tak rasa Saiful cukup bijak dalam menangani situasi dengan memberi komen yang berbunyi ” ramai press photohgrapher sebenarnya tak pandai ambil gambar pun ” (ada panjang lagi, lu orang baca sendiri) apabila diajukan soalan mengenai teknik shoot speedlite direct oleh seseorang yang mungkin peminat atau pelajar dia…

Andai kata kalau soalan itu diajukan kepada Cabuk yang tak pernah belajar secara khusus dalam fotografi (takdak sijil, takdak diploma, takdak ijazah, tak pergi kelas foto pun) namun hasil ajaran rakan-rakan press photographer selama aku bekerja dalam bidang ini, aku rasa dapat jawab dengan baik tanpa menyinggung mana-mana pihak..

Ya..secara jujur juga, aku agak terusik dengan isu ini..sebab, kau usik kawan-kawan aku..merujuk kepada press photographer, mereka adalah sahabat aku..lagipun, dah lama aku perhatikan benda ini sejak profesion jurugambar kahwin @ mahu menjadi jurugambar @ tiba-tiba nak beli kamera meletup sehingga secara mendadak beberapa tahun lalu dan sejak kebelakangan ini..

Hal ini sesuatu yang baik, aku tak sanggah tapi cuma attitud yang tidak berapa bijak sesetengah photographer yang boleh aku gelar amatur ini..anda semua mungkin hebat dalam padang anda, tapi tidak beerti anda terhebat sebagai jurugambar keseluruhannya sehingga boleh mendabik dada..

Salahkah kau terus merendah diri dengan sifat mahmudah..iku resmi padi, makin berisi, makin tunduk..fikir-fikirkan satu perkara..Press Photographer boleh jadi Wedding Photographer…ini sudah terbukti..cuma adakah Wedding Photographer sanggup masuk dunia press untuk jadi Press Photographer…

Secara kebetulan, sesuatu yang hampir sama berlaku pada aku..dalam satu majlis hari jadi member aku, seseorang yang aku kira baru terjun dalam dunia fotografi menegur aku cara-cara mengendali kamera.ketika itu aku sedang memegang sambil membelek kamera milik seorang kawan…aku tak marah, terkejut dan tidak pula aku melatah..aku hanya biarkan dia bercakap..tak mengapa, biarpun dia kahwin dengan member aku, tak bermakna dia kenal aku..apa-apa pun, terima kasih atas tunjuk ajar kau..

Sedikit nasihat dari aku yang bodoh pasal kamera kepada gang yang baru nak naik pegang kamera..belajar terus belajar..dunia ini luas untuk dirakam dengan pelbagai pengalaman..yang penting, jangan hangat tahi ayam sampai jadi Mat Jenin..

Aku dan Bantal Busuk

Perlukah aku cerita pasal panjang bantal busuk..semua orang dah cukup maklum..rupa bentuk, ‘haruman’ yang keluar darinya, macam mana nama itu datang..namun, apa yang pasti, ia adalah teman sejati sesetengah orang..

Entah macam mana, aku boleh terkeluar terminologi menyebut bantal busuk untuk disamakan dengan peribadi seseorang ketika sesi melampias minda bersama beberapa member kerja..

Aku kata pada member aku..kau adalah bantal busuk..sebab, ramai orang suka dia..biarlah macam mana sekalipun, apa nak jadi, apa yang terkeluar dari mulut, apa perbuatan yang dibuat, dia tetap orang suka..macam bantal busuk..

Member aku balas..bantal busuk sekalipun tetap ditendang..tapi, dia lupa..biarpun bantal busuk ditendang orang, barang ini tetap dicari semula bagai setengah mati..sebab, dah jadi seperti teman sejati..

Mati akal kawan aku bila aku hujah benda tuh…hehehhee..

Berbeza dengan bantal-bantal lain..biarpun menjadi satu keperluan untuk meletakkan kepala lalu melelapkan mata tapi ia akan berubah dan bertukar mengikut tempat, masa atau keperluan individu..tidak seperti bantal busuk, ia perlu ada..

Member aku ada kata..dia hanya mahu jadi bantal yang diletakkan di dalam kereta..sebab, ke mana saja orang bawa..walaupun begitu sekali keadaannya tapi belum cukup menjadi penanda aras bantal itu menjadi kesukaan..mungkin, sampai masa bantal itu akan ditukarkan dengan yang baru..

Aku cukup hormat dengan kawan aku menangani anak buah..boleh dikatakan cukup bijak, tidak mudah melatah dan paling penting, tetap tenang apa jua..jadi, dia cukup popular dan disukai orang di pejabat..setakat ini, aku tak pernah dengar cerita orang tak suka dia..

Jadi..memang layak aku gelar dia bantal busuk..secara kebetulan pula, terminologi aku agak tetap untuk merujuk kepada keadaan dia..

Aku dan Budak Sekolah

* Siapa cikgu nak marah saya, mak bapak saya pun tak marah-marah saya macam nih..

* Apa hak cikgu potong rambut anak saya, pandai-pandai betul..

* Dengan slumber, sekumpulan budak sekolah hisap rokok selepas keluar pagar sekolah..

* Dah la rambut panjang yang laki ye, perempuan siap warna rambut, pakai tak kemas..

Aku boleh katakan ini antara fenomena baru budak sekolah sekarang..mahu atau tidak, semua umat manusia perlu telan hakikat ini..tak payah saman, memang budak-budak sekarang tak makan saman..

Berlagak macam hebat, bila kena marah, kena tindakan, kena denda, balik mengadu pada mak bapak..alahai..

Hairan juga aku kenapa budak sekarang susah sangat nak kena marah..paling buruk lagi, dah kena marah, boleh buat slumber saja..

Satu ketika aku membesar, aku diasuh dengan bahasa ‘tangan’, ‘tali pinggang’…telinga naik merah disumbat hamburan kemarahan..tapi..aku tak anggap ia satu ancaman..lebih berbentuk hukuman dan pengajaran mendidik aku jadi manusia seperti sekarang..

Dalam keberanian kau melepak tak tentu hala, malas jemaah di surau, laju kau merempit di jalanan, panjang tangan kau merayap di badan anak dara orang, berdansa macam monyet kene gigit kerengga di kelab malam, akhirnya pandai pula kau rujuk mak ayah..apa, orang tua kau ke halalkan semua perbuatan kau tuh..

Takut juga aku…budak-budak sekolah sekarang, dah tak kenal mana halal haram..mana marah nasihat..mana makian teguran..semua kau ambil mudah, pandang negatif..entah..apalah kau nak jadi..

ps: aku dapat idea entry ini lepas baca kolum bos aku..tajuk: cukup adunan, kuih pasti sedap..best siiiooouuttt tulisan nih..

Aku dan Hal-hal Perbandaran

Kasihan aku tengok pakcik ini..rajin benar dia tulis surat..tapi masalah tak juga selesai..alahai..

selepas dua tahun aku jadi datuk bandar, bersara, masalah ini masih ada lagi..

Warga emas ini sudah 18 tahun turun naik  pejabat kerajaan selain menghantar surat aduan namun pe nyelesaian permasalahan yang dihadapi berkaitan jalan masuk  ke rumah kediaman miliknya di Kampung Lembah Indah,  Selayang masih tidak kunjung tiba.
Bagi P. Mariyappan, 53, memiliki sebuah rumah di atas  sebidang tanah hak milik sementara (TOL) sejak 1992 tidak  memberi sebarang kenikmatan kepadanya ekoran tidak mem punyai jalan susur masuk ke kediaman tersebut.
Hanya yang ada, sebuah lorong yang sempit dikelilingi  deretan pagar milik jiran dan hak untuk memiliki jalan sendiri  dinafikan.
Berikutan masalah itu juga, peluang untuk dirinya mem perbaiki taraf rumahnya yang semakin uzur juga tidak ke sampaian apabila lori untuk membawa bahan binaan tidak boleh  masuk sehingga ke laman rumah.
Di atas tanah sekangkang kera itu, Mariyappan bersama isteri  dan lima anaknya mendakwa, masalah itu sudah diadukan  kepada Pejabat Tanah Daerah Gombak dan Majlis Perbandaran  Selayang (MPS) sejak dulu lagi namun sehingga kini ia tidak  dapat diselesaikan.
“Beratus-ratus surat sudah dihantar, saya kerap pergi ke  pejabat mereka tapi masalah kecil ini tidak dapat selesai.
“Saya bukan duduk atas tanah haram, saya ada geran yang  sah dan hak untuk ada jalan sendiri pun ada ‘terlukis’ dalam  pelan, tapi semua hanya angan-angan saja,” katanya ketika  ditemui di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Menceritakan semula mengenai masalah tersebut dakwanya,  dalam pelan asal yang diperolehi dari Pejabat Tanah Daerah  Gombak, terdapat laluan masuk ke rumahnya.
Cuma sekarang katanya, jalan yang sepatutnya ada ia di pagari oleh lot kediaman jiran yang bebas menaiktaraf rumah  masing-masing sehingga dikatakan mula menceroboh tanah  miliknya.
Tambah buruk lagi katanya, usaha untuk membaiki rumah  yang semakin uzur itu tidak kesampaian apabila kenderaan  seperti lori tidak dapat masuk dan ia menyukarkan kerja-kerja  pembinaan untuk dijalankan.
“Jarak dari utama ke rumah saya kira-kira 500 meter, takda  kontraktor yang sanggup untuk baiki rumah bila kena tinggal  barang binaan jauh dari rumah.
“Lagipun, andai kata saya longgokkan bahan binaan di jalan  utama ia akan menganggu lalu lintas dan timbul salah faham  anatar jiran,” katanya.
Justeru, Mariyappan berharap masalah ini dapat diselesaikan  dengan segera supaya kehidupannya dapat diteruskan seperti  biasa daripada perlu berpindah ke tempat yang lain.

Aku dan Anugerah Juara Lagu-24

Anugerah Juara Lagu edisi ke-24 ini menjadi malam orang muda..Tahun orang muda…

Tahniah kepada penyanyi yang digilap oleh Akademi Fantasia, Aizat atas kejayaan dinobatkan juara pada Anugerah Juara Lagu edisi ke-24 dengan mendendangkan lagu Pergi..lagu ciptaan oleh Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000..Aizat juga memenangi Persembahan Terbaik melalui lagu Kau dan Aku..

Tahniah kepada Yuna yang merangkul gelaran Naib Juara dengan lagu Dan Sebenarnya…ini peserta favourite aku dan Dania Qistin..anak aku siap berjoget depan TV semalam…takpala..nombor 2 pun ok jugak..

Tahniah buat Faizal Tahir di tempat ketiga dengan lagu Bencinta..

Untuk Black, suaranya yang mantap melayakkan dia menerima pengiktirafan Vokal Terbaik malam itu..

Bagus..semua orang muda..jadi takda la bosan sangat nak tengok…

Cabuk: Gua salute dengan Faizal Tahir..boleh perform pakai tongkat..walaupun vokal agak berbeza berbanding biasa still lagi happening..tahniah atas komitmen anda..

Aku dan Seorang ‘Otai’ Yang Tumbang

Kelmarin…seorang rakan sebumbung aku tumbang…pengsan…langsung dikejarkan ke hospital selepas cubaan untuk ‘membangunkan’ dia semula tidak menjadi…aku tidak melihat kejadian itu..cuma aku dapat lihat dia berlalu pergi di dalam kereta orang yang membawa dia ke hospital untuk rawatan lanjut..

Agak terkejut juga gang sini bila tengok dia pengsan secara tiba-tiba di hadapan komputer..katanya sedang memeriksa ‘story’ anak buah untuk dimuatkan ke dalam page..bermula dari situ, pakar-pakar spekulasi, abang-abang strategis, encik-encik analisis dan juak-juak gosip mainkan peranan masing-masing…

Dia tertekan…dua perkataan yang ‘common’ aku dengar sepanjang umat-umat itu bercerita..ada juga menjadikan ia sebagai bahan jenaka..tak lupa juga menjadi bahan sindiran…

Ada yang mengaitkan otai aku ini terkena stres komputer…ada juga yang kata panic attack..tapi selepas aku mencari maklumat mengenai dua benda ini, aku rasa macam takda kaitan pulop..entah..

Sepanjang 5 hari aku di sini juga, aku banyak dengar perkataan tekanan yang cukup suka disebut-sebut…malah sebelum aku bertukar ke sini, perkataan yang sama kerap diulang, dicanang…tekanan iu datang dari orang yang sama..cukup berkuasa…lantaran ragam yang cukup kurang menyenangkan..

Hasil daripada cerita rakan-rakan sebumbung, aku dapat memahami isi tekanan itu…tapi untuk merasai, jauh sekali..sebab belum sampai masa aku lagi untuk mengadap benda-benda tuh..

Agak ‘gigil’ juga mendengar cerita-cerita pengalaman gang di sini mengenai perkara yang menjadikan tekanan itu..sampai aku naik taksub pada orang yang memberi tekanan..ternyata dia hebat, bijak guna kuasa untuk mewujudkan tekanan..

Apa-apa pun, aku cuba ambil positif benda ini..aku tak mahu ia jadi sesuatu yang membuatkan aku tidak termotivasi dalam bekerja..

Aku datang ke sini bukan untuk ambil alih tekanan itu..dan kau tak boleh sesuka hati untuk mengalihkan tekanan itu..sebaliknya, aku boleh berkongsi..sama-sama rasa..kita bekerja sebagai satu pasukan..jadi itu kuncinya…

Andai kata aku atau kau yang lain tak boleh begitu, sama ada aku berambus atau kau sendiri hantar surat letak jawatan..

Benda ini mudah..jangan buat susah..

Cabuk mahu senyum..terus senyum..

Aku dan BBQ Pertama di Kuala Lumpur

Aku dapat lepas gian hampir 3 tahun untuk berkumpul dengan member-member sekepala..biarpun tak ramai tapi dah cukup seronok..

BBQ di rumah member aku yang paling cool merangkap bekas coursemate dan housemate aku dulu di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor..

Aktiviti yang macam nilah yang aku cukup rindu nak buat bila setiap kali aku teringat member-member di Kuala Lumpur…

berkumpul ramai-ramai..lepak..borak-borak cerita lama..selain perkembangan terbaru…bila dah kumpul reramai, ada saja plan yang nak buat untuk masa akan datang..

Terima kasih Tuhan..beri aku peluang untuk kesekian kali..