Archive for December, 2010

Aku dan Syiah

Selepas Wahabi, Syiah pula jadi heboh..hairan..dunia ini mahu ke mana..

Dalam hal ini, masing-masing mahu menjadi Ulamak..masing-masing mahu menjadi Imam..pelbagai hujah ditabur, pelbagai hadis dirujuk..kita-kitab usang mula dibuka..

Satu saja persoalan berlegar-legar dalam kepala otak sejak mengenali Syiah sejak dari umur 7 tahun..

Mengapa perlu diungkap rasa meninggi cintakan Ali, Hussin..walhal Allah itu Satu..Rasulullah itu Kekasih Allah..

Kenapa ini yang aku bangkitkan..sebab, ia asas yang paling mudah..rasa aku tak perlu heboh sampai ajaran, amalan, ikutan apa yang dilakukan..ini saja..lagipun, ilmu di dada ini masih dangkal..pengalaman yang ada belum cukup terisi..

Dan seperkara lagi..mengapa perlu menyisih diri andai kata benar-benar sesama ISLAM..biarpun merasa diri sebagai minoriti, dengan berbuat demikian hanya mengundang rasa pelik bagi jemaah lain yang dewasa kini cukup hebat menghukum sebelum bukti itu tampil..

Sila..jemaah bersama..sebagai masyarakat yang cerdik, tidak harus rasa syak wasangka berlaku..kita saudara Islam..

Aku, Badminton dan Punca

Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku main badminton..kalau tak silap, sejak balik Kuala Lumpur, ada join kawan-kawan panas badan main badminton..bila masanya, aku sendiri dah lupa..itupun ada dua tiga kali…belum lagi nak cerita pasal futsal..sedih juga bila fikir karier aku dalam sukan nih…haih..

Dua minggu berturut-turut, dua minggu yang lalu, aku kembali memegang raket dan memukul bulu tangkis..secara mengejut, dijemput pula untuk bermain dalam perlawanan persahabatan antara jabatan di syarikat aku yang baik hati ini..

Perlawanan pertama, seperti tertera pada keratan akhbar di atas, bertemu dengan Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) yang terdiri daripada bekas pekerja termasuk beberapa orang muda yang diserap memasuki pasukan mereka..jadi, aku bukan menentang orang veteran sebaliknya ada juga di kalangan umur sebaya dengan aku..

Perlawanan kedua pula, seperti juga tertera pada keratan akhar di atas, menentang Jabatan Pengeluaran..

Nak jadi cerita, dalam kedua-dua perlawanan itu, aku secara mengejut menjadi pemain yang diharap untuk mendapat mata kemenangan..geleng kepala sekejap..ketika menentang KVUM, aku perlu bermain secara perseorangan selepas menang dalam acara beregu..bermain secara perseorangan memang satu benda yang cukup aku tak gemar..bukan sebab faktor saiz fizikal aku kecil tapi memang bukan kepandaian aku bermain dalam acara itu..

Dalam perlawanan kedua pula, dek kerana kelewatan aku sampai, aku diarah untuk bermain dalam beregu campuran berganding dengan seorang staf wanita..ini pun satu benda yang aku tak gemar atas sebab yang sama..

Akhirnya, dalam kedua-dua perlawanan itu aku tewas termasuk pasukan aku secara keseluruhan..Lebih malang lagi, ketika bermain perseorangan, aku tak sempat nak habiskan perlawanan sebab masalah kecederaan..selain itu, akibat terlalu lama tidak bersukan, habis seluruh badan aku dirasakan seperti lumpuh dibuat-buat..nak bergerak pun, aku rasa ketat saja..hanya selepas dua hari rehat di rumah, otot-otot badan kembali seperti biasa..

Dan, yang paling sadis lagi, aku menganggap diri ini menjadi punca kepada kekalahan pasukan dalam kedua-dua perlawanan persahabatan itu..malu jugak sebab dua kali nama ditulis dalam surat khabar secara terang-terangan…alahai nasib badan..beriya bos aku edit story tuh..

apa-apa pun, maaf la bos..den jadi punco…

Aku dan Maal Hijrah

Bait-bait lagu ini kerap dinyanyikan ketika sampai sambutan Maal Hijrah waktu zaman persekolahan..

Hijrah itu pengorbanan, Hijrah itu perjuangan, Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan..

Detik ini merupakan peristiwa perpindahan@hijrah junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah bersama sahabat dan saudara Islam bagi mencari tapak baru untuk Islam selepas mendapat wahyu dari Allah..

Natijah daripada peristiwa ini, pelbagai kejayaan empayar Islam di bawah teraju Rasulullah..Islam berkembang seluruh dunia..

Aku tidak mahu katakan ketika itu dunia tunduk di bawah Islam, cukup dikatakan Islam memikat pemerintahan bukan Islam yang tertarik dengan agama ini meskipun negara mereka masih tidak mengucap Syahadah..

Maka, dengan Islam juga perpaduan dapat dibentuk, ia merentas entik, bangsa dan agama yang lain..Nasrani, Yahudi, Majusi mahupun agama ciptaan lain, menerima Islam sebagai agama agung..

Dunia aman damai, umpama syurga..

Peperangan tetap tidak dapat dielakkan. Itupun hanya berlaku selepas penolakan,penghinaan, pengingkaran kepada Islam. Pemerintahan Islam boleh diperkotak-katikan tapi jangan sentuh agama yang dianuti..

Sayangnya, semangat perpaduan melalui Islam semakin pudar dan ia boleh dikatakan secara total dilupakan. Hasil dakyah mereka yang anti Islam, ketakutan itu menjadi semakin tebal..tidak lupa juga perpaduan dalam Islam semakin longgar, maka deklarasi itu sukar diterima..

Siapa kata Islam itu memaksa umat agama lain mengucap Syahadah untuk aman dan sempurna..Islam menjanjikan kebahagiaan untuk semua bukan hanya umatnya. Perhalusi Islam maka kebenaran itu akan didapati..

Zaman ini, pengorbanan itu hanya untuk kepentingan diri..perjuangan itu hanya hangat tahi ayam, persaudaraan itu hanya bermatakan dunia, perpaduan itu hanya ciptaan pada bibir kata..

Semangat hijrah semakin pudar, hanya tinggal pada kemeriahan sambutan dan berkobar-kobar bait-bait lagi atas dilaungkan oleh kumpulan nasyid..

Tidak kira entik, bangsa, agama, negara dan individu termasuk aku sendiri, selami erti Hijrah sebenar..

Allahu Akhbar..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Aku dan Jambatan Ke Syurga

Aku perlu akui dengan jujur, dalam banyak-banyak blog politik yang kerap dibaca, blog ini antara yang cukup aku minat..

the-antics-of-husin-lempoyang

Isi yang segar, tajam, unsur humor yang tak keterlaluan dan tidak terlalu membuta tuli..aku suka cara penulis yang menggelar dirinya sebagai Husin, Peniaga Unta di Bazaar Baghdad , menulis menghentam pihak kerajaan, Barisan Nasional dan pihak pembangkang, Pakatan Rakyat dengan gaya yang cukup sinis…dengan gaya bersahaja, penulisan dia cukup santai dan berpandukan kepada pengisian human interest..

Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan hasilan penulisan entry terbaru blog Husin bertajuk Jambatan ke Syurga

Itu kisah Ratu Elizabeth, Putin dan Anwar di alam akhirat. Kali ini ada satu lagi kisah yang ada satu sahabat hantar.

Kisahnya di akhirat, penghuni syurga dan neraka mahu satu jambatan dibina untuk menyambungkan syurga dan neraka. Penghuni neraka tak sabar nak ke syurha dan penghuni syurga baik hati untuk segera menerima mereka.

Satu jawatankuasa ditubuhkan diwakili oleh penghuni neraka dan penghuni syurga. Lalu satu mesyuarat diadalkan segera.

Mesyuarat mempersetuju jambatan dibina dalam masa enam bulan. Ahli-ahli syurga akan membina separuh dan ahli neraka separuh. Jambatan bertemu ditengah-tengah.

Alangkah senang kalau Malaysia dan Singapura ikut saja formula ini. Taklah sampai Allahyarham Sultan Iskandar kena bertitah dan Sultan Ibrahim dua kali bertitah mahukan jambatan bengkok itu.

Setelah 2 bulan mengikut masa akhirat, jambatan dari neraka sudah siap. Mereka tinggal tunggu jambatan dari syurga siap. Tapi masuk bulan ke 10, jambatan dari syurga tak siap-siap.

Kenapa?

Macam mana jambatan dari neraka tidak siap dahulu, ahli-ahli neraka ramai terdiri dari Jurutera, Quantity Surveyor, Architect, Kontraktor Kelas AA, B, C sampai Z, dan Banker.

Turut tidak sabar nak ke syurga lalu di sokong habis-habisan projek adalah pegawai-pegawai EPU dan Kementeriaan Kewangan, pegawai-pegawai Jabatan-Jabatan Kontrak, Menteri-Menteri, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan penyokong-penyokong UMNO, PAS dan PKR.

Tapi yang ada di syurga, kebanyakan adalah Tok Imam, Tok Bilal, Tok Siak, Cikgu Agama, dan lain-lain. Mereka mana tahu tentang bina jambatan.