Archive for April, 2011

Aku dan Refleks Kosmo

Akhirnya, buah tangan ini terhasil..dalam tempoh 2 minggu, tenaga belakang tabir berhempas pulas untuk menyiapkan pengisian bahan untuk sisipan ini..sisipan tajaan Kementerian Belia dan Sukan ini memaparkan cerita mengenai kisah belia seluruh negara..tampil kemas dengan penyajian kolum-kolum menarik untuk pembacaan segar peminat Kosmo!…akan menemui pembaca pada setiap hari Rabu…

Kolum Fanatik..model belia pertama untuk mengisi ruangan ini..

Kolum Di Rantau Orang…mengisahkan kehidupan belia yang berada di luar negara..berkongsi pengalaman pahit dan manis sepanjang berada di negara asing..

Sisipan ini juga boleh dilayari melalui fan page laman sosial, Facebook..Refleks Kosmo!…melalui laman sosial ini, perbincangan mengenai isu akan diutarakan dan kesemua pembaca bebas memberi pandangan masing-masing..di sini juga terdapat page kolum yang lain untuk sisipan ini..

Tahniah kepada team peneraju sisipan pertama ini..anda semua hebat..

Aku dan Mamat TV Yang Popular

Minggu lepas aku hadir ke majlis makan malam pelancaran penubuhan Kelab Pemuda Ikrar Setia Malaysia di Dewan Perdana Felda..pelancaran kelab itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek..

Majlis itu turut dihadiri oleh ramai belia yang merupakan ahli kepada kelab tersebut..jika dilihat, aku sangat bangga melihat kehadiran orang-orang muda itu yang sanggup berhabis RM139 sekepala untuk duduk dalam majlis yang penuh itu..kesemua yang hadir juga tampil dengan pelbagai fesyen yang menarik tak kira lelaki dan wanita, seperti yang dikatakan oleh datuk menteri..tahniah..

Habis intro aku..masuk tajuk status aku..majlis itu dikendalikan oleh dua pengacara lelaki dan wanita yang dikatakan orang popular ketika ini..seorang itu, adalah seorang wartawan dan seorang lagi adalah pengacara program hiburan..kedua-duanya mempunyai pertalian yang rapat..si wartawan mencari bahan untuk program hiburan itu dan si pengacara menjadikan bahan itu sebahagian pengisian program yang dikendalikan olehnya..

Alex (kiri)

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan seorang belia yang bernama Alex..dia menyanyikan lagu dalam 3 bahasa iaitu Melayu, Cina dan India..hebat anak muda ini..pada mulanya, aku tidak mengenali Alex sehingga dia menyanyikan lagi berbahasa Melayu yang bertajuk Perpaduan 1Malaysia yang dicipta sendiri olehnya..sah, aku memang kenal Alex..

Selepas Alex tamat mengadakan persembahan, si pengacara lelaki memuji Alex hebat menyanyikan lagu dalam 3 bahasa termasuk menyukai lagu ciptaan Alex..namun, secara spontan, si pengacara lelaki a.k.a. Mamat TV Yang Popular bertanyakan kepada Alex dari mana Alex dapat lagu itu, adakah ia diambil dengan melihatnya di internet..

Tergamam aku sekejap..aku mula berfikir sama ada mamat itu bergurau atau sebaliknya..mungkin aku rasa mamat itu memang tak kenal Alex..atau dia tak buat homework untuk menjadi pengacara pada malam itu..sebabnya, perkara sebaliknya akan berlaku untuk menjadikan kemunculan Alex tidak sia-sia begitu saja..

Alex merupakan 10 finalis pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia yang dikendalikan oleh HotFM dan lagu ciptaanya itu kerap berkumandang di corong radio swasta tersebut..malah Alex pernah menjadi tetamu untuk slot yang dikendalikan oleh Faizal Ismail dan Fafau (sekarang dah ada AG)..mungkin Alex tak popular seperti artis lain yang biasa mamat itu interview tapi dia pernah berada dalam lingkungan berita yang menjadi ‘national interest’…Faizal Tahir yang menang pertandingan ini dengan lagu ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Nur Fatimah diraikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak..

(untuk rujukan mengenai cerita Alex, boleh tengok di sini, sini.

Hairan juga aku dengan Mamat TV Yang Popular itu boleh bertabiat sedemikian..kalau diikutkan track record yang dikenali oleh orang ramai melalui penampilan di kaca televisyen, mamat ini cukup hebat bertanyakan soalan-soalan cepu emas kepada artis-artis tanah air..boleh dikatakan semua isu dalam tangan dia..tergagap-gagap artis nak jawab soalan dia..

Aduhai..alahai..sayang seribu kali sayang..nasiblah aku sorang saja kot yang kenal Alex malam tuh..jadi, aku saja yang boleh buat ulasan sikit kat Cabuk nih..jangan marah, jangan melatah yerrrr..

Aku dan Alda Risma

Aku agak tertarik dengan nama ini hanya selepas mendengar cerita bos kanan di tempat aku kerja..sedikit sejarah mengenai Alda Risma..penyanyi dari negara seberang, Indonesia ini popular dengan lagu Aku Tak Biasa pada tahun 1998..kemudian ditemui mati dalam keadaan tragik dengan terdapat kesan suntikan jarum di tangan di sebuah hotel di Indonesia pada Disember 2006..

Apa yang menarik minat aku adalah bos menyampaikan sesuatu yang agak bingung difikirkan..lihat link bog klubbkidd.com dan ada kisah penyanyi ini ditulis..aku cuba untuk memahami keseluruhan entry penulis ini ditambah dengan sedikit penjelasan daripada bos..tapi aku masih kabur..

Lagu di atas dikatakan dirakamkan oleh Alda sendiri..mengikut bos aku hasil bacaannya di internet, ia dirakamkan oleh Alda selepas kematiannya tragiknya pada Disember 2006..kalau melalui pembacaan aku di blog di atas, lagu ini dirakam sebelum kematian penyanyi tersebut..ada dua cerita yang berbeza..apa yang sama adalah lagu itu mula ke udara pada tahun 2008..

Dalam 2 versi yang berbeza, ia sudah cukup mengundang mistik kepada kita..sebab apa, andai kata ia dirakamkan selepas kematian Alda, siapa pula yang menyanyikan lagu  itu..dalam hal yang lain, jika lagu itu dirakam sebelum kematian penyanyi tersebut, mendengar dan membaca bait-bait lirik lagu itu sekali lagi mengundang rasa pelik dan sedikit seram..ada sesuatu di situ..

Malam sepi ku sendiri

duduk sepi di atas pohon

Ku biarkan rambut ku terurai

Tanpa kaki kelelawar

anjing dan bulan purnama

ku menanti kasih ku

yang belum mati

Kapan mati kekasih ku

ku menanti kau di sini

Ayo mati bunuh diri

Agar kita jumpa lagi

seperti dulu

Mana mungkin ku kembali

Hidup lagi seperti dulu

Kecuali engkau mati

Mohon mengerti

Sehingga saat aku siapkan entry ini, aku sendiri masih tidak faham apa sebenar di sebalik lagu itu dan Alda..namun perlu diakui elemen seram itu ada..terpulang kepada semua untuk menilai..

Aku dan Mohafri Mohamed

 

Kosmo!

Mohafri Mohamed berumur 38 tahun dan mempunyai dua orang anak, Nurin Irdina, 9 dan Maryam Ardiana, 7, hasil perkahwinan dengan Fazlina Ahmad..

Lelaki ini menggemparkan negara apabila didakwa membunuh Fazlina dengan kejam dan dikatakan meletakkan mayat mangsa yang merupakan isterinya dalam almari pakaian di rumahnya.

Elemen kontroversi dalam kes ini adalah, teman wanita Mohafri, Nazratul Annis Abidin, 23, memberitahu mahkamah, dia dan Mohafri mengadakan hubungan seks di dalam bilik, tempat mayat Fazlina ditemui yang tersimpan dalam almari..

Pusingan pertama..Mohafri dihakimi masyarakat sebagai seorang lelaki yang main kayu tiga dan sanggup membunuh isterinya…kalau ikutkan akal, lelaki ini mudah saja diheret dengan tali gantung..tambahan lagi, pihak polis dilihat berjaya menjalankan siasatan dengan tertangkapnya Mohafri..

Pusingan kedua yakni yang penghabisan, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, Hakim Datuk Wira Moktarudin Baki membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri kerana tindakan pegawai penyiasat kes itu, Asisten Supritendan Siti Nathiroh Abu Bakar, 29, tidak memanggil Yayuk, pembantu rumah yang bekerja dengan Mohafri untuk memberi keterangan..

Mengimbas kronologi kes ini, Yayuk dikatakan berada di tempat kejadian ketika kejadian berlaku..

Cabuk: Aku nak teruskan penulisan ini tapi ayat-ayat itu tidak berjaya ditaip di sini..biarlah..

sedikit rujukan: Aku dan Kehebatan Polis

Aku dan Abdul Lalil

 

Gambar di atas adalah Mohammed Abdul Lalil @ Jalil..Bukan Jalil Hamid, bukan juga sedara dekat dengan Datuk Abdul Rahman Palil..aku tak rasa ada orang kenal kalau berita ini tidak dikeluarkan..

Beliau adalah anggota polis di Balai Polis Kota Bharu, 60 tahun lalu. Ketika berumur 25 tahun, tanggal 25 Ogos 1950, beliau menyertai misi mengesan komunis di Mukim Galas, Gua Musang.

Bagaimanapun, pesawat yang dinaiki oleh Mohammed, Douglas DC-4 Dakota (KN 630) milik Tentera Udara Britain (RAF) terhempas di Kampung Penchong Gua Musang. Turut terkorban dalam nahas itu adalah 11 krew yang lain dan penumpang.

Usaha yang dilakukan oleh pihak Muzium Tentera Darat, polis, wakil kerajaan, pakar-pakar forensik Hospital Universiti Kubang Kerian dan Kumpulan Sejarah Malaysia (MHG) pada 2 November 2008 berjaya menjumpai cebisan rangka pesawat termasuk rangka seperti cebisan tengkorak dan tulang yang dipercayai milik krew dan penumpang pesawat tersebut.

Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan, maka identiti Mohammed berjaya dikenal pasti..hebat ujian DNA nih..dan hebat juga pakar-pakar forensik dari HUSM yang diketuai oleh Pegawai Forensik HUSM, Dr. Zafarina Zainuddin..tahniah..kepakaran dan kesungguhan anda terbukti membuahkan hasil..

 

 

Allahyarham adalah satu-satunya anggota polis yang terlibat dalam operasi itu dan rangka Allahyarham yang tersimpan di Muzium Angkatan Tentera sebelum itu diserahkan kepada PDRM dan diberi penghormatan sebagai Wira Negara di pekarangan Masjid Bukit Aman sebaik sahaja selesai disembahyangkan sebelum dibawa untuk dikebumikan di kampung halamannya, Muar.

Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesra-mesrakan, yang mesra kita serasikan, hasil ujian DNA, keluarga Mohammed merasa bersyukur dengan penemuan tersebut meskipun hanya secebis tulang, allahyarham dapat dikebumikan dengan sempurna seperti orang Islam yang lain.

Andai tiada usaha yang dijalankan oleh orang yang bertanggungjawab termasuk ujian DNA itu, generasi baru juga mungkin tidak akan tahu mengenai kewujudan misi tersebut dan siapa yang terlibat dalam misi penting tersebut..

Aku dan Kamera Litar Tertutup (CCTV)

Kalau diikutkan, sebenarnya bukan mudah nak kenal pasti imej yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV)..silap haribulan, imej yang dirakam, nampak kabur saja..imej yang ada tak boleh dikenal pasti..dan perkara ini pernah berlaku..klik link ini…merujuk kepada kes Nurin Jazlin Jazimin…

Berkongsi sedikit pengalaman yang pernah dialami oleh aku sendiri secara tidak langsung, satu ketika berlaku kejadian kecurian di dua lokasi tempat letak kereta di Jalan Che Su, Kota Bharu dan kedua-dua premis itu mempunyai CCTV..meskipun rakaman CCTV itu diambil oleh pihak polis, namun sayangnya, masih gagal mengesan penjenayah yang terbabit..

Bagaimanapun, untuk kes-kes tertentu, terbukti, polis berjaya memanfaatkan teknologi CCTV dengan penangkapan penjenayah dalam perilaku jenayah yang dirakamkan menerusi CCTV yang dipasang di premis lokasi jenayah berlaku..

 

 

Hari ini, muka depan Kosmo! memaparkan berita mengenai empat orang penjenayah yang digelar Penjahat Empat Jahanam meringkuk ke dalam Penjara Sungai Buloh dek kerana bukti wajah dan kejahatan mereka dirakam menerusi CCTV..mereka berempat itu mungkin boleh dikatakan tidak bernasib baik sebab resolusi imej yang dirakamkan oleh CCTV di klinik, tempat mereka merompak, berupaya membantu pihak polis mengecam wajah mereka..

Kata penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, antara sebab mengapa rakaman CCTV harus dipercayai ialah ia begitu sahih 100 %. Menurutnya, imej yang timbul itu tidak boleh diubah memandangkan ia menceritakan bentuk fizikal suspek dan gerak geri seseorang daripada semua sudut pandangan tepi, depan dan belakang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin pula berkata, bantuan rakaman CCTV yang diperoleh di lokasi kejadian kini menjadi asas utama untuk membuktikan kesalahan jenayah termasuk mengenal pasti penjenayah yang terlibat..

Dalam era sekarang, ada baik buruknya apabila manusia memanfaatkan teknologi CCTV ini..lagipun, sekarang dah banyak rumah-rumah persendirian memasang CCTV untuk tujuan keselamatan penghuninya..selain untuk tujuan yang sama seperti di atas…

Cantik sangat kalau CCTV ini dimanfaatkan untuk benda yang elok..kalau seluruh bandaraya Kuala Lumpur ada pasang CCTV, jadi mudah untuk kesan benda-benda yang tak elok..mendedahkan perkara yang tak elok melalui penggunaan CCTV pun ada bagus jugak..maklumlah, bila pakai bukti bergambar, orang kata super impose..macam-macam hal..

Tapi nak pasang CCTV pun, biarlah yang bagus punya..mudah sikit nak tengok..jelaslah imej yang dirakam nanti..takda la terkebil-kebil nak gosong mata tengok rakaman tu nanti..tak pun, tak lah jadi macam kes Nurin tuh..sedih aku…

Aku dan Petikan Kenyataan Yang Menarik

* Akibat ‘tangan-tangan yang kotor pegawai Kastam, RM108 bilion hasil negara lesap. – Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.

* Berpolitik di atas lumpur jerlus, amat berbahaya. – Tun Dr. Mahathir Mohamad.

* Poco-poco tarian murahan. Macamlah kalau kita haramkan tarian itu kepada orang Islam, ia menjejaskan ekonomi negara. – Siti Jarum (kolum di Mingguan Malaysia)

* Lebih merumitkan masalah kesesakan di Kuala Lumpur apabila ada birokrat diserang idea. Idea-idea birokrat di kerusi empuk belih banyak kelakar daripada seriusnya. – Ku Seman Ku Hussain.

* Saya mampu berdikari dan belajar sendiri biarpun ketiadaan Datuk Misbun Sidek. – Datuk Lee Chong Wei.

* Seorang ketua misalnya ada yang sering kali melihat kejayaan adalah hasil usahanya sendiri sedangkan yang turut bertungkus lumus dan mencambah idea bernas adalah anak-anak. pada waktu yang sama, si ketua sebenarnya ketandusan idea. – Lokman Othman.