blog cabuk
Aku tidak Mahu Terpaksa Berkata-Kata, Biar Aku Terus Menulis

Aku dan Nik Nur Madihah

klt000018411

(kredit untuk Hafiz Johari – Photographer Utusan)

Siapa Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal ???????

Bangsawan..anak Tan Sri..cucu Datuk..saudara golongan Elit..waris Ahli Parlimen..sepupu Ahli Dewan Undangan Negeri..

Dia hanya menumpang kasih sementara berkesempatan pada ibunya, seorang Tukang Sapu..bapanya seorang Nelayan..

Dengan rumah yang boleh dianggap pondok, Nik Nur Madihah mampu memanipulasikan nikmat ciptaan Tuhan..kepandaian yang ada..mengembeleng keringat..memperoleh keputusan SPM 20 A…19 A1, 1 A2..

Hidup serba kekurangan, tanpa suapan kemewahan, tanpa dilimpahi kekayaan wang ringgit..mampu mencernakan kejayaan gemilang dalam sejarah pendidikan di Tanah Melayu, tersohor dengan nama Malaysia..

klt000018405

Pelajar Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu Kelantan ini menjadikan ruang tamu yang sempit di rumahnya sebagai tempat inspirasi..titis hujan mengenai atap zink rumahnya sebagai muzik penenang jiwa..alunan angin menghembus sebagai ‘kipas’ tatkala jasad dijamah bahang..

Belanja sehari..RM5..Tambang bas RM4..lebihnya RM1..

“Makan roti saya tiap-tiap hari di sekolah..di rumah, dapat makan nasi dengan telur, pun saya telan,” katanya dengan tenang..

dah la..sedih wei nak cerita pasal nih..dapatkan naskah Kosmo! Ahad, baca garapan nukilan Khairi Mohamad..

29 Responses to “Aku dan Nik Nur Madihah”

  1. brother, mintak kebenaran utk mengguna pakai pictures ini.

    im touched by her dedication for success.

  2. [...] taken from http://manlukeman.wordpress.com/2009/03/14/aku-dan-nik-nur-madihah/ « Bloggers [...]

  3. Mahendran: it’s ok bro..

  4. Tahniah adik Madihah kemiskinan bukan jalan untuk anda meratap kesempitan hidup.Sabenar nya kemiskinan dan kesempitan itu lah yang memeri rangsangan untuk anda berusaha dengan lebih gigih..Ia mengajar anda erti kesabaran…Tahniah sekali lagi…Dihujung terowong pasti ada sinar….

  5. nik tarmizi: ye..memang good girl
    ranjit sigh: Nik Nur Madihah..dia berpijak pada bumi yang nyata

  6. [...] taken from http://manlukeman.wordpress.com/2009/03/14/aku-dan-nik-nur-madihah/ Related postBadminton men’s singles match: Lee Chong Wei vs Lin Dan…Petrol price increase [...]

  7. Inilah kehidupan…. di sebalik tabir kemewahan yang sering dicanang-canang masih ada kepayahan yang tak terungkai… TAHNIAH DAN SYABAS buat adik Madihah!

  8. life is amazingly wonderful…

    Congratulations to Madihah..!
    *BIG smile*

  9. TAHNIAH Dik Madihah! Berkat kekentalan menjamah ilmu, menjadikan kepayahan hidup sebagai batu loncatan untuk mencapai kecemerlangan.

  10. sebalikiktabir: ya..di sebalik tabir dunia
    March: enjoy ur life
    sam: hidup cukup mengajar

  11. tahniah adik mardhiah, diharap kepada semua pelajar2 kat malaysia contohilah dia,berpegang kepada al-quran dan as-sunnah adalah asas umat islam,,, pelajar maahad al-sabirin ayer lanas

  12. Adik Madihah, bangga akak… kita orang susah tapi boleh berjaya…bahagianya mak ayah adik. apa2 pun, usaha lagi… berliku lagi jalan di luar sana. Perkuatkan English adik, akak pun pun org ulu di Jerantut but intended to do PhD, hopefully u can….insyaallah

  13. Salam wbt,
    Dear Madihah
    Kudos…!
    Yes, you’ve proven that you’re a smart girl but dont forget that you’re still on the journey to become a wise person. Continue to persevere and success will be yours again and again.., insya Allah.

    My best to you!
    (My appreciation to manlukeman for the original post)

  14. ianya snggh mnyrnkkn bay…sy pon nk dpt 5A gak…hrp semuia dpt beri semangat lah yer..pd sy

  15. yer..thniah kak mardiah

  16. Ini lah dikatakan ilmu lebih dari segalanya

  17. kita perlu tengok kejayaan ni dari awal iaitu bagaimana ibubapa beliau berusaha mendidik anak dan mencari rezeki yang halal dan diberkati

  18. harap2 budak ni tak jadi failure mcm amalina atau sufiah yusuf.

  19. sy tabik la ngn kak ni .. she’s the best la

  20. tahniah.anda telah dapat memenuhi segala impian yang anda nyatakan selama ini.hasil daripada usaha gigih kamu bukan dari kemiskinan tetapi meminta doa dgn tulus ikhlas semata mata hendak mencari keredaan Allah.tahniah skali lagi kepada anda

  21. conguratulation.you were good.i like u so much in my life.i want to follow your footstep.i want to got 20A just like u.but i must be ready from now.even you were poor,i will follow your footstep.really.i like your manner such as kindly girl,fast everyday and so much intention for your study.

  22. sy tabik la ngan kakak ni…she’s the best la

  23. kakak madihah saya tabik la ngan kakak….u were the best =)

  24. akak… saya da tgk rumah akak..cantik.luas dari rumah saya… akak.
    ermmm..saya nak tanya someting leh?akak dapat universiti di mana?

    besides that, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA=)

  25. Ilmu yang berkat pasti membuahkan hasil yang baik..macam mana nak dapatkan ilmu yang berkat? salah satu daripadanya hormati guru..

  26. all da best!!


Leave a Reply